Demi manfaat ILMU, kita Bertemu dan Bertamu...

Friday, August 27, 2010

Dari relung-relung kehidupan...

Saya terkadang agak sentimental apabila mengenang zaman-zaman semasa belajar dahulu, baik di sekolah mahupun ketika di universiti. Sehingga kini, saya masih menyimpan penyata kemajuan akademik semasa saya bersekolah rendah...segenap kenangan manis terus berlegar dalam fikiran. Saya masih mengingati guru-guru yang pernah berkongsi ilmunya dengan saya...baik yang rasmi mahupun yang tidak rasmi. Buat mereka, saya ikhlaskan doa untuk disejahterakan kehidupan mereka serta dianugerahkan ganjaran yang sebaik-baiknya di sisi Allah.

Pada masa ini, antara pelajar-pelajar saya ialah seorang anak dari professor yang pernah mendidik saya.Itulah juga sebenarnya sebahagian ilmu yang pernah diajarkan oleh Professor tersebut kepada saya lebih 20 tahun yang lalu. Demikianlah kesinambungan ilm dari generasi ke generasi. Yang pastinya...hati saya tersentuh dengan perasaan yang sukar diterjemahkan dengan perkataan....

No comments: