Satu minggu yang agak berat untuk saya sebenarnya...selain rutin tugas, selama dua hari itu saya berkejar ke Shah Alam menghadiri kursus kepimpinan akademik; yang mengisi pembentangan tentang aspek multi dimensi dunia virtual yang dikatakan mempunyai potensi dan impak dalam dunia pendidikan tinggi. Kuliah yang diisi oleh dua professor tersohor di peringkat antarabangsa itu dalam bidang berkenaan...membuka pandangan terhadap aspek dunia virtual yang masih saya tidak ketahui.Selain lambakan pelbagai kegunaan perisian terkini, kewujudan perisian Second Life, Sixth Sense adalah antara jenama terbaru untuk di'explore' bagi tujuan percambahan ilmu selain platform perisian sedia ada terutama di peringkat universiti.
Dua perkara yang saya ingin kongsikan...tentang komitmen saya dalam pencarian ilmu serta rasa hati/ emosi saya terhadap impak pengetahuan yang dikongsikan dalam bengkel berkenaan.
Saya hadir dalam bengkel yang agak glamour di hotel 5 bintang itu...yang entah berapa ribu2 RM belanjanya (tertanya2 juga sebab dalam ruang masa kita disuruh berjimat cermat tapi itu masih menjadi sebahagian amalan agensi tertentu)...objektif yang saya sendiri tak berapa pasti serta fikiran saya yang sering terkeluar tajuk kerana berpandangan...betapa keringnya dan monotonous nya subjek yang disampaikan. Di kalangan peserta pula, mereka yang terdiri dari barisan pertengahan pengurusan universiti kelihatannya tidak gusar keluar dan masuk dari kursus tersebut akibat mempunyai komitmen lain dalam menghadapi perkongsian ilmu sedemikian...susah rupanya untuk mendelegasikan tugas kepada orang lain (sesuatu yang saya agak berbeza dalam pendekatannya).
Saya cuba sedaya upaya...namun jelas ianya berbeza dengan skop pendekatan saya terhadap kuliah atau pengajian yang mengambil objektif yang jelas sandarannya dengan keimanan kepada Allah dan akhirat.
Dalam ruang hujung minggu yang padat serta kesinambungan dari Program Back to Quran minggu lepas....Allah izin saya berkesempatan hadir dalam majlis sederhana di bilik seminar yang disewa; dikendali oleh penceramah yang sama tetapi hari ini menyentuh tentang topik Riadhus Solihin.
Secara jujur...inilah kali pertama saya hadir dalam majlis ilmu yang membincangkan tentang topik-topik dalam Riadhus Solihan secara terperinci. Selama ini, saya sekadar membaca terjemahan (secara melompat2 hadith2 berkenan) atau mendengar petikan hadith berkenaan melalui tazkirah mahupun bacaaan yang saya sempat baca.
Apa yang menarik..saya dapat bezakan fokus dan tumpuan pembelajaran saya yang jelas berbeza berbanding berbanding bengkel kepimpinan glamour 5 bintang itu...meskipun kedua-duanya disampaikan dalam bahasa Inggeris, nyata penerimaan saya begitu mudah dalam penyampaian yang berhubung rapat dengan matlamat yang lebih jelas hala tujunya. Ada kesan pada kefahaman, emosi serta motivasi yang tinggi untuk terus kekal dalam perbincangan ilmu. Bab yang sempat dibincangkan tadi ialah bab Niat dan bab Taubat.
Betapa ketinggalannya saya dalam menghayati mutiara hadith tulisan ulama salaf yang muktabar itu selama ini. Beberapa kali airmata saya bergenang sebab itulah pertama kali saya membaca maksud hadith dalam bab berkenaan secara terperinci, jelas dan terang maksudnya...serta hubungannya dengan realiti kehidupan yang pernah dan sedang dilalui. Sebenarnya, susunan hadith dalam bab-bab riadhus solihin di susun sedemikian oleh Imam An Nawawi mengikut keterikatan maksud dan konsep bab-bab yan telah disusun itu. Satu penjelasan yang sangat mendalam serta menghubungkaitkan dengan relevan bagi tujuan pemantapan aqidah dan keyakinan kita terhadap Islam.
Demikian lah ilustrasi dua kursus yang berbeza...saya bertambah yakin bahawa pembinaan tamadun manusia adalah berdasarkan sandaran kita yang jelas terhadap matlamat hidup ini sebagai manusia serta memperjelaskan hubungan kita dengan Maha Pencipta. Kehilangan dua elemen itu jelas memnyebabkan berlakunya implikasi yang fatal terhadap pembangunan jiwa, ruh , minda dan fizikal insan...apatah lagi jika kita dipertanggungjawabkan dengan amanah kepimpinan......
No comments:
Post a Comment