Alhamdulillah, kita kini di ambang bulan ramadhan yang penuh berkah. Kandungan Alquran baru sahaja saya tamatkan pembacaannya di juzuk 30 dan akan diulang lagi dengan bermulanya ramadhan ini.
Satu pengalaman yang sangat berbeza berbanding bacaan saya sebelum ini. Banyak mutiara pengajaran yang selama ini tidak saya perhatikan, terserlah dalam pembacaan kali ini. Antara yang ingin saya kongsikan termasuklah:
1. Pentingnya kita memerhatikan amalan untuk hari akhirat, jangan lupa pada diri sendiri
2. Mengutamakan kehidupan akhirat, bahawa kehidupan di dunia adalah gurau senda dan mainan sahaja, tidak ada nilai di sisi Allah
3. Menginfakkan harta untuk kebaikan, harta tidak disimpan untuk mengumpul kekayaan
4. Beruntunglah mereka yang dibebaskan dari kebakhilan.
5. Menyempurnakan sukatan, mengutamakan keadilan; iaitu tanggungjawab yang diamanahkan sama ada dalam urusan niaga atau muamalah.
6. Syaitan dan hawa nafsu perlu dilayan sebagai musuh..selama-lamanya dan tidak dilupakan sebagai musuh.
7. Menjauhi bicara dan amalan yang sia-sia
8. Mengambil teladan umat yang telah dibinasakan akibat kekufuran terhadap Allah
dan banyak lagi...
Salam ramadhan...antara syarat amalan diterima di sisi Allah ialah ianya perlu dilakukan mengikut cara Nabi Muhammad SAW; moga kita sama-sama memanfaatkan ibadah ini menurut sunnah yang sebenar.
No comments:
Post a Comment