Demi manfaat ILMU, kita Bertemu dan Bertamu...

Wednesday, December 2, 2009

Hadiah cemerlang akademik...apa maknanya di dunia nyata?

Kecemerlangan akademik bagi saya sekadar rhetorik untuk memotivasikan pelajar bersungguh-sungguh dalam pengajian mereka. Ia bukan lah matlamat sebenar pengajian atau pembelajaran. Keperluan pengajian dan pembelajaran hanyalah untuk memenuhi segala 'learning outcomes' yang telah dikenalpasti; bonus hadiah kecemerlangan sekiranya seseorang itu mampu memenuhi semua hasil akhir pembelajaran itu dengan pencapaian yang mengkagumkan.

Terjemahan ilmu akademik perlu diselarikan dengan keperluan di dunia nyata. Ia bukan juga sekadar teori tetapi garapan yang tidak mengenepikan kepentingan aqidah yang membimbing jiwa ke jalan yang benar.Berkali-kali saya berhadapan dengan perdebatan...mengapa ini berlaku, mengapa itu terjadi?? Kes-kes jenayah kewangan, gangguan seksual malah hubungan di luar nikah yang saban waktu menampilkan berita penglibatan mereka yang tergolong dalam dunia ilmuwan menimbulkan isu iaitu tidak cukupkah dengan ilmu yang cemerlang untuk membendung segenap kemungkaran itu? Sesungguhnya ilmu cemerlang sahaja memang tidak akan mampu membataskan manusia dari terjebak dalam dunia gelap yang celaru. Namun di dunia persepsi manusia ini, hadiah kecemerlangan itulah menjadi rebutan sehingga menimbulkan isu di kalangan ibu bapa dan guru serta bagi saya, menyebabkan sebahagian anak-anak tertinggal dalam dunia pemikiran dan pembangunan sahsiah.

Saya sempat bersama beberapa orang ilmuwan ternama negara...berbincang mencari-cri calon yang sesuai untuk dilantik sebagai Dekan di sebuah pusat pengajian yang bakal ditubuhkan. Menariknya, perbincangan tidak formal itu menjelaskan kepada saya hakikat kecemerlangan yang wajar dijadikan ukuran. Berkata salah seorang dari mereka..." of course we don't need the most brilliant person, but we need somebody who can get the work done".

2 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum doktor Malina..

di sini saya menulis sebagai seorang guru sekolah rendah..

berkaitan dengan hadiah kecemerlangan murid/pelajar..

semuanya bergantung kepada niat.. kalau kami di sekolah rendah ni, objektif kami bukan setakat menghabiskan silibus untuk diajar, kami juga perlu mencorakkan kain yang putih memandangkan mereka adalah kanak2 yang masih suci.. tanggunggjawab kami mungkin lebih berat kerana hampir semuanya bermula di sini.. prasekola (5 tahun) sehingga tahun 6 (12 tahun)..

kami bukan sahaja mengajar ilmu sekularism, tetapi juga kami mendidik dalaman mereka.. menerapkan nilai2 murni dalam jiwa mereka.. supaya mereka dapat membesar sebagai insan yang berakhlak mulia..

berkaitan dengan hadiah kecemerlangan pula.. itu adalah suatu bentuk galakan supaya mereka lebih bersungguh-sungguh untuk belajar.. banyak kaedah yang perlu kami lakukan untuk menarik minat kanak2 ini datang ke sekolah.. bukan datang semata2 kerana disuruh ibu bapa atau kelaziman.. tetapi mempunyai niat ikhlas untuk menuntut ilmu..

ya.. mudah2an ilmu yang kita curahkan kepada mereka sebagai pendidik ini, bukan sahaja setakat untuk lulus peperiksaan, malahan dapat dijadikan cahaya untuk menyuluh masa depan mereka.. iaitu digunakan sebagai amalan dalam kehidupan seharian mereka.. insyaAllah.. wallahualam..

salam dari sahabat lama..
ex-Mutiara '82,
MRSM MUAR.

tinta said...

Wslm wbh, terima kasih atas pandangan.