Sayapun tidak berapa jelas mengapa saya begitu cepat bersetuju untuk melanggan Astro Beyond apabila dihubungi oleh wakil mereka baru-baru ini. Mungkin justifikasi mudah untuk membeli set TV baru menggantikan set yang lama yang kian pudar pigment warnanya dan juga peluang menyaksikan pelbagai siaran dalam bentuk 3 D menyumbang kepada keputusan saya.... namun yang pasti saya ketika itu telahpun bersetuju melanggannya. Satu terma yang dinyatakan saya melalui perbualan telefon ialah, saya bakal didenda dengan sejumlah RM jika saya mengambil keputusan membatalkan langganan berkenaan sebelum tempoh setahun.
Apabila saya menyatakan pada suami... beliau sekadar diam dan tidak memberikan banyak respon. Saya tahu...itu tandanya dia tak berapa gemar atau bersetuju dengan tindakan saya...apatah lagi persetujuan itu saya buat tanpa berdiskus dengannya terlebih dahulu. Namun apakan daya... saya berpendapat sukar utk berpatah balik kerana saya bakal didenda dengan jumlah yang agak banyak jika membatalkan keputusan tersebut.Namun saya terfikir pula..... sejak tahun ini, disebabkan sibuk dengan urusan harian saya agak jarang menonton TV... terasa ' bodoh' pula membuat keputusan terburu-buru...
Jadual pemasangan tertangguh sebanyak dua kali, disebabkan urusan yang tidak dapat dielakkan.Pada hari pemasangan Astro berkenaan dijanjikan, saya diminta suami saya untuk memberikan makluman serta garispanduan kepada anak-anak akan jadual serta siaran-siaran Astro Beyond berkenaan. Ini bagi memastikan tontonan TV tidak terlalu berlebihan serta mengganggu jadual pembelajaran.
Tiba masa saya berbicara dengan anak-anak.... tanpa saya duga, setiap mereka menentang keputusan saya untuk melanggan Astro Beyond. Masing-masing dengan pendapat dan pandangan... antaranya, nanti banyak sangat lah siaran kan mak? Yang ada nipun dah banyak..nanti ada siaran yang tak elok lah mak... nanti mak kena bayar lebih banyak nanti... kan kita baru beli komputer...Saya katakan kepada mereka tentang keputusan saya bahawa saya mengakui saya berbuat silap, sepatutnya saya bincang dahulu dengan ayah mereka sebelum membuat keputusan ataupun saya perlu memikirkan sebaik-baiknya.
Lalu mereka cadangkan..."mak batalkan jelah pasang Astro Beyond tu...yang kita dah ada ni dah cukup dah". Saya katakan pula, "kalau mak batalkan, nanti mak kena denda..' Salah seorang berkata... takpe mak, biar angah bayar..(saya tahu dia merujuk jumlah tabungan yang diserahkan kepada saya minggu sebelum itu untuk dimasukkan ke tabung haji).
Saya termenung seketika, lalu saya katakan..."Ok, mak cancel nanti untuk pasang petang ni'....dan salah seorang dari anak-anak saya berkata...'Mak ingat ya Mak..lain kali mak fikir lah betul-betul sebelum mak nak buat apa-apa'.
Saya pernah membuat keputusan bodoh membeli suatu barangan yang tidak saya perlukan pada harga yang tinggi, namun ketika itu saya mengalah dengan keadaan kerana tidak terdaya mengambil keputusan membatalkan keputusan yang telah saya buat. Namun pada hari saya membatalkan keputusan melanggan Astro itu, berbeza keadaannya.... dalam solat zohor saya pada hari tu, hanya airmata saya yang bergenang mengingatkan kembali kesilapan yang telah saya lakukan serta bicara nasihat dari anak-anak...
No comments:
Post a Comment