Begitu meluas publisiti dan isu yang dikhabarkan terhadap hasrat sebuah gereja yang akan menganjurkan pembakaran Al Quran pada 11 September ini. Lalu sebahagian kita menyatakan pendirian geram dan marah dengan keadaan sedemikian...terhadap penghinaan golongan kafirin itu terhadap kitab suci yang menjadi panduan anutan kita.
Kenapa agaknya kita begitu terhina apabila kafirin itu memperlakukan kitab itu sedemikian? Kenapa agaknya kita gagal menerima rasional mereka sebagai kafirin yang tidak akan menerima hakikat bahawa Al Quran itu adalah kitab suci dari Tuhan yang Maha Berkuasa...membawa kebenaran untuk panduan insan? Disebabkan kekafiran mereka itu sebenarnya tidak hairan mereka itu dengan niat cuba memadamkan cahaya Allah serta menimbulkan provokasi terhadap umat muslim di seluruh dunia.
Saya sekadar ingin memberikan sedikit pandangan terhadap sesuatu yang kebanyakan kita tertinggal untuk memberikan tumpuan dan perhatian...suatu pengisian yang majoriti kita menganggapnya sesuatu yang remeh dan tidak penting. Itulah hakikat menterjemahkan Al Quran dalam kehidupan sebagai suatu bimbingan yang praktikal (practical guidance). Sepanjang hayat saya...boleh dibilang dengan jari pentas bicara, perbincangan mahupun dalam perlaksanaan yang menyandarkan teras dan objektif berkenaan dengan meletakkan panduan Al Quran sebagai rujukan utama. Malah, hampir keseluruhan dalam subjek yang membincangkan urusan kehidupan dalam ruangan yang formal...menyentuh Al Quran dalam keadaan yang sangat asing...apatah lagi apabila berbicara tentang Allah dan hari akhirat.
Sebahagian besar kita ini yang mengaku sebagai manusia muslim...buta dengan isi Al Quran....tidak membaca Al Quran....peraturan Al Quran pula dianggap remeh dan tidak setanding dengan arus kemodenan yang kontemporari...malah telah sekian lama meletakkan Al Quran itu seperti tidak ada atau membelakangkannya atau seolah-oleh meletakkanya di 'kaki' atau di 'punggung'...
Jangan pula terkejut dengan pernyataan saya ini...tetapi itulah hakikatnya. Kita berasa marah dengan si kafir yang membakar Al Quran sedangkan sebahagian besar kita telah menjadikan Al Quran itu sebagai 'abu' sejak lama dahulu...
Al Quran itu adalah kebenaran dari Allah, bukan sajak syair atau ramalan nujum atau teka-teki atau direka-reka seperti fiksyen atau karya saintifik berdasarkan sandaran aqal semata-mata...ia juga tidak boleh diagungkan sebagai kitab suci secara material nya sahaja...tidak boleh dihias-hias secara fizikal tanpa difaham maksud dan terjemahannya.
Al Quran itu wajar dibaca untuk diamal dan diterjemahkan dalam kehidupan....itu yang membezakan kita dengan manusia yang kafir itu...
No comments:
Post a Comment