Semalaman pada sebelah petang...hati saya begitu tidak tenteram. Fokus penyelidikan yang kini menjadi sasaran kebanyakan yang bernama penyelidik terus-terusan menghantui pemikiran saya. Bukan saya yang yang membiarkan ianya menjadi seperti 'berhantu' untuk difikirkan...namun saya seperti kalah bila berhadapan dengan hakikat yang tidak saya persetujui.
Namun semalam...Allah izin mengubah persepsi saya untuk berhadapan dengan realiti yang hampir serupa...biarlah menang pingat platinum atau emas berganda sekalipun, namun saya tidak dapat mengiyakan sesuatu hasil itu penyelidikan itu jika jelas pada saya bahwa data yang dipinjamkan dari saya sudahpun obsolete untuk disandarkan akan kesimpulannya.
Biarlah mungkin saya bukan sebaris di kalangan bergelar profesor atau apa sahaja gelaran kehebatan dalam dunia ilmuwan...namun adalah bukan saya untuk bersetuju dalam penyelidikan yang tidak pernah saya ketahui akan kebenaran dan hujung pangkalnya...
No comments:
Post a Comment