Diizinkan Allah, kita ini merupakan generasi yang lahir selepas Majlis maulud Nabi diperaku secara tradisi sebagai perayaan yang disambut masyarakat muslim secara turun temurun di kebanyakan tempat dan lokasi. Saya sebetulnya selama ini tidak mengambil endah tentang perjalanan yang menjadi sejarah kelahiran nabi Muhammad disambut secara besar-besaran dengan pelbagai itinerary dan aktiviti sehinggalah saya terlintas di dalam hati...mengapa upacara sedemikian tidak pernahpun diraikan baginda dan para sahabatnya..?
Dalam hadith sahih yang memuatkan maksud mengingatkan kita agar tidak sesat ialah berpegang teguh dengan alquran dan sunnah baginda (disebut dalam hadith tersebut umpama menggigit dengan geraham-geraham.... iaitu dengan kesungguhan yang bersungguh-sungguh). Melaksanakan isi alquran dan mengamalkan sunnah baginda merupakan mujahadah yang menuntut pengorbanan dan ketekunan yang bukan sedikit. Fokus masyarakat hari yang terdedah dengan pelbagai campur aduk antara yang sunnah dan yang bukan sering membuatkan kita berasa tidak apa terhadap apa yang menjadi amalan majoriti...sedangkan jika disandarkan pada nas yang sahih, ia sepatutnya TIDAK DILAKUKAN.
Rasulullah SAW sangat melarang perkara yang diada-adakan...apatah lagi menghiasnya dengan bentuk ibadah baru sehingga masyarakat memandangnya sesuatu yang sama baik atau lebih baik berbanding mengamalkan sunnah yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW. Siapalah kita berbanding generasi terbaik yang telah diiktiraf Al Quran untuk mencipta bentuk perayaan baru lalu mengembar-gemburkan ia sebagai bentuk kasih sayang terhadap rasulullah SAW. Sesungguhnya tanda kasih dan taat kita kepada baginda ialah kembali mengamalkan sunnah baginda dengan sungguh-sungguh...bersolat seperti baginda, puasa seperti baginda dan begitu juga dalam amalan-amalan yang lain di samping mengamalkan solat malam,zikr dan amalan sunat serta memperbaiki muamalat sesama insanyang sangat-sangat disyorkan oleh baginda pada setiap saat dan waktu...bukan sekadar dengan meraikan hari kelahiran baginda setahun sekali!!
No comments:
Post a Comment