Cuti panjang sempena Aidilfitri hampir ke hujungnya, saya akan mula bertugas mulai esok. Tidak terlambat rasanya utk saya sampaikan ucapan Salam Eid Mubaraq dan moga amalan kita di terima di sisi Allah SWT.
Ramadan yang baru berlalu...terasa bagai kehilangan saat-saat indah yang telah dilalui. Mudah-mudahan syu'ur ramadhan dengan terus berjemaah di masjid terutama bagi kaum muslimin (ayahanda,anakanda, pakcik, abang, para suami dan adik-adik) dapat diteruskan sebagai satu kefardhuan yang tidak boleh diabaikan.
Pada penghujung ramadhan lalu saya berkesempatan mendirikan solat isya' dan subuh di masjid. Sebak pula bila mengenang saf muslimat ketika terawikh hampir memenuhi ruang solat, namun solat isya' pada malam raya hanya tinggal dua orang. Waktu subuh berikutnya juga hanya beberapa muslimat sahaja...berbanding bilangan semasa di bulan ramadhan. Terasa benar 'hilangnya' suasana ramadhan. Mudah2an kita diizinkan Allah bertemu dengan ramadhan yang akan datang.
No comments:
Post a Comment