Sayapun tidak berapa jelas mengapa saya begitu cepat bersetuju untuk melanggan Astro Beyond apabila dihubungi oleh wakil mereka baru-baru ini. Mungkin justifikasi mudah untuk membeli set TV baru menggantikan set yang lama yang kian pudar pigment warnanya dan juga peluang menyaksikan pelbagai siaran dalam bentuk 3 D menyumbang kepada keputusan saya.... namun yang pasti saya ketika itu telahpun bersetuju melanggannya. Satu terma yang dinyatakan saya melalui perbualan telefon ialah, saya bakal didenda dengan sejumlah RM jika saya mengambil keputusan membatalkan langganan berkenaan sebelum tempoh setahun.
Apabila saya menyatakan pada suami... beliau sekadar diam dan tidak memberikan banyak respon. Saya tahu...itu tandanya dia tak berapa gemar atau bersetuju dengan tindakan saya...apatah lagi persetujuan itu saya buat tanpa berdiskus dengannya terlebih dahulu. Namun apakan daya... saya berpendapat sukar utk berpatah balik kerana saya bakal didenda dengan jumlah yang agak banyak jika membatalkan keputusan tersebut.Namun saya terfikir pula..... sejak tahun ini, disebabkan sibuk dengan urusan harian saya agak jarang menonton TV... terasa ' bodoh' pula membuat keputusan terburu-buru...
Jadual pemasangan tertangguh sebanyak dua kali, disebabkan urusan yang tidak dapat dielakkan.Pada hari pemasangan Astro berkenaan dijanjikan, saya diminta suami saya untuk memberikan makluman serta garispanduan kepada anak-anak akan jadual serta siaran-siaran Astro Beyond berkenaan. Ini bagi memastikan tontonan TV tidak terlalu berlebihan serta mengganggu jadual pembelajaran.
Tiba masa saya berbicara dengan anak-anak.... tanpa saya duga, setiap mereka menentang keputusan saya untuk melanggan Astro Beyond. Masing-masing dengan pendapat dan pandangan... antaranya, nanti banyak sangat lah siaran kan mak? Yang ada nipun dah banyak..nanti ada siaran yang tak elok lah mak... nanti mak kena bayar lebih banyak nanti... kan kita baru beli komputer...Saya katakan kepada mereka tentang keputusan saya bahawa saya mengakui saya berbuat silap, sepatutnya saya bincang dahulu dengan ayah mereka sebelum membuat keputusan ataupun saya perlu memikirkan sebaik-baiknya.
Lalu mereka cadangkan..."mak batalkan jelah pasang Astro Beyond tu...yang kita dah ada ni dah cukup dah". Saya katakan pula, "kalau mak batalkan, nanti mak kena denda..' Salah seorang berkata... takpe mak, biar angah bayar..(saya tahu dia merujuk jumlah tabungan yang diserahkan kepada saya minggu sebelum itu untuk dimasukkan ke tabung haji).
Saya termenung seketika, lalu saya katakan..."Ok, mak cancel nanti untuk pasang petang ni'....dan salah seorang dari anak-anak saya berkata...'Mak ingat ya Mak..lain kali mak fikir lah betul-betul sebelum mak nak buat apa-apa'.
Saya pernah membuat keputusan bodoh membeli suatu barangan yang tidak saya perlukan pada harga yang tinggi, namun ketika itu saya mengalah dengan keadaan kerana tidak terdaya mengambil keputusan membatalkan keputusan yang telah saya buat. Namun pada hari saya membatalkan keputusan melanggan Astro itu, berbeza keadaannya.... dalam solat zohor saya pada hari tu, hanya airmata saya yang bergenang mengingatkan kembali kesilapan yang telah saya lakukan serta bicara nasihat dari anak-anak...
Demi manfaat ILMU, kita Bertemu dan Bertamu...
Friday, April 29, 2011
Thursday, April 28, 2011
Menyertai mereka yang sedikit....
Saya kongsikan mengenai hadith Nabi SAW yang menjelaskan keadaan Islam dan umat Islam pada satu waktu di mana dunia menghadapi saat akhir sebelum ketibaan hari kiamat iaitu keadaan dimana Islam berada dalam keadaan cukup asing ...dan muslim sendiri berbalah sehingga memudahkan 'diratah' oleh mereka-mereka yang kafir terhadap Allah. Betapa pula mereka yang ingin memegang dan melaksana Islam dalam bentuk yang telah ditunjukkan oleh baginda rasulullah SAW sangat-sangat sedikit.
Satu ketika dahulu, Islam juga cukup asing dalam diri saya.Islam hanya hadir dalam keadaan fizikal iaitu ketika saya perlu solat, puasa dan melakukan ibadah yg khusus atau juga ketika saya perlu mengikut peraturan menutup aurat seperti yang disarankan oleh guru saya atau juga ketika saya hadir dalam majlis nikah ataupun kenduri doa selamat atau upacara yg melibatkan kematian.
Islam tidak 'hadir' dalam hati saya tatkala saya berurusan dengan manusia, ketika saya merawat pesakit, ketika saya memberikan ucapan/ pengajaran...tidak ada hubungan saya dengan Tuhan yang Maha pencipta malah terasa cukup asing untuk melakukan sedemikian...Islam juga tidak hadir apabila saya melakukan sesuatu selain dari ruang dalam ibadat khusus..kadang2 terlintas pula dalam hati bahwa islam saya hanya agama di dalam hati, tidak lebih dari itu..saya 'perlu' mengikut arus apabila berhadapan sesama manusia. Apatah lagi bila berhadapan dengan nilai-nilai yang menjadi tema kehebatan sesama manusia terutama apabila bersaing dengan mereka yang kafir.
Ketika itu juga tidak ada rasa 'izzah atau mulia dengan islam serta tiada pula usaha untuk memperkenalkan islam pada orang lain...meski saya pernah hadir usrah atau tazkirah...segala itu terkepung dalam 'complacent' yang saya sendiri tidak fahami...betapa dhaif dan jahilnya keadaan saya.
Mereka yang diberikan hidayah Allah untuk kembali beriman, kepada pada kebenaran, bersyukur, berfikir, insaf adalah dari golongan yang SEDIKIT....
Dan mereka berkata, hati kami tertutUp. Sebenarnya hati mereka tidak tertutup tetapi Allah melaknat mereka disebabkan kekufuran mereka, maka SEDIKIT sekali di kalangan mereka yang beriman (ayat 105 Surah Al Baqarah).
Berapa banyak yang terjadi, golongan yang SEDIKIT mengalahkan golongan yang banyak dengan izin Allah (ayat 249 Surah Al Baqarah)
...mereka tidak beriman kecuali SEDIKIT sahaja di kalangan mereka (ayat 46 Surah An Nisa')
Katakanlah, ikutlah apa yang diturunkan kepadamu dari Tuhanmu dan janganlah kamu mengikut pemimpin-pemimpin selain Allah, namun SEDIKIT sekali di kalangan kamu yang mengambil peringatan (ayat 3 Surah Al A'raf)
Dan sesungguhnya Kami telah memberikan kuasa kepada kamu dibumi dan menjadikan pelbagai jalan penghidupan untukmu tetapi sangat SEDIKIT dikalangan kamu yang bersyukur (ayat 10 Surah Al A'raf)
...dan tidak ada mereka yang beriman yang turut bersamanya (Nabi Nuh) melainkan SEDIKIT sahaja (ayat 40 Surah Hud)
Dan Dialah yang mengadakan bagimu pendengaran dan penglihatan serta hati tetapi amat SEDIKIT di kalangan kamu yang bersyukur (ayat 78 Surah Al Mukminun)
Atau siapakah YANG memperkenankan doa orang menderita apabila berdoa kepadaNya dan yang menghapuskan kesusahan serta menjadikan kamu pengganti umat-umat lalu mendiami dan menguasai bumi? Adakah sebarang tuhan yang lain selain Allah? Amat SEDIKIT kamu yang mengingat nikmat Allah itu (ayat 62 Surah An Naml)
...dan sememangnya sangat SEDIKIT di kalangan hambaKu yang bersyukur (ayat 13 Surah Saba)
Dan sememangnya tidak sama mereka mereka yang buta dan dapat melihat dan tidak sama antara orang berbuat baik dan beriman dengan mereka yang melakukan kejahatan. SEDIKIT sekali di kalangan kamu yang beringat dan insaf (ayat 58 Surah Ghafir)
Dan bukanlah Al Quran itu perkataan penyair (ditulis manusia)..amat SEDIKIT di kalangan kamu yang beriman (ayat 41 Surah Al Haqqah)
Dan bukanlah Al Quran itu perkataan seorang dukun( dengan kuasa sakti) amat SEDIKIT di kalangan kamu yang mengambil peringatan (ayat 42 Surah Al Haqqah)
Ya Allah, masukkanlah kami dalam golongan yang SEDIKIT...

Wednesday, April 20, 2011
Memperkukuhkan diri dengan ilmu Al Quran dan sunnah..
Cabaran yang sama-sama kita hadapi pada alaf ini ialah untuk mengisi kehidupan dengan ilmu, mengamalkan secara relevan serta memenuhi tuntutan kehidupan memenuhi apa yang diredhai Allah SWT. Namun, cabaran yang lebih besar pula ialah melawan arus golongan yang membesar-besarkan isu format dan struktur sesuatu ilmu, lantas melupakan kandungan dan konteks ilmu itu sendiri dalam membimbing kehidupan. Umpama air yang merupakan keperluan hidup, analog mengutamakan struktur dan format ialah seperti memberikan penekanan kepada morfologi dan struktur serta bahan binaan bekas yang mengisi air; keutamaan terhadap mutu dan keselamatan air langsung tidak dipedulikan.
Saya memandang generasi hari ini dahagakan pengiktirafan dalam sebarang aktiviti yang mereka lakukan. Kewujudan hati-hati yang kelihatannya hanya didamaikan oleh kehebatan pengiktirafan serta pulangan yang berupa kesenangan yang dilihat dengan pancaindera. Lantas, kewujudan ilmu yang wajarnya menjadi pembimbing kehidupan, dijadikan pula modal untuk menobatkan diri serta memperolehi hadiah dan sumbangan. Dilihat pula secara terperinci dalam pembentukan konteks pembinaan jiwa insan, Al Quran dan sunnah nyatanya tidak dititikberatkan.
Di sana-sini, pada kain rentang, pada isu di akhbar atau tulisan-tulisan pandangandi media cetak mahupun virtual; isu bible berbahasa melayu terus menjadi tumpuan. Bukanlah niat saya untuk mengeruhkan lagi keadaan; namun saya tertanya-tanya sikap dan pendekatan kita dalam mengemudi hidup kita sebagai muslim.
Dalam konteks yang sama, adakah kita akan memusnahkan internet atau media elektronik jika ada pendakwah agama lain menggunakan pentas berkenaan untuk tujuan mereka memperkenalkan diri dan agama mereka...sedangkan perkara berkenaan dipertonton dan dibentangkan pada kita sejak sekian lama (secara nyata mahupun tersirat).
Bible berbahasa melayu bukanlah ancaman; biarlah dalam apa sahaja bahasa yang dikemukakan. Namun, ancaman yang paling besar ialah majoriti umat islam hari ini ketandusan kefahaman mengenai aqidah yang benar serta gagal memperlakukan Al Quran dan mengambil teladan sunnah sebagai terjemahan dan praktis dalam kehidupan. Saya mohon kepada masyarakat agar sama-sama kita memelihara keamanan; tumpukan keutamaan kita serta turun padang bersama-sama untuk menterjemahkan dan menyeru ke arah Islam sebagai cara hidup menurut petunjuk Al Quran dan Sunnah.... bukan terus berdedaian dengan rhetorik mencari perhatian dan sokongan...

Monday, April 18, 2011
Hati-hati.... dengan setiap patah lisan dan tulisan...
Semasa saya di sekolah menengah dahulu, setiap kali tertekan atau marah atau kecewa...saya luahkan atas kertas, yang kemudian saya koyak-koyakkan dan buang ke dalam tong sampah. Atau saya luahkan pada seorang teman yang mahu mendengar...atau jika terlalu geram...saya kisahkan melalui cerita kepada kumpulan kawan yang menjiwai apa yang saya lalui (itu sebenarnya mengumpat...mudah2an dosa saya diampunkan)atau saya menelefon ibu saya yang jauh di kampung....atau saya sekadar diam menahan rasa dan akhirnya mengalir air mata.
Itu semua dunia semalam...dunia tanpa istilah 'online'...serta perayauan internet nya masih belum begitu nyata. Dunia cyber pada era kita pada hari ini, saling bertindan dengan dunia nyata. Bersambung dan silih berganti; sehingga ada yang jiwa dan tidurnya terganggu akibat rasa kecewa dan geram melalui komunikasi alam cyber yang penuh dengan 'mistik' dan misteri.
Dalam dunia cyber, mana-mana individu yang melayarinya boleh menyamar dan dirabunkan identitinya. Siapa sahaja boleh berpencak dan berbahas.... boleh menyatakan apa sahaja intonasi dan ekspresi...hatta untuk mengutuk sesiapa sahaja yang tidak disukai. Betapa noda lisan dan tulisan terus menikam kredibiliti serta menjadi luahan yang memutar belitkan fakta dan realiti.
Orientasi emosi dan aras minda juga berbaur nalurinya. Apa sahaja ucapan mahupun lintasan hati yang tertulis di pentas virtual.... bukan lagi untuk tatapan peribadi; namun disaksikan di seluruh jagat ini (yang mempunyai talian internet).
Untuk itu, manfaatkanlah lisan dan tulisan sebaik-baiknya demi meraih kebaikan dan pahala. Jangan sesekali terlajak bicara sehingga menyebabkan dosa menjadi berbunga-bunga....

Monday, April 11, 2011
Menterjemahkan 'Damai di hati'...
Saya percaya bahawa setiap insan yang wujudnya dalam kehidupan di dunia ini mengharapkan agar hatinya damai. Dimensi kedamaian yang biasanya diserlahkan melalui bentuk praktis atau bicara yang menceriakan.
Kegembiraan yang terbitkan dari rasa damai di hati... adalah keperluan melengkapkan kehidupan sebagai insan. Gembira menjadikan diri seseorang bahagia, menyempurnakan rasa harga diri, mampu berdiri di atas keyakinan serta mengemudi perjalanan hidupnya ke arah sebarang matlamat yang telah dikenalpastinya.
Murung atau sedih membawa kepada rasa tidak selesa, rendah 'self esteem' serta kadang-kadang menyebabkan kegagalan seseorang berfikir secara rasional...itulah juga yang membawa perlakuan mencederakan diri, bertindak membunuh diri atau orang lain dan sebagainya. Kebanyakkan kita benci pada kesedihan... benci pada perkara-perkara yang mengecewakan dan benci apabila kedamaian di hati kita dicalarkan....apatah lagi jika keadaan sedemikan menyebabkan seseorang itu merasa cukup tertekan.
Lalu...bagaimanakah caranya kita mencipta kegembiraan dalam kehidupan ini? Bagaimana pula kita menyerlahkan rasa damai di hati? Bagaimana aura kedamaian dari rasa gembira itu membolehkan kita menyempurnakan perjalanan hidup yang sementara ini melalui rentak yang mampu kita bertahan dalam konteks untuk mencapai 'kejayaan' yang kita harapkan?
Ada yang gembira apabila dapat menghabiskan waktu dengan insan yang disayanginya, ada yang gembira apabila dapat melakukan sesuatu yang sangat diimpikannya, ada yang gembira apabila menghayati sesuatu lagu atau puisi atau sebarang bacaan, ada yang gembira apabila dirinya dapat menggembirakan orang lain, ada yang gembira dengan jenis makanan, minuman atau keperluan biologi yang disempurnakan...
Namun, ada yang gembira apabila menyakitkan hati orang lain, ada yang gembira apabila berkuasa menyakiti seseorang atau makhluk lain, ada yang gembira apabila berjaya menyerlahkan hebat dirinya untuk tatapan insan yang lain, ada yang gembira apabila dirinya berjaya menundukkan manusia lain yang diremehkannya....
Namun pula, tatkala diri menderita dilanda kesedihan dan kemurungan... mampukah agaknya kegembiraan dari apa sahaja yang pernah dinikmatinya sebelum itu mampu menggembirakannya??
Saya pernah hampir gagal dalam peperiksaan, kecewa apabila ditengking dan dimarah di hadapan umum, marah dan kecewa apabila 'dihina' dan diremehkan dihadapan ilmuwan....sedih apabila mendapat tahu diri menjadi bahan umpatan atau tertekan dalam pelbagai keadaan yang sangat menyedihkan.... namun biasanya tidak satupun kegembiraan rutin yang biasa saya lakukan itu mampu mendamaikan hati yang begitu sedih dan murung.
Pernah saya gagal mendirikan solat sendirian....walaupun telah mencuba beberapa kali lantaran gagal mengingatkan bilangan rakaat yang saya lakukan; sebabnya...terlalu sedih sebab menerima komen paling mengecewakan selepas ujian klinikal di peringkat Ijazah dahulu. Seolah-olah, dunia yang saya lalui ketika itu begitu gelap...bagai tiada penyelesaian apabila dilanda masalah atau kesedihan yang mengecewakan.Dalam konteks ini, saya baru sedari bahawa pada ketika itu saya lebih mendahulukan 'to please myself and exam achievement' berbanding mengutamakan 'to please Allah' iaitu menghadiri solat dengan khusyu' dan fokus.
Kebergantungan seseorang pada Tuhan yang telah menciptakannya membolehkan dirinya meletakkan pemberat secara adil terhadap petunjuk yang pasti mendamaikannya.
Rasa damai di hati membolehkan seseorang itu tersenyum apabila memandang pada kehidupannya. Damai dihatinya meraih kasih sayang sesama insan, damai dihatinya mampu membolehkan dirinya melakukan sesuatu tugas dengan bersungguh-sungguh serta merasa 'enjoy' (nikmat) apabila melakukan sesuatu... dan yang paling penting, damai di hati membolehkan dirinya menghargai kasih sayang Allah SWT.
Damai di hati... melahirkan kebahagiaan secara realiti; sifatnya juga abadi serta bukan berakhir dengan keadaan yang tidak disukai atau dibenci oleh masyarakat yang menjadi saksi..

Wednesday, April 6, 2011
Peluang untuk melakukan kebaikan.... jangan sesekali ditangguhkan..
Saya melakukan kesilapan sekali lagi. Bertangguh menziarahi seorang jiran yang rapat dan saya kasihi... yang pagi tadi telah dijemput pulang kembali menghadap Allah SWT.
Sejak saya berpindah ke Teras Jernang, almarhumah merupakan antara jiran yang paling awal saya kenali. Ketika itu keluarga beliau mengendalikan kedai runcit untuk memenuhi keperluan kami di sini. Kebaikan, keramahan dan senyuman beliau menyebabkan saya merasa begitu rapat dengannya meskipun kami biasanya hanya bersua muka dalam majlis-majlis ilmu di masjid atau terserempak di sekolah (anaknya dahulu bersekolah di sekolah yang sama dengan anak saya).
Pada tahun lepas, saya menemuinya dalam keadaan beliau yang agak uzur. Sekali pandang, saya dapat mengagak beliau alami penyakit kronik yang memerlukan rawatan lanjut.Usianya masih muda...lewat 30an. Namun, tidak tergerak pula untuk saya bertanya lebih lanjut. Baru-baru ini saya menemuinya dalam aktiviti Karnival Masjid; keadaannya kelihatan semakin uzur, saya menawarkan diri untuk meng"arrange"kan PET Scan di tempat saya bekerja memandangkan temujanji di Putrajaya agak lama.Beliau sebenarnya telah didiagnos mengalami kanser ovari, yang pada pendapat saya merupakan komplikasi akibat perebakan kanser berkenaan ke tempat lain.
Agak lama juga saya menunggu maklumbalas darinya.... sehinggalah pada hujung minggu lalu, saya mendapat tahu keadaanya semakin uzur. Dalam kesibukan melalui rutin harian, saya berazam untuk singgah menemuinya bertanya khabar...namun entah mengapa kesibukan rutin harian saya dahulukan, sedangkan peluang berziarah itu telah diizinkan Allah terbuka di depan mata, namun saya biarkan berlalu...
Saya masih terbayang senyum, salam dan keramahan bicaranya....betapa dukanya hati saya mengenang kekhilafan diri yang masih terpedaya dengan kesibukan yang tidak jelas kelihatannya. Ya Allah, please forgive us...give and bless her with Jannah and rahmah...
"dan orang-orang yang telah memberi apa yang diberikan kepada mereka dengan hati yang penuh takut kerana (sedar) bahawa mereka akan kembali kepada Tuhannya. Mereka itu bersegera untuk mendapatkan kebaikan-kebaikan, dan merekalah orang yang segera memperolehinya" (Al Mukminun maksud ayat 60-61)

Subscribe to:
Posts (Atom)