Demi manfaat ILMU, kita Bertemu dan Bertamu...

Tuesday, April 3, 2018

Mengapa saya hantar anak saya bersekolah di SMITA (Sek Men Islam Tahfiz Al Amin di bawah Al Nida')...

Seorang ibu mendekati saya..kami berborak biasa. Akhirnya beliau bertanya, "Why you sent your daughter here?"
Satu soalan yang saya anggap tidak perlu saya hebahkan. Saya ada sebab tersendiri mengapa saya memilih SMITA. Anak-anak saya, semuanya bersekolah di SMITA [(SMITA(L) di Teluk Intan dan SMITA (P) di Subang], di bawah keloalaan Pertubuhan Kebajikan Al Nida'.

Berikut merupakan  persepsi saya yang ketika itu saya simpan di dalam hati;
Al Nida' memberikan pendekatan kontemporari tanpa melupakan nilai tradisi sebagai masyarakat melayu yang ada agama.  Pendekatan sederhana serta berketrampilan untuk mendidik anak-anak sebagai muslim yang beramal. Ada usrah, ada pembangunan sahsiah, kreativiti serta membantu anak-anak yakin pada kemampuan diri sendiri. Paling saya suka..bila anak-anak SMITA gembira tersenyum sesama sendiri..

Dari masa ke semasa, saya ada isu tertentu yang saya juga tidak bersetuju dengan sebahagian kecil tindakan sekolah atau guru tertentu. Namun, kebanyakkannya saya diamkan sebab saya tahu mereka yang lebih dekat dengan anak-anak saya. Saya percaya, mereka ada sebab tertentu untuk melaksanakan sedemikian. Seperti juga yang saya lakukan terhadap anak-anak pelajar saya di sini.

Saya bukan ahli Al Nida' yang diberi diskaun khas atau mempunyai keahlian yang istimewa utnuk mendapat potongan khas. Saya hanyalah insan biasa seperti ibubapa muslim lain yang bercita-cita untuk membentuk anak-anak mengikut acuan quran dan sunnah. Saya tidak pernah meletakkan harapan terlalu tinggi seperti mereka yang menghantar anak-anak ke sekolah kluster, MRSM atau sekolah-sekolah elite yang berpencapaian tinggi. Biarlah tinggi macamanapun. Namun, saya mengimpikan anak-anak yang melalui zaman remaja yang dikelilingi sahabat dan guru-guru yang mendidik. Tahu berkomunikasi dan tahu nilai sebenar sebagai seorang pelajar. Yang penting, mereka mempunyai nilai-nilai agama dan menyandarkan harapan pada Tuhan Rabbul Jalil atas apa jua yang mereka lalui.

Kepada ibu yang bertanyakan soalan kepada saya tadi...saya bertanya beliau kembali." I refuse to give any explanation, but would like to listen, why you too did send your daughter here". Saya tiba-tiba menjadi melayu elite yang bercakap bahasa Inggeris. Lalu dia juga tidak menjawab...Dari gestur dan bahasa tubuh, saya tahu ada perkara yang hendak diperkatakan. Lalu kemudiannya ada soal jawab yang saya tidak selesa untuk meneruskannya. Betul..saya tidak suka menunjukkan saya ini siapa, namun bila diuji bertalu-talu, terlepas juga bahasa "mombastic" yang biasanya saya perdengarkan di pentas rostrum sebagai ahli akademik. Betapa saya berharap ianya tidak terjadi...




4 comments:

Anonymous said...

salam,puan saya ingin bertanya..bagaimana pencapaian anak puan setakat ini di SMITA?adakah syarat kemasukan mesti hafaz beberapa juzuk alquran?

terima kasih atas respon

tinta said...

Terima kasih atas soalan. Alhamdulillah, secara umum perkembangan akademik dan sahsiah anak-anak saya dan juga anak-anak SMITA yang lain adalah memuaskan. Penghargaan pd semua guru-guru.
Syarat kemasukan tidak perlu sudah menghafaz beberapa juzuk.

Unknown said...

Assalamualaikum,puan. Saya ingin bertanya bagaimana dgn persekitaran n pencapaian sekolah Smita ini?

tinta said...

Mohon maaf atas kelewatan saya respon pada soalan Tuan/Puan.
Untuk pengetahuan, anak-anak saya semuanya bersekolah di SMITA. Alhamdulillah, suasana pembelajaran adalah kondusif. Sama juga dengan sekolah-sekolah lain, kesediaan anak-anak untuk belajar, motivasi, dorongan kawan-kawan serta dedikasi para guru adalah penting. Saya berpandangan walaupun SMITA menghadapi kekangan dari segi pengalaman guru-guru, namun kesungguhan mereka untuk berkongsi ilmu sangat cemerlang.