Insyaallah...isyarat sangat jelas dalam Al Quran serta nasihat-nasihat tazkirah melalui sunnah; mengungkapkan pentingnya ibubapa untuk kita UTAMAkan dalam kehidupan.
Ayat-ayat dalam AlQuran begitu jelas menggandingkan ihsan berbuat baik kepada ibubapa selepas ayat yang menekankan aqidah tauhid untuk beriman kepada Allah penuh ikhlas tanpa sedikitpun mensyirikkanNya iaitu dalam ayat 83 Al Baqarah maksudnya "..janganlah kamu menyembah selain Allah dan berbuatlah ihsan kepada dua ibu bapa...", ayat 36 surah An Nisa' ' Dan sembahlah Allah sahaja dan jangan mensyirikkanNya, dan berbuatlah ihsan (kebaikan yang terbaik) kepada dua ibu bapa..."
Demikian juga dalam urutan ayat Alquran berikutnya iaitu surah Al An 'am ayat 151; surah Al Isra' ayat 23; surah Luqman ayat 13 dan 14.. sarjana dan ilmuwan yang arif mengenai pentafsiran Al Quran menekankan bahawa jika ada pengulangan sesuatu fakta dalam ayat-ayat Al Quran; ia menunjukkan betapa pentingnya aspek itu untuk diberikan perhatian dalam kehidupan.
Petunjuk dari sunnah juga menunjukkan bahawa berjihad di jalan Allah hanya dibenarkan kepada mereka yang tidak ada ibubapa yang perlu diberikan perhatian penuh atau kasih sayang... ; Rasulullah memerintahkan sahabat yang ingin berjihad tetapi masih mempunyai ibubapa supaya tidak turut serta berperang. Secara umum kita mempunyai tafsiran betapa taraf muhajid dan syahid di jalan Allah memiliki pengiktirafan di sisi Allah; fokus perjuangan dikisahkan dalam keadaan yang 'glamour' (menarik perhatian)...tidak seperti kesusahan atau emosi kita yang diuji apabila berhadapan dengan ibubapa yang telah berusia dan mempunyai keupayaan kognitif yang berbeza berbanding usia mereka ketika muda....
Indahnya kalam Allah apabila memberikan kita panduan bagaimana untuk sentiasa kekal menjaga hati dan kasih sayang keduanya. Kita tidak dibenarkan bersuara dalam nada yang menyakitkan di hadapan mereka...iaitu, jangan sesekali menunjukkan rasa geram, marah, meninggikan suara atau sebarang emosi yang melukakan hati mereka. Allah tidak menyatakan jangan kamu marah terhadap mereka.... tetapi jangan sesekali menunjukkan kita marah terhadap mereka (don't show it to them).
Sebagai insan yang mudah tercabar emosi, tidak dinafikan untuk berhadapan dengan situasi mereka yang berusia adalah satu ruang yang memerlukan kesabaran dan kebaikan yang diizinkan Allah. Mereka yang sudah lanjut usia, mudah tersentuh emosinya, cepat benar berkecil hati, kadang-kadang...lain yang kita sebut, lain pula yang difahamnya...nasihat kita sering (kita bertanggapan) dipandang mudah... namun, hendaklah kita turut faham mengapa ianya sedemikian?
Kerana kita ini...walau pada usia mana kita berada..., kita masih merupakan seorang anak kepada mereka; yang mana mereka (ibu bapa kita )tetap menganggap kita perlu dengar kepada nasihat dan keputusan mereka.. sedangkan kita pula mungkin bertanggapan sebaliknya.
Lalu.. petunjuk Allah dan Nabi Muhammad SAW mengajak kita untuk menunjukkan dan mengekalkan kasih sayang terhadap keduanya; berhadapan secara hands on dan tidak pula menyerahkan keduanya pada pihak lain untuk menggantikan kita sebagai anak utk memelihara keduanya...
No comments:
Post a Comment