Saya terkadang agak sentimental apabila mengenang zaman-zaman semasa belajar dahulu, baik di sekolah mahupun ketika di universiti. Sehingga kini, saya masih menyimpan penyata kemajuan akademik semasa saya bersekolah rendah...segenap kenangan manis terus berlegar dalam fikiran. Saya masih mengingati guru-guru yang pernah berkongsi ilmunya dengan saya...baik yang rasmi mahupun yang tidak rasmi. Buat mereka, saya ikhlaskan doa untuk disejahterakan kehidupan mereka serta dianugerahkan ganjaran yang sebaik-baiknya di sisi Allah.
Pada masa ini, antara pelajar-pelajar saya ialah seorang anak dari professor yang pernah mendidik saya.Itulah juga sebenarnya sebahagian ilmu yang pernah diajarkan oleh Professor tersebut kepada saya lebih 20 tahun yang lalu. Demikianlah kesinambungan ilm dari generasi ke generasi. Yang pastinya...hati saya tersentuh dengan perasaan yang sukar diterjemahkan dengan perkataan....
Demi manfaat ILMU, kita Bertemu dan Bertamu...
Friday, August 27, 2010
Friday, August 20, 2010
Apabila insan 'dibakulsampahkan'....
Saya menangis lagi semalam...tatkala membaca kisah pembuangan bayi yang terus menjadi-jadi...kian rakus dan menjadi ruji dalam kisah dan sensasi. Naluri ibu mana agaknya yang tidak tersentak apabila menatap bayi yang baru dilahirkan itu terus dianggap sebagai sampah...dibuang dan dibiarkan sedemikian.
Pengalaman saya semasa bekerja di wad NICU (Neonaral Intensive Care Unit); bayi yang baru dilahirkan, meskipun kelihatan begitu lemah dan menunjukkan tanda-tanda mengalami masalah klinikal yang serius, namun saya perhatikan insan comel itu Allah izin mempunyai tahap kemandirian (survival) yang cukup tinggi....itulah rasahati yang sering terungkap semasa saya saban hari ditugaskan menjaga rawatan dan pengurusan klinikal bayi-bayi berkenaan....itulah juga yang terpatri dalam hati dan fikiran saya sehingga kini.
Satu lagi keindahan yang ingin saya kongsikan ialah....sukar saya jelaskan betapa saya begitu takjub dengan comel dan indahnya rupabentuk seorang bayi yang baru dilahirkan...begitu sempurna kelihatannya, kelihatan bersih dan suci; biar bagaimana rupa paras ibu atau ayahnya; sama ada lahir dari zuriat yang diiktiraf di sisi syara' mahupun sebaliknya, namun keindahan dan ketenangan hati apabila menatap bayi-bayi itu begitu menenangkan hati dan perasaan, terlalu comel sekali kelihatannya...walaupun saya ketika itu belum lagi menjadi seorang ibu, namun itulah naluri dan perasaan saya bila melakukan attachment di wad postnatal selepas berada di NICU sebelum itu.
Pengalaman melahirkan sendiri bayi-bayi serta membesarkan mereka...juga memperkukuhkan intipati perasaan saya sebagai seorang ibu; demikian sempurnanya ciptaan Allah yang Maha Berkuasa. Lantaran itu...hati saya begitu sayu, sedih, geram dan terlalu marah apabila melihat insan-insan yang tidak berdosa itu disia-siakan...malah diperlakukan seperti sampah. Apakah agaknya sebahagian generasi muda kita hari ini tidak pernah membaca Alquran dan tidak tahu bahawa itu semua adalah dosa yang menjerumuskan diri ke dalam neraka? Bantulah saya untuk menolong mereka...
"Dan peliharalah dirimu dari siksaan yang tidak khusus menimpa orang yang zalim saja di antara kamu, dan ketahuilah Allah amat keras siksaanNya" maksud ayat 25 surah Al Anfal. Ya Allah bantulah kamu melakukan amr ma'ruf dan mencegah kemungkaran...lindungilah kami dari azabMu.
Tuesday, August 17, 2010
Untuk Along...
Along...jangan gusar untuk hadapi peperiksaan semasa bulan puasa ini. Kelihatannya payah untuk dihadapi...dalam keadaan bertahan dari lapar dan dahaga, letih akibat kurang bertenaga dan mungkin yang paling ketara, kemampuan minda Along untuk berfikir satu persatu. Hadapilah apa jua cabaran ini sebaik-baiknya...ujian ini buat kita sebenarnya terlalu sedikit jika dibanding pertarungan senjata yang berdepan dengan hidup mati sesuatu perjuangan atau nyawa kehidupan.Kenanglah perjuangan Nabi dan para sahabat semasa di Perang Badar dahulu.
Along...jika Along gagal menjawab dengan baik...Ummi takkan letakkan kesilapan itu sepenuhnya kepada diri Along. Susah senang menjawab peperiksaan bukan mutlak sifatnya malah ianya terlalu dinamik serta banyak bergantung kepada faktor-faktor luaran yang tak mampu kita gapai. Ummi nak Along sentiasa sedar bahawa cemerlang dalam peperiksaan bukan matlamat Ummi sekolahkan Along. Cemerlang itu bonus...untuk kita terus berdisiplin, bersungguh-sungguh serta merupakan hormat kita kepada guru. Pergilah ke mana sahaja di dunia ini...cemerlang dalam peperiksaan itu tidak pernah kekal sifatnya tetapi sifat hormat kepada guru serta mengamalkan apa yang diajarkannya itu lebih utama untuk diteladani.
Jangan sedih jika selepas Along berusaha tetapi masih gagal setanding dengan kawan sekelas yang lain...percayalah, Ummi takkan membanding-bandingkan pencapaian Along dengan mana-mana sahabat Along;Ummi juga takkan memanjangkan bicara itu dengan kawan-kawan Ummi dalam mengukur prestasi anak-anak. Tiada masa untuk Ummi lakukan itu kerana banyak lagi usaha bermanfaat lain yang wajar Ummi lakukan. Ummi melihat capaian sebenar Along ialah akhlak dan praktikal yang positif di dunia yang nyata.Pencapaian yang disandarkan pada redha dan rahmat Allah...bukan sanjungan dan pujian manusia. Itu memadai untuk menyejukkan dan menenangkan hati Ummi. Ummi doakan agar ianya merupakan satu yang mampu Along kekalkan dengan izin Allah akan momentumnya; sehingga ia terus kekal setelah Along mencapai usia dewasa nanti.
Tabahlah untuk hadapi musim peperiksaan di bulan ramadhan ini....

Monday, August 16, 2010
Menghadapi Ujian Kemewahan Dunia...
Sukar untuk saya menolak bahawa ujian dan godaan terhadap kemewahan serta kesenangan dunia untuk mudah ditepis begitu sahaja. Ia seringnya bermula dengan keadaan yang begitu mudah iaitu dengan niat untuk menikmati kebahagiaan hidup serta membaiki taraf kehidupan dari masa ke semasa.
Untuk diri saya sendiri….. meskipun saya faham dan saya tahu bahawa keindahan dunia bersifat sementara malah saya dengan rela tanpa dipaksa, bersetuju bahawa ia wajarnya tidak dijadikan matlamat. Saya juga bersetuju bahawa kita tidak perlu bersusah payah untuk meletakkan sepenuhnya matlamat serta bermati-matian bagi tujuan mencapai sesuatu yang indah dipandang hati atau menawan apa yang dihajatkan di dalam hati.
Namun, keindahan dunia yang kelihatan bergemerlapan ini begitu sukar kita tanggal dan tinggalkan. Di hadapan, kiri dan kanan mahupun jejak yang kita tinggalkan, warna-warna keindahan dari dunia penuh kemewahan terus mengaburi dan mempesona mata yang memandangnya. Meskipun kita tahu bahawa harta dunia tidak kekal sifatnya…tetapi itulah yang menjadi punca dan bahana permusuhan, manusia yang saling bergaduh dan berbunuh kerananya, hilang saudara dan nikmat persahabatan…lalu menjadikan sebahagian kita terasing dalam halusinasi betapa bangga dan besarnya mereka berbanding manusia yang lain.
Saya kongsikan seerah yang mengenai Saidina Umar yang menangis tatkala memerhati Rasulullah tidur beralas kulit kasar sehingga berbekas kulit baginda; ia telah meninggalkan kesan di dalam hati saya yang menyebabkan saya turut menangis apabila membacanya.
“When `Umar bin Al-Khattab, may Allah be pleased with him, visited the Messenger of Allah in seclusion, when he was keeping away from his wives, and he saw him resting on a rough mat which had left marks on his side, his eyes filled with tears and he said, "O Messenger of Allah, look at this Chosroes and this Caesar with all that they have, and you are the best of Allah's creation. '' The Messenger of Allah was reclining, but he sat up and said: (Are you in doubt, O son of Al-Khattab) Then he said: Those are people for whom the enjoyments are hastened in this world.”
Betapa teladan Rasullulah yang begitu zuhud meneladani kehidupan….Satu keadaan yang jarang-jarang saya temui di dunia yang penuh dan serba berwarna dengan kemewahan ini. Saya berdoa semoga kita bukan di kalangan yang terhalang dari mendekati Allah akibat terlalu asyik mengejar kemewahan/ keagungan di dunia yang sementara ini...

Tuesday, August 10, 2010
Salam Ramadhan 1431
Alhamdulillah, kita kini di ambang bulan ramadhan yang penuh berkah. Kandungan Alquran baru sahaja saya tamatkan pembacaannya di juzuk 30 dan akan diulang lagi dengan bermulanya ramadhan ini.
Satu pengalaman yang sangat berbeza berbanding bacaan saya sebelum ini. Banyak mutiara pengajaran yang selama ini tidak saya perhatikan, terserlah dalam pembacaan kali ini. Antara yang ingin saya kongsikan termasuklah:
1. Pentingnya kita memerhatikan amalan untuk hari akhirat, jangan lupa pada diri sendiri
2. Mengutamakan kehidupan akhirat, bahawa kehidupan di dunia adalah gurau senda dan mainan sahaja, tidak ada nilai di sisi Allah
3. Menginfakkan harta untuk kebaikan, harta tidak disimpan untuk mengumpul kekayaan
4. Beruntunglah mereka yang dibebaskan dari kebakhilan.
5. Menyempurnakan sukatan, mengutamakan keadilan; iaitu tanggungjawab yang diamanahkan sama ada dalam urusan niaga atau muamalah.
6. Syaitan dan hawa nafsu perlu dilayan sebagai musuh..selama-lamanya dan tidak dilupakan sebagai musuh.
7. Menjauhi bicara dan amalan yang sia-sia
8. Mengambil teladan umat yang telah dibinasakan akibat kekufuran terhadap Allah
dan banyak lagi...
Salam ramadhan...antara syarat amalan diterima di sisi Allah ialah ianya perlu dilakukan mengikut cara Nabi Muhammad SAW; moga kita sama-sama memanfaatkan ibadah ini menurut sunnah yang sebenar.

Friday, August 6, 2010
PENGISIAN BLOG MULAI HARI INI DAN SETERUSNYA...
Dengan izin Allah, buat pertama kalinya saya menghabiskan bacaan surah Al Baqarah dalam tempoh pembacaan hampir sejam dalam satu malam. Bukanlah niat saya untuk menyatakan ianya dalam konteks untuk mempamerkan kelebihan...namun ia merupakan satu situasi yang tidak pernah saya terfikir tentangnya sebelum ini. Demikianlah, Allah izin kita ini sebenarnya mempunyai kekuatan dan kemampuan dalam mengaplikasikan ruang waktu sewajarnya menurut keutamaan....kitalah juga dengan azam dan keinginan serta izin dari Allah mampu untuk merealisasikannya. Sekadar saya mengingatkan diri saya bahawa kemampuan untuk saya menghabiskan bacaan alquran sepatutnya bukan berbulan-bulan seperti yang saya lakukan hingga ke hari ini tetapi dalam julat yang lebih singkat sebenarnya.
Dalam masa yang sama, saya menerima banyak teguran dalam konteks saya menilai, mentafsir, bertindakbalas serta menuliskan tentang sesuatu isu yang terkadang menyebabkan situasi yang tidak saya duga. Saya memandang di hadapan ini...terlalu banyak sebenarnya ruang yang perlu saya isikan dengan mutiara dan faedah kehidupan yang wajar saya dahulukan. Setiap yang tertulis di tinta ini selama ianya telah bermula...jika ada yang tersingkap dan terguris; setulus kemaafan saya pohonkan.
Sedikit ruang di alam cyber ini, insyaAllah pada tulisan dan catatan berikutnya akan saya juruskan dalam bentuk tulisan dan penyampaian yang merupakan tazkirah buat diri dan hati saya sendiri terutamanya serta juga buat sesiapa yang sudi membacanya.

Subscribe to:
Posts (Atom)