Saya sebenarnya tidak begitu faham dengan apa yang terjadi di Palestin...Sehinggalah ketika saya menghabiskan pengajian di peringkat menengah; barulah saya faham sejarah demi sejarah tentang peristiwa yang melanda bumi Palestin itu.
Penindasan terhadap palestin bagi saya merupakan penindasan fizikal yang sangat menyayatkan; ia mengheret sebahagian mereka ke lembah penderitaan yang sukar dibayangkan dengan fikiran. Pada ketika ini; sebahagian mereka kebuluran, ada yang menderita sakit tanpa ubat-ubatan serta majoriti diancam serangan dan pembunuhan.
Sememangnya, kita berkongsi sentimen yang penuh duka ini. Apa yang termampu, disedekahkan...baik dari segi wang, harta, bantuan serta doa yang tidak berkesudahan. Cumanya saya gusar memerhati senerio kita yang kelihatannya umpama yoyo yang tidak henti berayun...lagak momentum di dalam vakum.
Kita di bumi ini juga sedang menderita. Jika di palestin, kemusnahan fizikal itu tampak jelas dihakimi pandangan dan fikiran; namun penindasan kita di sini begitu lunak sehingga tidak kelihatan kesusahannya. Kita diuji dengan kemewahan dan kesenangan melampau...sehingga begitu tegar memandang nilaian yang dipuja dan disanjung. Pembunuhan di sini juga berleluasa...tetapi kian melibatkan janin dan bayi yang tidak berdosa. Peperangan di sini...menjatuhkan hentaman nafsu syahwat terhadap jiwa yang semakin longlai.Kita yang semakin melurut dan melutut pada keinginan dan kehendak yang tidak terbatas...
Bila gema bumi Palestin bergaung, kita berdedai menyatakan pendirian. Bahawa kita bencikan penindasan. Kita marah dan geram dengan tindakan Yahudi Kafir la'natullah.
Tetapi...penindasan akibat ketagihan rokok masih begitu juga;demikian terhadap penindasan akibat keterikatan pada hiburan yang masih menggila; terhadap hubungan seks haram yang semakin hebat dijaja serta penindasan akibat implikasi campur aduk ilmu yang benar dan sia-sia.
Bagi saya, tidak ada cara kaedah lain untuk kita menyokong saudara kita di Palestin selain dari kita di sini saling membina kekuatan dalam masyarakat; membina kekuatan dalaman melalui pengukuhan aqidah dan ukhwah; serta berjihad meninggalkan amalan yang sia-sia. Membantu Palestin sepatutnya tidak bermusim..... ia sepatutnya merupakan terjemahan yang berterusan dari jiwa kita sebagai muslim.Muslim yang tercabar bila maruah saudara dan agamanya dicabar dan dikelar.
Bahawa duka Palestin dan dunia Islam sepatutnya, tidak lagi dilihat sebagai penindasan fizikal semata-mata....
No comments:
Post a Comment