Demi manfaat ILMU, kita Bertemu dan Bertamu...

Friday, June 25, 2010

Tentang Gerak Gempur Peperiksaan..

Kini, musim peperiksaan sekali lagi semakin dekat dengan anak-anak kita di sekolah rendah dan menengah. Saya berkesemapatan meneliti jadual pembelajaran anak-anak tahun 6 di sebuah sekolah rendah baru-baru ini.

Jika istilah Gerak Gempur saya dengar beberapa tahun lalu...kali ini barulah saya faham apa sebenarnya yang digempurkan. Telahan saya mengenai semakin melesetnya objektif pendidikan untuk memanusiakan manusia sebagai insan kian nyata melalui fakta yang berkenaan. Bayangkan.....selama beberapa minggu intensif ini sebelum peperiksaan sekolah rendah agama (PSRA) dan juga UPSR; murid tahun 6 dilambakkan dengan ujian demi ujian pra peperiksaan (lebih kurang ujian percubaan) serta kelas intensif untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.

Seingat saya dahulu, kami hanya ada satu peperiksaan percubaan...tetapi anak-anak ini digempur dengan peperiksaan percubaan sebanyak 7 kali, itu belum lagi dengan tusyen tambahan serta kelas-kelas yang terus memberikan 'ilmu' tambahan untuk menyediakan lagi mereka dalam menghadapi peperiksaan.

Mengapa begitu serius dan terlalu intensif nya budaya peperiksaan ini digempur dalam jiwa anak-anak yang masih bertatih dalam mengenal kehidupan. Saya menyifatkan pendekatan sedemikian tidak adil...malah melampaui objektif pendidikan insan.Jikalah agaknya pelajar saya di universiti dikongkong sedemikian dengan pra peperiksaan semester sebanyak 7 kali...ia saya anggap sebagai melampau batas kemanusiaan.Bukankah sepatutnya di universiti itu lebih serius pendekatannya kerana mereka itu hampir sungguh dengan pasaran kerja serta kembali ke pangkuan maysarakat?

Namun...saya rakamkan penghargaan di atas usaha inisiatif dan kegigihan guru-guru..pada saya, tiada ibubapa yang boleh memberikan komen tidak manasabah jika anak-anak masih gagal untuk mendapat markah yang baik dengan 'intensif'nya pra peperiksaan yang diadakan.....jika saya di tempat anak-anak itu, penatnya jika mendengar perkataan 'peperiksaan'.....

1 comment:

Anonymous said...

Setuju!