Saya sering tertanya-tanya....bentuk makanan yang bagaimanakah menyebabkan ia menjadi begitu 'exotic'(perlu dibayar lebih berbanding yang lain)? Biasa yang saya lihat...ianya lebih kepada hiasan...cara penyediaan serta bentuk pinggan mangkuk, jenis tempat dan kelas layanan perkhidmatan yang diberikan.
Selepas bergraduasi lebih 15 tahun dahulu, melalui seminar/ mesyuarat atau juga persidangan di hotel berbintang-bintang serta juga jemputan yang saya hadiri serta yang kami lakukan demi mengeratkan sesama ahli keluarga....saya sukar sebenarnya menghargai hidangan yang disediakan dalam bentuk yang pelbagai iaitu berjenis-jenis lauk pauknya atau tidak terhitung hidangan salad dan juadah pemanis mulut...itu belum lagi dengan sup, barbecue atau cendol dan pelbagai jenis aiskerim dan sebagainya. Bila bersendirian, saya sering terkenang juadah yang saya nikmati di zaman anak-anak dulu. Ibu saya sering memasak sejenis sahaja lauk...selainnya mungkin ada ikan goreng atau juga ulam-ulaman. Sebahagian lauk itu tidak lagi saya temui pada masa ini...antaranya hati ikan pari goreng dan kijing (seperti lala tetapi besar sedikit) masak kari, pelanduk masak lemak cili api. Saya juga masih mengingati juadah yang dihidang dalam talam seprti nasi ambang atau juga lauk pauk kampung yang dimasak menggunakan dapur kayu. Antaranya termasuklah masak lemak pucuk ubi, sambal pecal, ayam kampung masak kicap dan juga pucuk manis.
Namun...apa yang lebih saya ingati ialah kemesraan bicara serta ikatan yang terjalin antara mereka yang turut menjamah hidangan bersama saya. Bukankah dengan kata-kata dan senyum yang baik adalah antara yang turut 'mengenyangkan' (membahagiakan)? Ya...kebahagian menikmati hidangan bukan dinilai pada harganya tetapi pada keikhlasan serta iringan suasana yang mendamaikan. Makanlah berapa ribu RM sekalipun...atas pinggan emas mahupun perak...ataupun dihidang puluhan/ ratusan juadah...adakah ianya memastikan jiwa seseorang itu bahagia?
Cuma...saya berasa terkejut apabila dimaklumkan hidangan 'buffet' sempena hari majlis tertentu di sebuah hotel mencapai harga RM 100 seorang...mendengarnya sahaja sudah cukup menyebabkan saya 'kenyang' (kecewa) kerananya...
No comments:
Post a Comment