Demi manfaat ILMU, kita Bertemu dan Bertamu...

Monday, April 11, 2011

Menterjemahkan 'Damai di hati'...

Saya percaya bahawa setiap insan yang wujudnya dalam kehidupan di dunia ini mengharapkan agar hatinya damai. Dimensi kedamaian yang biasanya diserlahkan melalui bentuk praktis atau bicara yang menceriakan.

Kegembiraan yang terbitkan dari rasa damai di hati... adalah keperluan melengkapkan kehidupan sebagai insan. Gembira menjadikan diri seseorang bahagia, menyempurnakan rasa harga diri, mampu berdiri di atas keyakinan serta mengemudi perjalanan hidupnya ke arah sebarang matlamat yang telah dikenalpastinya.

Murung atau sedih membawa kepada rasa tidak selesa, rendah 'self esteem' serta kadang-kadang menyebabkan kegagalan seseorang berfikir secara rasional...itulah juga yang membawa perlakuan mencederakan diri, bertindak membunuh diri atau orang lain dan sebagainya. Kebanyakkan kita benci pada kesedihan... benci pada perkara-perkara yang mengecewakan dan benci apabila kedamaian di hati kita dicalarkan....apatah lagi jika keadaan sedemikan menyebabkan seseorang itu merasa cukup tertekan.

Lalu...bagaimanakah caranya kita mencipta kegembiraan dalam kehidupan ini? Bagaimana pula kita menyerlahkan rasa damai di hati? Bagaimana aura kedamaian dari rasa gembira itu membolehkan kita menyempurnakan perjalanan hidup yang sementara ini melalui rentak yang mampu kita bertahan dalam konteks untuk mencapai 'kejayaan' yang kita harapkan?

Ada yang gembira apabila dapat menghabiskan waktu dengan insan yang disayanginya, ada yang gembira apabila dapat melakukan sesuatu yang sangat diimpikannya, ada yang gembira apabila menghayati sesuatu lagu atau puisi atau sebarang bacaan, ada yang gembira apabila dirinya dapat menggembirakan orang lain, ada yang gembira dengan jenis makanan, minuman atau keperluan biologi yang disempurnakan...

Namun, ada yang gembira apabila menyakitkan hati orang lain, ada yang gembira apabila berkuasa menyakiti seseorang atau makhluk lain, ada yang gembira apabila berjaya menyerlahkan hebat dirinya untuk tatapan insan yang lain, ada yang gembira apabila dirinya berjaya menundukkan manusia lain yang diremehkannya....

Namun pula, tatkala diri menderita dilanda kesedihan dan kemurungan... mampukah agaknya kegembiraan dari apa sahaja yang pernah dinikmatinya sebelum itu mampu menggembirakannya??

Saya pernah hampir gagal dalam peperiksaan, kecewa apabila ditengking dan dimarah di hadapan umum, marah dan kecewa apabila 'dihina' dan diremehkan dihadapan ilmuwan....sedih apabila mendapat tahu diri menjadi bahan umpatan atau tertekan dalam pelbagai keadaan yang sangat menyedihkan.... namun biasanya tidak satupun kegembiraan rutin yang biasa saya lakukan itu mampu mendamaikan hati yang begitu sedih dan murung.

Pernah saya gagal mendirikan solat sendirian....walaupun telah mencuba beberapa kali lantaran gagal mengingatkan bilangan rakaat yang saya lakukan; sebabnya...terlalu sedih sebab menerima komen paling mengecewakan selepas ujian klinikal di peringkat Ijazah dahulu. Seolah-olah, dunia yang saya lalui ketika itu begitu gelap...bagai tiada penyelesaian apabila dilanda masalah atau kesedihan yang mengecewakan.Dalam konteks ini, saya baru sedari bahawa pada ketika itu saya lebih mendahulukan 'to please myself and exam achievement' berbanding mengutamakan 'to please Allah' iaitu menghadiri solat dengan khusyu' dan fokus.


Kebergantungan seseorang pada Tuhan yang telah menciptakannya membolehkan dirinya meletakkan pemberat secara adil terhadap petunjuk yang pasti mendamaikannya.

Rasa damai di hati membolehkan seseorang itu tersenyum apabila memandang pada kehidupannya. Damai dihatinya meraih kasih sayang sesama insan, damai dihatinya mampu membolehkan dirinya melakukan sesuatu tugas dengan bersungguh-sungguh serta merasa 'enjoy' (nikmat) apabila melakukan sesuatu... dan yang paling penting, damai di hati membolehkan dirinya menghargai kasih sayang Allah SWT.

Damai di hati... melahirkan kebahagiaan secara realiti; sifatnya juga abadi serta bukan berakhir dengan keadaan yang tidak disukai atau dibenci oleh masyarakat yang menjadi saksi..

3 comments:

Anonymous said...

salam ,thank you allah :)

Anonymous said...

Alhamdulillah...thanks Tinta Pendita. For me, the words >>'to please myself and exam achievement' berbanding mengutamakan 'to please Allah' iaitu menghadiri solat dengan khusyu' dan fokus."<< sangat membantu mengingatkan diri saya sendiri, Ya Allah, ampunkan hambamu yang lalai ini.

Anonymous said...

perlu memeriksa:)