Tidak ada istilah paling tepat untuk medeskripkan keadaan penipu...yang hidupnya merasa tidak apa dengan dusta dan helah demi helah yang sangat hina. Hanya dirinya sahaja serta syaitan-syaitan yang terus menghasut untuk merasa kesalahan berbuat demikian sangat ringan.
Kesalahan menipu lahir dari angkara-angkara dosa-dosa besar yang sangat erat dengan aqidah. Antara dosa-dosa besar yang disebut Allah termasuklah minum arak, judi, bertilik nasib dan berzina. Selain itu juga termasuk dalam senarai dosa besar menurut hadit Rasulullah SAW ialah dosa akibat hati yang bongkak dan sombong (enggan menerima kebenaran) serta kentalnya sifat ujub dan bermegah-megah (memandang rendah pada orang lain).
Satu kesan yang lahir dari dosa-dosa besar tersebut ialah hati yang merasa OK walaupun perlu menipu berkali-kali sehingga beranggapan menipu adalah ‘ruji’ di dalam kehidupan.
Kesalahan menipu mencetuskan pergaduhan/ permusuhan, saling berdendam, dosa yang meng’hitamkan’ hati, menghalang keikhlasan (tidak jujur kepada diri sendiri) serta menghalang seseorang melakukan kebaikan dan bertaubat. Inilah outcomes yang secara langsung menjadikan hidup dan hati seseorang yang hidupnya menipu tidak akan merasa tenang dan tenteram.
Menipu adalah tanda dan ciri bagi seorang yang munafik. Manakala munafik ini pula tempatnya paling bawah (terendah) dalam neraka. Mereka yang hidupnya menipu tidak akan pernah bahagia. Itulah janji Allah yang akan mengazab mereka yang menipu ini dalam kehidupan dunia...hinggalah saat kematian, di dalam kubur dan membawa ke neraka.
Menipu juga tidak sekadar terbatas pada lisan dan lidah semata. Namun merangkumi setiap urusan...termasuklah menipu tugasan, menipu assignment ('copy and paste' dari karya orang lain), menipu jawatan, menipu mengambil peranan orang lain, menipu pada sesuatu yang bukan haknya.
Moga Allah sentiasa memelihara kita dari kesalahan menipu, helah perdaya dan kata-kata yang dusta.
No comments:
Post a Comment