Dalam tempoh cuti sekolah sebulan ini, kami sekeluarga menyusuri jalan di Subang Jaya. Terseka pula kenangan semasa bersesak-sesak ke arah Kampus sekolah sementara di Subang Bistari. Pasti kami merindukan persinggahan di Masjid AnNur di Glenmarie, atau Masjid Lapangan Terbang Subang atau juga semasa membeli barang keperluan anak-anak di Star Avenue dan singgah ke beberapa restoran di sekitarnya .....
Pantas sekali masa berlalu. Kitalah juga yang mengisi sebaik-baiknya. Puteri-puteri SMITA semakin mekar usia mereka, moga kampus baru memberikan inspirasi dan motivasi untuk mereka terus berusaha sebaik-baiknya.
Dalam kesibukan debat antara sekolah berasrama penuh, kelayakan mengikut pendapatan keluarga dan sebagainya...saya berpendapat matlamat pendidikan kita adalah mengisi jiwa anak-anak dengan ilmu bermanfaat dan suasana persekitaran yang memberikan mereka peluang untuk berdaya saing dengan sekitaran yang nyata semakin mencabar.
Sayapun tidak pasti untuk apa diperdebatkan isu berkenaan. Banyak sebenarnya institusi persekolahan yang menawarkan suasana yang baik dan kondusif untuk anak-anak remaja.
Saya pernah menuliskan sebelum ini, kedua-dua setting antara sekolah biasa dan sekolah berasrama ada kelebihan dan kekurangannya. Bagi saya tiada yang mengatasi antara satu sama lain, melainkan niat seseorang untuk berusaha sebagai insan berilmu.
Tahniah kepada pengurusan AlNida yang diizinkan Allah merealisasikan impian membina sekolah untuk anak-anak remaja puteri berlandaskan priinsip yang disyorkan; juga merangkumi keperluan anak-anak yang bukan muslim.
Anak-anak ini turut didedahkan dengan pengalaman sebagai persediaan mereka menjadi generasi dewasa muslimah yang didoakan mampu berfungsi sebaik-baiknya dalam organisasi masyarakat.
Untuk puteri-puteri SMITA (P) @ MISS...selamat belajar semuanya..