Demi manfaat ILMU, kita Bertemu dan Bertamu...

Wednesday, March 7, 2012

Mengharapkan hanya pada Allah..

Jika mampu dihitung..sayapun tidak pasti sudah kali ke berapa agaknya saya kecewa atas harapan yang saya sandarkan menjadi realiti dari insan-insan yang saya harapkan itu tidak kesampaian... Betapa seringnya saya terlupa bahawa hati seseorang itu sentiasa berubah-ubah. Demikian juga wujudnya hati dan emosi saya..

Kesilapan besar saya tatkala menangani isu rutin, terlupa pada bahawa 'ultimate' keputusan adalah milik Allah..bagaimana outcome dan cetusan realiti yang bakal terhampar merupakan susunanNya, Allah Al Qadir yang Maha Berkuasa atas segala sesuatu. Terkadang, adakala kita harapkan sedemikian jadinya, wujud pula keadaan yang mendukacitakan ataupun mengganggu cara kita berhadapan dengan sesuatu keadaan sehingga membawa pula pada situasi yang agak tertekan.

Apa yang nyata..mencari reda sesama manusia, menitip rasa kecewa dan menjarakkan hati dengan kebaikan akibat dosa..

Bahawa hidup ini lebih tenang apabila sandaran harapan itu diharapkan pada Allah SWT sahaja...

2 comments:

sepenuhjiwe said...

Assalammualaykum w.b.t..

ummi syg...
sy sedang membace buku tulisanmu yg brtajuk Ajarkan aku wahai ibu..

Alhamdulillah...sudah bab 15 : Mengenal dosa.

Terima ksih di atas nasihat yg berguna ini. Hanya Allah s.w.t shj mampu membalasnya.

tinta said...

Salam anakanda Ijan... Jazakillahukhayran berkongsi kebaikan..... Dirimu yg dekat di hati Ummi..