Saya ke Pusat Zakat tadi...menyelesaikan beberapa perkara yang tertangguh sejak beberapa bulan yang lalu.
Selepas beberapa ketika berbicara dengan Pembantu Tadbir yang menguruskan urusan saya di situ, barulah saya sedari bahawa individu itu sebenarnya muslim yang bukan berbangsa melayu. Kelibatnya persis seperti gadis muslim melayu yang biasa saya temui...dan saya memberanikan diri bertanya padanya...siapa nama adik? Beliau sambil tersenyum menjawab..' Nama saya Mei'.
Selepas beberapa ketika, saya dijemput masuk ke bahagian dalam ofis untuk mendapatkan resit. Dalam pada menunggu, saya meramahkan bicara, bertanya bagaimana beliau mengenali Islam. Beliau merupakan bekas graduan kami di sini, berasal dari Sarawak...berbangsa Cina. Menurutnya...satu perkara yang sangat memberikan kesan pada dirinya semasa mula-mula mengenal Islam ialah beliau kagum apabila mendapati muslim yang ditemuinya tidak akan mengambil wang yang tercicir di atas jalan...sedangkan bagi kaum Cina, kebiasaannya menurut beliau, akan mengambil sahaja wang tersebut tanpa mengira adakah itu haknya ataupun bukan.
SubhanalLah....begitu cantik hidayah Islam yang dibukakanNya untuk seorang hamba.Demikianlah...penting untuk setiap kita untuk menterjemahkan rupa bentuk islam walau bagaimana keadaan kita...ianya juga adalah da'wah kita untuk manusia-manusia yang berada di sekeliling...saya mengingatkan diri saya sendiri...
3 comments:
Assalaam kak,memang begitulah antara cara da'wah yang terbaik..melalui akhlak kita sebagai Muslim..di zaman Rasulullah pun begitu..Ya Allah,ku pohon semoga akhlak kami diperbaiki dari masa ke semasa supaya dapat menjadi medium da'wah kerana mulut ini lemah untuk mengajak manusia menyahut seruanMu.Ameen..
Ummuadam
Terima kasih Ummuadam, satu lagi pengalaman yg berbekas di hati saya ialah satu peristiwa di mana saya hadir kali pertama dlm satu kuliah yg baru bermula di awal semester. Ada seorang pelajar lelaki berbangsa Cina mencuri tumpuan saya... di akhir kelas dia datang menemui saya... saya ketika dlm nada berdo'a, alangkah baiknya jika dia seorang muslim. Entah apa 'instinct' di dalam hati, saya seperti begitu yakin bahawa Islam itu dekat dengan pelajar...rupa2nya pelajar itu sebenarnya sudah menjadi muslim beberapa tahun sebelum itu...beliau menerima Islam selepas mencerap rakan2nya yg muslim 'hilang' sewaktu maghrib kerana mendirikan solat...
Alhamdulilah DR, banyak keindahan dalam islam, semoga AllAH s.w.t membuka hati golongan bukan islam untuk menikmati islam dengan kita sebagai muslim dan muslimah sebagai penghubung antara merekan dengan agama yang indah ini.. Insya'allah.. :)
Post a Comment