Saya merasa terpanggil untuk sekali lagi menuliskan tentang isu ini. Sesungguhnya saya merasa cukup terhina apabila majlis pembacaan alquran disensasikan dengan majlis khusus, manakala intipati isinya langsung tidak dipedulikan.
Pernah saya saksikan betapa ada yang berlumba-lumba untuk berkhatam secepat yang boleh di bulan ramadhan ini....meskipun terpaksa membaca secara 'kosong' (tanpa tadabbur) serta dilakukan dalam konteks "asal habis juzuk yang dibaca...sudah". Objektif pembacaan Al Quran perlu dilihat sebagai konteks ibadah dengan penuh penghayatan dan mendalam...kita membacanya sebagai ibadah yang ikhlas dan padanya kita cuba titip sebanyak mungkin pengajaran/ tazkirah/ teladan serta apa sahaja yang mesti kita lakukan.
Sepatutnya tidak ada sebarang acara kemuncak dalam melakukan ibadah taddarus...sesungguhnya majlis khatam al quran adalah bukan sunnah malah mengundang salah faham dan tanggapan terhadap komitmen dan perlakuan interaksi kita dengan al quran. Ya Allah ampunkanlah kami Ya Allah....
No comments:
Post a Comment