Jangan pesisimis bila disebut tentang ketaqwaan...seolah-olah taqwa adalah eksklusif untuk mereka yang telah mencapai darjat tertentu; atau berkelulusan atau berkepakaran dalam agama sahaja atau telah mencapai tahap-tahap tertentu dalam mendekatkan hati dan diri dengan Allah SWT.
Sebetulnya, tiada siapa yang dapat menentukan taraf ketaqwaan seseorang; hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui kedudukan hati seseorang.... Darjat taqwa juga tidak perlu ada pengiktirafan dari seseorang yang disebut wali atau tok guru; ia bukanlah maqam khas untuk manusia-manusia terpilih!!
Taqwa itu letaknya di hati...jika disingkap definisi melalui hadith dan penjelasan sahabat serta ulamak muktabar; skop taqwa sebenarnya adalah CAUTIOUS (berhati-hati) terhadap sebarang perkara yang boleh menjerumuskan seseorang kepada dosa dan kemurkaan Allah SWT, umpama berhati-hati mengelak duri di atas jalan tatkala kita tidak berkasut.
Tinggal beberapa hari di bulan ramadhan...wajarnya amalan kita dipertingkatkan dengan perkara-perkara yang mengundang redha Alah. Membanyakkan zikr, membanyakkan doa, membaca dan menghayati alquran, mempertingkat amalan sunat, dan paling penting dan paling mudah MENJAUHKAN AMALAN SIA_SIA.
Antara amalan yang sia-sia ialah membakar mercun...dengan dentuman yang mengganggu fikiran dan jiran; serta bercampur aduk dengan kegembiraan antara lelaki perempuan bukan mahram tanpa batas. Rasulullah tidak pernah mengajar kita memanfaatkan ramadhan dengan membakar mercun.....
No comments:
Post a Comment