Sukar untuk saya menolak bahawa ujian dan godaan terhadap kemewahan serta kesenangan dunia untuk mudah ditepis begitu sahaja. Ia seringnya bermula dengan keadaan yang begitu mudah iaitu dengan niat untuk menikmati kebahagiaan hidup serta membaiki taraf kehidupan dari masa ke semasa.
Untuk diri saya sendiri….. meskipun saya faham dan saya tahu bahawa keindahan dunia bersifat sementara malah saya dengan rela tanpa dipaksa, bersetuju bahawa ia wajarnya tidak dijadikan matlamat. Saya juga bersetuju bahawa kita tidak perlu bersusah payah untuk meletakkan sepenuhnya matlamat serta bermati-matian bagi tujuan mencapai sesuatu yang indah dipandang hati atau menawan apa yang dihajatkan di dalam hati.
Namun, keindahan dunia yang kelihatan bergemerlapan ini begitu sukar kita tanggal dan tinggalkan. Di hadapan, kiri dan kanan mahupun jejak yang kita tinggalkan, warna-warna keindahan dari dunia penuh kemewahan terus mengaburi dan mempesona mata yang memandangnya. Meskipun kita tahu bahawa harta dunia tidak kekal sifatnya…tetapi itulah yang menjadi punca dan bahana permusuhan, manusia yang saling bergaduh dan berbunuh kerananya, hilang saudara dan nikmat persahabatan…lalu menjadikan sebahagian kita terasing dalam halusinasi betapa bangga dan besarnya mereka berbanding manusia yang lain.
Saya kongsikan seerah yang mengenai Saidina Umar yang menangis tatkala memerhati Rasulullah tidur beralas kulit kasar sehingga berbekas kulit baginda; ia telah meninggalkan kesan di dalam hati saya yang menyebabkan saya turut menangis apabila membacanya.
“When `Umar bin Al-Khattab, may Allah be pleased with him, visited the Messenger of Allah in seclusion, when he was keeping away from his wives, and he saw him resting on a rough mat which had left marks on his side, his eyes filled with tears and he said, "O Messenger of Allah, look at this Chosroes and this Caesar with all that they have, and you are the best of Allah's creation. '' The Messenger of Allah was reclining, but he sat up and said: (Are you in doubt, O son of Al-Khattab) Then he said: Those are people for whom the enjoyments are hastened in this world.”
Betapa teladan Rasullulah yang begitu zuhud meneladani kehidupan….Satu keadaan yang jarang-jarang saya temui di dunia yang penuh dan serba berwarna dengan kemewahan ini. Saya berdoa semoga kita bukan di kalangan yang terhalang dari mendekati Allah akibat terlalu asyik mengejar kemewahan/ keagungan di dunia yang sementara ini...
No comments:
Post a Comment