Kini, musim peperiksaan sekali lagi semakin dekat dengan anak-anak kita di sekolah rendah dan menengah. Saya berkesemapatan meneliti jadual pembelajaran anak-anak tahun 6 di sebuah sekolah rendah baru-baru ini.
Jika istilah Gerak Gempur saya dengar beberapa tahun lalu...kali ini barulah saya faham apa sebenarnya yang digempurkan. Telahan saya mengenai semakin melesetnya objektif pendidikan untuk memanusiakan manusia sebagai insan kian nyata melalui fakta yang berkenaan. Bayangkan.....selama beberapa minggu intensif ini sebelum peperiksaan sekolah rendah agama (PSRA) dan juga UPSR; murid tahun 6 dilambakkan dengan ujian demi ujian pra peperiksaan (lebih kurang ujian percubaan) serta kelas intensif untuk menjawab soalan-soalan yang dikemukakan.
Seingat saya dahulu, kami hanya ada satu peperiksaan percubaan...tetapi anak-anak ini digempur dengan peperiksaan percubaan sebanyak 7 kali, itu belum lagi dengan tusyen tambahan serta kelas-kelas yang terus memberikan 'ilmu' tambahan untuk menyediakan lagi mereka dalam menghadapi peperiksaan.
Mengapa begitu serius dan terlalu intensif nya budaya peperiksaan ini digempur dalam jiwa anak-anak yang masih bertatih dalam mengenal kehidupan. Saya menyifatkan pendekatan sedemikian tidak adil...malah melampaui objektif pendidikan insan.Jikalah agaknya pelajar saya di universiti dikongkong sedemikian dengan pra peperiksaan semester sebanyak 7 kali...ia saya anggap sebagai melampau batas kemanusiaan.Bukankah sepatutnya di universiti itu lebih serius pendekatannya kerana mereka itu hampir sungguh dengan pasaran kerja serta kembali ke pangkuan maysarakat?
Namun...saya rakamkan penghargaan di atas usaha inisiatif dan kegigihan guru-guru..pada saya, tiada ibubapa yang boleh memberikan komen tidak manasabah jika anak-anak masih gagal untuk mendapat markah yang baik dengan 'intensif'nya pra peperiksaan yang diadakan.....jika saya di tempat anak-anak itu, penatnya jika mendengar perkataan 'peperiksaan'.....
Demi manfaat ILMU, kita Bertemu dan Bertamu...
Friday, June 25, 2010
Saturday, June 12, 2010
Tentang hakikat di sebalik SUBSIDI GULA...
Sejak beberapa minggu yang lalu, ketiadaan gula pasir di kedai mahupun di pasaraya utama di sekitar kediaman saya di Bangi terasa begitu ketara, ia juga merupakan situasi yang dilaporkan terjadi hampir di seluruh negara. Entah ke mana hilangnya gula...
Gula merupakan barangan keperluan yang disubsidikan oleh kerajaan. berbanding harga sebenar kira-kira RM 3.00+++; ianya dijual pada hargu runcit kurang RM2.00. Saya sebenarnya kurang arif berhubung mekanisma pembayaran harga subsidi ini sebelum ini.
Sebenarnya, harga sebenar gula kekal pada RM 3.00+++; lebihan harga yang perlu dibayar oleh kita semua sebenarnya dibayar oleh kerajaan menggunakan duit kita kepada pengilang gula yang kini dikuasai oleh Raja Gula Malaysia yang merupakan individu terkaya di negara ini. Duit yang wajar digunakan dan disalur untuk pembangunan yang lebih berfaedah.
Bayangkan entah berapa billion RM perlu dilunaskan oleh kerajaan sebagai keuntungan tetap kepada mereka yang mengusahakan sektor berkenaan.Subsidi di satu segi sebenarnya merugikan kita secara keseluruhan...yang pasti, pengeluar juga yang meraih keuntungan tetap.
Namun...mungkin ada dengki dan irihati dalam rantaian perniagaan (bayangkan untung berbilion oleh penilang gula)...peniaga di rantaian perniagaan juga ingin menuntut sebahagian keuntungan tersebut kerana mereka menjual pada keuntungan yang minima. Subsidi hanya mengalir kepada pengeluar...bukan peniaga tengah dan bukan pengguna.
Dan gula terus menerus 'tiada'

Monday, June 7, 2010
Pentingnya "mendengar dan menggunakan akal" untuk faham kebenaran
Saya pernah mendengar dan membaca hadith yang menyebut kelebihan membaca surah Al Mulk iaitu mereka yang membaca Surah ini pada setiap malam tidak akan disiksa oleh azab kubur.
Saya sebenarnya tidak mengetahui status hadith tersebut sama ada ia hadith yang sahih, hadith hasan atau sebaliknya.
Namun menerusi penjelasan kuliah tafsir yang saya hadiri siang tadi memberikan penjelasan dalam ayat 9 - 11 surah tersebut yang memberi perincian sifat-sifat ahli neraka yang menyebabkan mereka dicampakkan ke dalam neraka. MAKSUD AYAT BERKENAAN:
9: Mereka menjawab: Ada! Sebenarnya telah datang kepada kami seorang Rasul pemberi ingatan dan amaran, lalu kami dustakan serta kami katakan (kepadanya): Allah tidak menurunkan sesuatupun, kamu (wahai orang yang mendakwa menjadi Rasul) hanyalah berada dalam kesesatan yang besar!
10: Dan mereka berkata: Kalaulah kami dahulu mendengar dan memahami (sebagai orang yang mencari kebenaran), tentulah kami tidak termasuk dalam kalangan ahli Neraka.
11 : Akhirnya mereka mengakui dosa-dosa mereka (sebagai orang-orang yang kufur ingkar), maka tetaplah jauhnya rahmat Allah dari ahli Neraka.
Antara sifat yang perlu kita tanamkan tanpa bertangguh ialah sifat mendengar dan menggunakan akal fikiran untuk memahami kebenaran.
Saya sering berhadapan dengan situasi di mana berhadapan dengan individu yang biasanya telah mempunyai pemikiran, persepsi serta sikap terhadap sesuatu isu...meskipun diperjelas dengan dalil atau keterangan yang benar tetapi masih enggan menerima dalil atau keterangan tersebut. Lalu ianya membawa kepada perdebatan dan perbahasan panjang yang tidak perlu. Ia adalah satu keadaan yang boleh dielakkan jika ada kerendahan hati untuk mendengar dan berfikir dengan apa yang sepatutnya difahami.
Manusia ada kalanya ego untuk menerima pendapat lain; yang bagi saya bukan sukar untuk mendengar dan berfikir...jika sandarannya semata-mata kerana Allah, pasti ada jalan yang membawa kita ke sana.
Perselisihan antara individu dalam organisasi kepada beberapa kumpulan sehingga membawa perpecahan pada pendapat saya kerana wujudnya sikap tidak mahu mendengar dan duduk berfikir sejenak.
Dan sesungguhnya perselishan itu BUKANLAH RAHMAT...

Thursday, June 3, 2010
Saya dan penulisan...
Sejujurnya, saya selama ini menulis sekadar memenuhi keperluan akademik. Menulis untuk peperiksaan, menulis untuk kerja kursus, menulis untuk penyelidikan dan juga menulis untuk laporan/ dokumen rasmi.
Antara pengalaman semasa bersekolah menengah dahulu ialah ketika kami diarahkan oleh guru Bahasa Malaysia iaitu Cikgu Khalil untuk menulis sebuah cerpen (beliau sekarang jika saya tidak silap merupakan Pengetua MRSM). Sayapun tidak berapa ingat tentang kisah apa yang saya tuliskan...dan seperti biasa, subjek Bahasa Malaysia bukanlah subjek yang saya gemari. Lalu semasa sesi akademik yang memuatkan kelas Bahasa Cikgu Khalil berikutnya, saya dengan selamba membuat kerja sekolah matematik yang terlupa hendak disiapkan. Tiba-tiba, nama saya dipanggil untuk berdiri. Dengan begitu gemuruh bimbang diarah keluar atau dihukum kerana membuat kerja sekolah matematik semasa kelas Bahasa..saya berdiri perlahan-lahan..."Ok Malina...cuba baca cerpen yang kamu tuliskan"....aduh...debaran saya sekaligus terhenti. Cuma saya pelik kenapa tulisan cerpen saya ini perlu dibacakan di dalam kelas. Di akhir pembacaan, Cikgu Khalil mengungkapkan pelbagai pujian tentang plot dan susunan bahasa yang saya pilih...yang saya sebenarnya agak terpinga-pinga sebab tidak menyangka ianya akan berakhir sedemikian..
Selepas bergraduat dan mula bekerja, meskipun saya berminat untuk menulis tentang sesuatu...namun ianya sering menjadi harapan yang tidak menjadi kenyataan. Ini kerana kebanyakan harapan saya itu sering terhenti begitu sahaja disebabkan kesibukan serta faktor-faktor lain yang tidak saya pernah hiraukan secara serius. Ada yang sempat...hanya saya tuliskan dalam bentuk puisi atau catitan ringkas.
Saya sering menyangka, bahawa apabila kita hendak menulis...kita perlukan suasana yang 'conducive'...tenang serta sepi tanpa gangguan. Kita juga perlukan ruang untuk menulis...meja yang bersesuaian, kerusi yang ergonomik serta waktu yang optima untuk berfikir. Beberapa cubaan saya menulis...berakhir tanpa sebarang hasil. Namun demikian, saya cuba juga mencari ruang di sebalik kesibukan atau di celah peruntukan masa untuk menulis sebarang apa yang saya fikir boleh dimanfaatkan.
Segalanya bermula ketika saya di Kementerian Kesihatan dahulu apabila saya diamanahkan menyiapkan Draf Definisi kes Penyakit berjangkit. Ia akhirnya dibukukan dan itulah buku pertama yang saya sunting dan kini merupakan rujukan utama untuk doktor-doktor yang menguruskan kes penyakit berjangkit di peringkat kebangsaan (Case Definition for Infectious diseases in Malaysia).
Semasa diamanahkan sebagai Penyelaras Akademik di fakulti tempat saya bertugas, saya dapati tugas-tugas pentadbiran akademik terlalu 'renyah'(laborious) serta menuntut banyak kesabaran. Melalui kursus Microsoft Excel yang saya hadiri, saya dapati kemudahan yang ditawarkan Excel sangat berguna untuk proses memasukkan markah pelajar tanpa menggunakan mesin pengira serta boleh dibuat secara automatik akan gred yang diperolehi. Berdasarkan pengalaman asyik terlupa beberapa langkah penting menggunakan perisian Excel, saya akhirnya membuat nota ringkas untuk keperluan saya mengingatkannya..langkah demi langkah serta mencetak muka "window" melalui langkah printscreen (SysRq). Ia akhirnya menghasilkan nota sehingga lebih 30 mukasurat...satu usaha yang saya siapkan dalam tempoh beberapa jam melalui fokus waktu bekerja di pejabat. Akhirnya, semua itu saya bukukan melalui tulisan buku saya yang pertama iaitu "Excel your way Up".
Melalui pengalaman itu...saya memulakan tulisan di blog ini melalui tulisan tidak formal serta turut menulis secara mudah melalui buku teks (Lecture Notes on Medical Parasitology). Pada masa yang sama , saya turut menyunting makalah PBL cases for Medical Students sebagai ketua penyunting.
Sebuah lagi buku yang telah saya tuliskan baru-baru ini ialah Penyelidikan Perubatan dan Sains Kesihatan: Satu Pendekatan MUDAH..Buku itu saya dedikasikan khas untuk semua yang ingin berkongsi kemahiran kaedah penyelidikan secara mudah dan sistematik. Bagaimanapun, penulisan saintifik yang memberikan lebih banyak 'points' tidak begitu saya berikan tumpuan...kerana ianya terbeban dengan 'politik' sidang editor, hasil kajian serta pemerhatian orang lain; yang turut terdedah dengan plagiarisma serta masalah etika dan kejujuran.
Saya akhirnya membuat kesimpulan bahawa untuk menulis:
1. Kita perlu mempunyai objektif jelas untuk menulis, dan menyandarkannya untuk mengingatkan dan manfaat diri sendiri di samping berhasrat berkongsikan kebaikannya dengan orang lain (saya gagal memilih idea yang baik jika objektif penulisan disandarkan kepada yang lain daripadanya);
2. Kita tidak perlu suasana yang begitu ideal seperti masa yang lapang tanpa gangguan, ruang meja yang luas (spacious) atau memperuntukkan waktu tertentu dalam melahirkan idea tertentu (saya tiada waktu khas untuk menulis; tiada meja khas ...cukuplah sekadar menggunakan laptop, pena dan kertas);
3. Penulisan itu bermula dengan pendengaran dan pemerhatian kita tentang sesuatu idea serta difokuskan menurut objektif yang benar....kita perlu menjadi pendengar dan pemerhati yang baik sebelum mampu mengilustrasikannya dalam bahasa dan intonasi yang mudah; penulis yang baik juga merupakan pembaca yang baik;
4. Sesuatu idea perlu segera dituliskan...jika tidak, ianya akan tenggelam dalam kesibukan....
Dan saya berharap penulisan saya adalah merupakan perkongsian tentang kebaikan...

Tuesday, June 1, 2010
Rahsia seorang Tokoh Guru dan dot dot dot...
Berita tentang ini hanya disiarkan dalam akhbar The Star semalam. Tidak satupun akhbar berbahasa Melayu yang menyiarkannya.
Komentar dari seorang penulis kolum di salah sebuah akhbar internet ini mencuri perhatian saya ..... yang menyebabkan saya termenung panjang....

Duka Palestin..
Saya sebenarnya tidak begitu faham dengan apa yang terjadi di Palestin...Sehinggalah ketika saya menghabiskan pengajian di peringkat menengah; barulah saya faham sejarah demi sejarah tentang peristiwa yang melanda bumi Palestin itu.
Penindasan terhadap palestin bagi saya merupakan penindasan fizikal yang sangat menyayatkan; ia mengheret sebahagian mereka ke lembah penderitaan yang sukar dibayangkan dengan fikiran. Pada ketika ini; sebahagian mereka kebuluran, ada yang menderita sakit tanpa ubat-ubatan serta majoriti diancam serangan dan pembunuhan.
Sememangnya, kita berkongsi sentimen yang penuh duka ini. Apa yang termampu, disedekahkan...baik dari segi wang, harta, bantuan serta doa yang tidak berkesudahan. Cumanya saya gusar memerhati senerio kita yang kelihatannya umpama yoyo yang tidak henti berayun...lagak momentum di dalam vakum.
Kita di bumi ini juga sedang menderita. Jika di palestin, kemusnahan fizikal itu tampak jelas dihakimi pandangan dan fikiran; namun penindasan kita di sini begitu lunak sehingga tidak kelihatan kesusahannya. Kita diuji dengan kemewahan dan kesenangan melampau...sehingga begitu tegar memandang nilaian yang dipuja dan disanjung. Pembunuhan di sini juga berleluasa...tetapi kian melibatkan janin dan bayi yang tidak berdosa. Peperangan di sini...menjatuhkan hentaman nafsu syahwat terhadap jiwa yang semakin longlai.Kita yang semakin melurut dan melutut pada keinginan dan kehendak yang tidak terbatas...
Bila gema bumi Palestin bergaung, kita berdedai menyatakan pendirian. Bahawa kita bencikan penindasan. Kita marah dan geram dengan tindakan Yahudi Kafir la'natullah.
Tetapi...penindasan akibat ketagihan rokok masih begitu juga;demikian terhadap penindasan akibat keterikatan pada hiburan yang masih menggila; terhadap hubungan seks haram yang semakin hebat dijaja serta penindasan akibat implikasi campur aduk ilmu yang benar dan sia-sia.
Bagi saya, tidak ada cara kaedah lain untuk kita menyokong saudara kita di Palestin selain dari kita di sini saling membina kekuatan dalam masyarakat; membina kekuatan dalaman melalui pengukuhan aqidah dan ukhwah; serta berjihad meninggalkan amalan yang sia-sia. Membantu Palestin sepatutnya tidak bermusim..... ia sepatutnya merupakan terjemahan yang berterusan dari jiwa kita sebagai muslim.Muslim yang tercabar bila maruah saudara dan agamanya dicabar dan dikelar.
Bahawa duka Palestin dan dunia Islam sepatutnya, tidak lagi dilihat sebagai penindasan fizikal semata-mata....

Subscribe to:
Posts (Atom)