Sesungguhnya kita memohon perlindungan Allah dari syaitan ialah untuk mengelakkan kita dari menyertai mereka (syaitan) masuk ke neraka. Golongan tersebut berhempas pulas untuk memastikan ramai manusia ingkar dan enggan menurut apa yang Allah perintahkan. Dalam setiap masa dan ketika...syaitan tidak pernah jemu merasuk dan menggoda manusia dalam apa jua cara sekalipun.
Silap faham memohon perlindungan Allah dari gangguan syaitan ialah apabila masih ada yang menfokuskannya sebagai gangguan makhluk halus atau godaan berupa makhluk hantu...bukan perkara aneh apabila masih ramai yang meletak quran atau surah yasin di bawah bantal tidur agar tidak diganggu syaitan atau dirasuk mimpi yang menakutkan.
Quran yang diturunkan Allah merupakan petunjuk yang praktikal buat kita (as a practical guidance)...sesungguhnya nasib kita umat Islam yang terus terdampar diulit dalam fantasi dan fatamorgana dunia ini kerana sebahagian kita tidak tahupun apa sebenarnya isi di dalam alquran...lalu menjadikannya sebagai kitab ajaib menghalang hantu dan syaitan; satu kesilapan fatal yang perlu diperbetulkan..
No comments:
Post a Comment