Kami tiba di pergunungan Haba iaitu di sebuah homestay kepunyaan Saudara Yusuf...pergunungan Haba merupakan sebahagian dari Shangri La. Mujur juga saya tidak mengikut saranan seorang ahli rombongan untuk bertolak awal ke homestay berkenaan kerana jangkaan kami tempat itu tidak berapa jauh, namun kedudukan sebenarnya mengambil masa perjalanan hampir dua jam dari gunung ganang sekitar lembangan Yang Tze.
Pada waktu berkenaan sudah hampir jam 10 malam...letih, lapar dan sedikit tekanan berikutan 2 dari anak-anak saya demam. Kami ditunjukkan bilik yang sederhana kemudahannya...selimut yg lebih tebal dari toto yg biasa kita gunakan beserta alat pemanas tilam. Selepas berkemas dan menyusun kedudukan bilik, kami dijemput menikmati hidangan makan malam 'ala kampung' di homestay berkenaan...alhamdulillah.
Suhu pada waktu malam di pergunungan Haba itu mencapai 0 darjah celsius pada pertengahan malam hingga ke awal pagi...keadaan langit yang jelas kelihatan tanpa awan, membolehkan kami mencerap taburan jutaan bintang....
Betapa kecilnya diri kita ini sebagai makhluk yang diciptakan....
Suhu di pergunungan berkenaan sangat sejuk...kami diuji pula oleh sistem bekalan air panas yang tidak berfungsi; alhamdulillah tuan punya homestay dan keluarganya begitu prihatin membekalkan air panas dalam thermos untuk kegunaan di bilik air. Setiap kali perlu ke bilik air...perlu memberanikan diri berhadapan keadaan yang begitu menyengat kedinginannya...terkenang pula keadaan di Malaysia, saya begitu menghargai suhu yang biasa kita lalui di bumi Malaysia itu.
Hidangan istimewa sewaktu sarapan pagi ialah butter tea...sejenis minuman teh yang dicampurkan dengan mentega dari susu yak...menyegarkan suasana pagi yang sangat sejuk dan dingin itu...alhamdulillah..
Saudara Yusuf sedang menikmati minuman teh mentega sambil memangku cucunya...
No comments:
Post a Comment