Demi manfaat ILMU, kita Bertemu dan Bertamu...

Monday, February 28, 2011

"Unlimited cash flow' untuk jamuan mesyuarat organisasi...

Penglibatan saya dengan organisasi luar selain dari tempat saya bekerja tidaklah begitu banyak...ada peluang saya dapat menyumbang, saya cuba untuk mempermudahkan segala tugasan demi dimanfaatkan bagi memenuhi matlamat organisasi tersebut. Di samping itu, dapat juga saya berkenalan dengan semua individu terlibat dalam organisasi berkenaan untuk merapatkan ukhuwah dan memulakan persahabatan.Satu aspek yang agak kritikal dalam mana-mana pertubuhan atau organisasi yang saya perhatikan selama ini ialah kedudukan kewangan serta ke mana wang yang telah dikumpul itu dibelanjakan.

Tentang isu wang yang dibelanjakan...saya tak pasti pula dengan pengalaman yang di lalui di tempat-tempat lain. Namun saya mencerap dalam banyak contoh dan pengalaman betapa peruntukan kewangan biasanya tidak dipersoalkan jika diguna untuk jamuan-jamuan yang berkaitan dengan aktiviti organisasi. Ia termasuklah jamuan mesyuarat jawatankuasa, atau apa sahaja mesyuarat yang melibatkan jawatankuasa...yang biasanya dibuat secara rutin atau secara 'adhoc'...

Saya jarang terlibat dengan persediaan jamuan mesyuarat yang menggunakan dana awam (kami di pejabat mengumpul dana sesama sendiri utk jamuan teh atau sebarang jamuan...ada juga yang begitu bermurah hati mengambil giliran utk belanja makan)...cuma saya kesal kerana ditempat-tempat yang mengumpul dana dari kutipan derma orang ramai...rutin saling berbelanja untuk dimakan sesama jawatankuasa atau apa sahaja yang mempunyai kepentingan dengan majlis yang mereka anjurkan dilaksanakan tanpa sekatan. Kelihatannya...manfaat derma atau sumbangan awam dikuasai oleh mereka yg bernama AJK...jamuannya berlegar di kalangan mereka yg memakai topi sebagai jawatankuasa yg dipilih sesama sendiri.

Perlukah jawatankuasa itu diberi makan setiap kali mesyuarat diadakan menggunakan dana awam? Jika perlantikan secara sukarela...tanpa sebarang paksaan, maka kesukarelaan itu juga pada pandangan saya perlu dilaksanakan tanpa mengharap balasan. Sukarkah mencari makanan sendiri untuk mengalas perut...atau sekadar meneguk air kosong penghilang dahaga...atau singgah sebentar menyediakan sedikit tit-bit untuk dikunyah bagi menghilang kelaparan jika tak sempat menjamah makanan di rumah?

Dana awam untuk aktiviti sesuatu organisasi adalah diamanahkan untuk masyarakat awam....diutamakan memberi makan pada orang miskin....diutamakan pada aktiviti utk mengukuhkan persaudaraan dan perpaduan...serta diisi dengan aktiviti bermanfaat untuk dinikmati bersama....bukan untuk jamuan para Jawatankuasa...

Wednesday, February 23, 2011

Hatinya terbuka untuk ISLAM hanya kerana wang yang tidak dikutip...

Saya ke Pusat Zakat tadi...menyelesaikan beberapa perkara yang tertangguh sejak beberapa bulan yang lalu.

Selepas beberapa ketika berbicara dengan Pembantu Tadbir yang menguruskan urusan saya di situ, barulah saya sedari bahawa individu itu sebenarnya muslim yang bukan berbangsa melayu. Kelibatnya persis seperti gadis muslim melayu yang biasa saya temui...dan saya memberanikan diri bertanya padanya...siapa nama adik? Beliau sambil tersenyum menjawab..' Nama saya Mei'.

Selepas beberapa ketika, saya dijemput masuk ke bahagian dalam ofis untuk mendapatkan resit. Dalam pada menunggu, saya meramahkan bicara, bertanya bagaimana beliau mengenali Islam. Beliau merupakan bekas graduan kami di sini, berasal dari Sarawak...berbangsa Cina. Menurutnya...satu perkara yang sangat memberikan kesan pada dirinya semasa mula-mula mengenal Islam ialah beliau kagum apabila mendapati muslim yang ditemuinya tidak akan mengambil wang yang tercicir di atas jalan...sedangkan bagi kaum Cina, kebiasaannya menurut beliau, akan mengambil sahaja wang tersebut tanpa mengira adakah itu haknya ataupun bukan.

SubhanalLah....begitu cantik hidayah Islam yang dibukakanNya untuk seorang hamba.Demikianlah...penting untuk setiap kita untuk menterjemahkan rupa bentuk islam walau bagaimana keadaan kita...ianya juga adalah da'wah kita untuk manusia-manusia yang berada di sekeliling...saya mengingatkan diri saya sendiri...

Tuesday, February 22, 2011

Di Hotel Istana Kuda Emas...

Bila saya dikhabarkan tempat bengkel yg perlu saya hadiri pada satu hari itu diubah ke satu tempat yang agak mewah...itulah Istana Kuda Emas...persinggahan 5 bintang di pinggir Seri Kembangan, agak terkejut juga. Mulanya was-was juga, lantaran belanjawan yang agak terhad untuk perbelanjaan pada tahun ini.

Namun...itulah juga destinasi yang telah ditetapkan untuk tujuan bengkel berkenaan. Kami dimaklumkan belanja di tempat berkenaan mendapat diskaun istimewa kerana salah seorang dari kami merupakan ahli di hotel berkenaan...terima kasih atas sumbangan beliau.

Saya sekadar ingin berkongsi rasa hati saya yang tiba-tiba tercuit bila belanja untuk seorang peserta ialah RM80 itu menjadi gurauan...come on la, what do you expect with RM80....ha..ha..ha (ulangan demi ulangan gurauan itu kedengaran di telinga saya). Pada mulanya, saya tak ambil endah tentang perbualan itu...cuma rasanya sebak pula apabila saya mengambil calculator dan mengira...bahawa RM80 itu boleh membeli 66 bungkus nasi lemak berharga RM1.20.... (harga nasi lemak di gerai berdekatan rumah saya yang enak dan mengenyangkan). Entah...rasa bersalah pula...

Friday, February 18, 2011

Yunnan Day 9....lagi




Di pergunungan Haba...perkampungan di sekitarnya menempatkan kelompok keluarga muslim di kalangan Tibetan. Mereka melalui kehidupan yang sangat unik....mengusahakan sepenuhnya pertanian dan penternakan (yak...sejenis haiwan seperti lembu tetapi berbulu lebat) serta membina sendiri rumah dan kediaman mereka menggunakan sumber alam semulajadi di situ.














Mereka ini bagi saya merupakan insan yang begitu kental semangat dan keyakinan mereka....begitu fokus dengan tamadun yang mereka bina untuk manfaat masyarakat setempat, tanpa peruntukan subsidi atau sebarang bantuan dari kerajaan.

Di atas inisiatif pertubuhan bukan kerajaan dan universiti dari negara-negara berdekatan seperti Singapura...mereka telah membina kembali masjid dan juga sekolah tadika yang menempatkan anak-anak muslim untuk belajar.









Saya pula semasa di pergunungan Haba itu melayan rasa seribu perasaan...antara gembira dan tertekan...antara syukur dan kerisauan...anak-anak saya yang demam dan suami juga yang semakin tidak begitu sihat akibat perubahan cuaca dan altitud, sedangkan ubat-ubatan yang dibawa semakin berkurangan.



Dingin yang kian mencengkam serta rasa hati yang tidak tenteram...lewat malam yang terus dipenuhi suhu dingin yang terus dingin, saya hanya mampu berdoa serta mendirikan solat dalam bilangan rakaat yang tidak mampu saya lakukan semasa saya berada di Malaysia...

Thursday, February 17, 2011

Siapakah orang yang PANDAI...

Bila menyebut tentang PANDAI, istilah itu mengingatkan saya kenangan di zaman sekolah rendah dahulu. Cikgu dan kawan-kawan saya ketika itu selalu memuji saya dengan istilah 'pandai' dan juga disebut sebagai 'cleverest' dalam kelas. Bukanlah tujuan saya untuk mengangkat bakul di sini...cuma yang jelas ketika itu saya sebenarnya tak begitu faham tentang istilah pandai selain menyandarkan ucapan itu semata-mata berdasarkan keputusan peperiksaan akhir saya dari darjah 1 hinggalah darjah 6.

Konsep berilmu serta mempraktikkkan ilmu dalam kehidupan masih jauh untuk saya hayati pada usia sedemikian, yg jelas masih terngiang-ngiang ucapan itu dalam ingatan.

Pada usia seperti ini...sedikit sebanyak barulah saya jelas bahawa menguasai sesuatu ilmu itu bukanlah untuk kita menjadi manusia yang PANDAI semata-mata. Menjadi orang berilmu mengelakkan kita menghentam apa jua cara demi memuaskan apa yang diingini atau hajati...Manusia yang pandai bukanlah individu yang mendapat nombor 1 atau skor A semata-mata.

Manusia itu bersifat lupa dan lalai...disebabkan keadaan sekeliling serta fitrah manusia itu sendiri yang mempunyai qalbu (yang sifatnya berbolak-balik), oleh itu kepandaian bukanlah sesuatu yang mutlak sifatnya...sangat relatif dan bergantung pada skop dan suasana kontemporari.

Bagi saya, orang yang PANDAI ialah mereka yang menggunakan ilmu sesuai pada tempatnya, mengamalkan ilmu-ilmu bermanfaat untuk kebaikan manusia, juga sebagai platform untuknya menambahbaik rasa kerendahan hati sesama insan dan hubungannya dengan Tuhan Maha Pencipta.

Memiliki ILMU bukan untuk menghentam pandangan-pandangan yang tidak dipersetujui, bukan pula untuk membuka keaifan orang lain atau menyampaikan rhetorik meremehkan manusia-manusia lain (meskipun jelas ilmunya tidak setanding). Orang yang PANDAI juga menjalani kehidupannya umpama musafir yg berusaha mencari bekalan untuk perjalanan yang lebih jauh dari yang pernah dilaluinya (untuk alam barzakh dan akhirat).

Seseorang itu TIDAK akan masuk syurga jika ada kesombongan walau sebesar debu (malah lebih kecil dari debu)...jika lontaran batu ke dalam neraka mencecah ke dasarnya mengambil masa 70 tahun akhirat (satu hari di akhirat menyamai lima puluh ribu tahun di dunia ( Tafsir Surah Al Ma'arij - Dalam Tafsir Ibnu Kathir Jilid 10); apalah maknanya puluhan tahun hidup di dunia menjadi sebutan sebagai orang yang PANDAI tetapi GAGAL MENGAMALKAN ILMU...

Wednesday, February 16, 2011

Yunnan Day 9....suhu lampau sejuk di pergunungan Haba

Kami tiba di pergunungan Haba iaitu di sebuah homestay kepunyaan Saudara Yusuf...pergunungan Haba merupakan sebahagian dari Shangri La. Mujur juga saya tidak mengikut saranan seorang ahli rombongan untuk bertolak awal ke homestay berkenaan kerana jangkaan kami tempat itu tidak berapa jauh, namun kedudukan sebenarnya mengambil masa perjalanan hampir dua jam dari gunung ganang sekitar lembangan Yang Tze.

Pada waktu berkenaan sudah hampir jam 10 malam...letih, lapar dan sedikit tekanan berikutan 2 dari anak-anak saya demam. Kami ditunjukkan bilik yang sederhana kemudahannya...selimut yg lebih tebal dari toto yg biasa kita gunakan beserta alat pemanas tilam. Selepas berkemas dan menyusun kedudukan bilik, kami dijemput menikmati hidangan makan malam 'ala kampung' di homestay berkenaan...alhamdulillah.






Suhu pada waktu malam di pergunungan Haba itu mencapai 0 darjah celsius pada pertengahan malam hingga ke awal pagi...keadaan langit yang jelas kelihatan tanpa awan, membolehkan kami mencerap taburan jutaan bintang....



Betapa kecilnya diri kita ini sebagai makhluk yang diciptakan....

Suhu di pergunungan berkenaan sangat sejuk...kami diuji pula oleh sistem bekalan air panas yang tidak berfungsi; alhamdulillah tuan punya homestay dan keluarganya begitu prihatin membekalkan air panas dalam thermos untuk kegunaan di bilik air. Setiap kali perlu ke bilik air...perlu memberanikan diri berhadapan keadaan yang begitu menyengat kedinginannya...terkenang pula keadaan di Malaysia, saya begitu menghargai suhu yang biasa kita lalui di bumi Malaysia itu.

Hidangan istimewa sewaktu sarapan pagi ialah butter tea...sejenis minuman teh yang dicampurkan dengan mentega dari susu yak...menyegarkan suasana pagi yang sangat sejuk dan dingin itu...alhamdulillah..



Saudara Yusuf sedang menikmati minuman teh mentega sambil memangku cucunya...

Monday, February 7, 2011

Memartabatkan kasih sayang terhadap Rasulullah SAW dengan mengamalkan sunnahnya...secara konsisten

Diizinkan Allah, kita ini merupakan generasi yang lahir selepas Majlis maulud Nabi diperaku secara tradisi sebagai perayaan yang disambut masyarakat muslim secara turun temurun di kebanyakan tempat dan lokasi. Saya sebetulnya selama ini tidak mengambil endah tentang perjalanan yang menjadi sejarah kelahiran nabi Muhammad disambut secara besar-besaran dengan pelbagai itinerary dan aktiviti sehinggalah saya terlintas di dalam hati...mengapa upacara sedemikian tidak pernahpun diraikan baginda dan para sahabatnya..?

Dalam hadith sahih yang memuatkan maksud mengingatkan kita agar tidak sesat ialah berpegang teguh dengan alquran dan sunnah baginda (disebut dalam hadith tersebut umpama menggigit dengan geraham-geraham.... iaitu dengan kesungguhan yang bersungguh-sungguh). Melaksanakan isi alquran dan mengamalkan sunnah baginda merupakan mujahadah yang menuntut pengorbanan dan ketekunan yang bukan sedikit. Fokus masyarakat hari yang terdedah dengan pelbagai campur aduk antara yang sunnah dan yang bukan sering membuatkan kita berasa tidak apa terhadap apa yang menjadi amalan majoriti...sedangkan jika disandarkan pada nas yang sahih, ia sepatutnya TIDAK DILAKUKAN.

Rasulullah SAW sangat melarang perkara yang diada-adakan...apatah lagi menghiasnya dengan bentuk ibadah baru sehingga masyarakat memandangnya sesuatu yang sama baik atau lebih baik berbanding mengamalkan sunnah yang telah ditunjukkan oleh baginda Rasulullah SAW. Siapalah kita berbanding generasi terbaik yang telah diiktiraf Al Quran untuk mencipta bentuk perayaan baru lalu mengembar-gemburkan ia sebagai bentuk kasih sayang terhadap rasulullah SAW. Sesungguhnya tanda kasih dan taat kita kepada baginda ialah kembali mengamalkan sunnah baginda dengan sungguh-sungguh...bersolat seperti baginda, puasa seperti baginda dan begitu juga dalam amalan-amalan yang lain di samping mengamalkan solat malam,zikr dan amalan sunat serta memperbaiki muamalat sesama insanyang sangat-sangat disyorkan oleh baginda pada setiap saat dan waktu...bukan sekadar dengan meraikan hari kelahiran baginda setahun sekali!!

Sunday, February 6, 2011

Mendekatkan diri pada petunjuk ilahi melalui Majlis ILMU

Pernah dalam satu kem bina semangat yang saya hadiri yang menampilkan permainan untuk memupuk semangat setiakawan. Salah satu game tersebut menghendaki kami berjalan dalam kegelapan malam mengikut kumpulan.. yg mana ahli seramai sepuluh orang( lebih kurang) membuat barisan yg diketuai oleh ketua pasukan; lampu picit dibenarkan untuk dipegang oleh Ketua di hadapan sedangkan yang lain sekadar dibenarkan memegang baju kawan di hadapan sebagai petunjuk untuk tidak sesat serta berjaya ke destinasi. Namun... apa sebenarnya terjadi? Bagi saya... game berkenaan sedikitpun tidak memupuk sebarang rasa setiakawan namun prinsip perjalanannya memberikan analogi mudah dlm perjalanan hidup yg perlu dekat dengan petunjuk dan bimbingan.

Dalam game itu, saya berada di kedudukan tengah. Sukar untuk mengagak arah perjalanan dalam gelap sedemikian, yang pasti individu yang berada di belakang ketua pasukan mendapat petunjuk melalui cahaya lampu picit yang dibawa oleh ketua di hadapan. Individu pada kedudukan ketiga mungkin nampak melalui cahaya lampu picit tersebut.. mungkin juga tidak. Yang pasti, saya jelas tidak dapat memanfaatkan apa-apa dari cahaya lampu picit berkenaan. Saya beberapa kali terpijak kasut kawan di hadapan yang nyata mencetuskan rasa kurang senang... kawan- kawan di belakang ada yang terjatuh, terpijak lubang dan ada yang tergelincir masuk ke longkang kecil di tepi jalan.

Dalam situasi hari ini, apa yang saya boleh kongsikan di sini ialah keperluan kita pada insan yang berilmu untuk membimbing kita dengan cahaya ilahi. Kita perlu dekat dengan mereka melalui majlis ilmu serta perbincangan tidak rasmi untuk membantu kita memanfaatkan ilmu berkenaan di pentas kehidupan yang sementara ini. Jika kita jauh dari cahaya... ia meningkatkan peluang untuk memilih laluan yg bakal menggelincirkan kita dari kebenaran.

Moga kita dipermudahkan Allah akan ruang menempatkan diri dalam majlis ilmu yang mendekatkan kita untuk mengingati Allah dan hari akhirat...

Tuesday, February 1, 2011

...andai saya berpeluang menghadiri Forum bersama....

Situasi hari ini bagi saya amat komplikated dan sukar untuk diperjelaskan setiap satunya secara terperinci. Ada kala kita bermaksud atau berniat untuk kebaikan tetapi disalahertikan dengan tanggapan dan pandangan yang tidak disangka-sangka sehingga berlainan pula persepsinya.

Isu-isu yang melibatkan wanita sering menjadi tumpuan...diberikan pemberat yang bagi saya seringnya keterlaluan sehingga mengaburkan fokus ke atas isu sebenar yang melanda masyarakat. Apabila berbicara tentang isu wanita..hati saya sebak sebenarnya. Isu yang sepatutnya diperjelaskan dengan penuh hikmah...kebiasaannya diremeh dan ditatang dalam fokus yang mencipta jenaka dan lawak untuk dipersenda. Cerita tentang isteri...lalu melencong kepada yang berkaitan di peringkat individu serta menjadi bualan pula yang menimbulkan salah faham dan sebagainya. Bukanlah tujuan saya untuk menjadi jaguh atau mencuri tumpuan untuk menghangatkan isu-isu berkaitan...sesungguhnya bukan itu niat saya.

Fokus masyarakat yang membentuk kelompok umat bermula dari ikatan dan saling melengkapi individu lelaki dan wanita. Sewajarnya pula ia ditakrifkan secara saksama dan diberikan tumpuan kepada objektif akhir yang hendak dicapai bagi tujuan penambahbaikan. Namun, sebelum objektif akhir itu dikenalpasti, isu atau masalah yang menjadi duri yang menyakitkan keadaan sosial secara keseluruhannya perlu dikenalpasti...namun saya seringnya kabur dengan penyelesaian jangkapendek yang seringnya menuding punca yang terjadi untuk dibebankan kepada golongan wanita. Pantang ada isu sosial...stigma itu biasanya dikaitkan dengan nilai-nilai yang berkait dengan punca kemaksiatan serta saling salah-menyalah...dan saya berpandangan, biasanya wanitalah juga yang digembar-gemburkan menjadi punca segala.

Apabila saya mendongak memandang langit dan awan...tatkala fikiran saya menerawang serta buntu mencari pilihan penyelesaian...saya sangat berharap andainya saya dapat menghadiri majlis ilmu bersama Saidatina Aishah ra (isteri rasulullah yang banyak meriwayatkan hadith) serta wanita-wanita tersohor yang telah terserlah kewibawaan mereka....betapa saya mengharap dapat berbicara dengan Ummul Mukminin itu untuk berkongsi kegelisahan dan kegundahan yang tersimpan. Namun...apakan daya, kita perlu kembali berpijak di alam nyata...dengan hakikat yang tidak dapat tidak kita nafikan, betapa usaha pengislahan itu menuntut pengorbanan yang berganda...Allah jua yang Maha Mengetahui..