Demi manfaat ILMU, kita Bertemu dan Bertamu...

Tuesday, March 13, 2012

Tentang penghargaan dan dihargai...

Mungkin kita pernah mendengar... " Geram betullah, bercekang mata dan buat apa yang boleh dibuat... penat-penat buat semua, tapi tak ada siapa nak appreciate.." Berulangkali juga saya berjumpa..." Buat penat je kita habiskan masa, itu dan ini, dan settle semua tapi tak ada siapa yang nak hargai.."

Dimensi untuk dihargai atau berasa terkilan tatkala tidak dihargai.. sering wujudnya menjadi hambatan yang mendukacitakan. Ia menjadi pencetus stress serta geram pada sesuatu yang diharap sebagai 'recognition' atas apa yang dilakukan. Saya juga terkadang terjerat dalam fenomena serupa, cuma perspektif dan tanggapan mungkin dipandang berbeza.

Sesuatu yang kita lakukan... ada taklif dan ada tujuan. Pasti kitapun tahu tentang objektif sebenar sesuatu tugasan atau amanah yang kita sempurnakan. Setiap individu, akan dibangkitkan di akhirat nanti atas apa yang diniatkannya. Jika ikhlas, maka berbahagialah... jika dilakukan bukan kerana ikhlas kerana Allah..maka bangkitlah dirinya dengan sekutu-sekutu yang menjadi 'sembahan' yang difokuskannya bersungguh-sungguh dalam urusan di dunia dalam keadaan tidak sedar atau diabaikan lantaran tiada ilmu dan faham..

Menerima penghargaan atas sesuatu tugas, hanyalah kesempurnaan etika untuk membalas ucapan rasa terima kasih. Menghargai pula bukanlah wajib namun manis jika dapat kita luahkan kebaikan menghargai demi mengeratkan kasih persahabatan dan persaudaraan. Namun, jangan pula dilakukan sesuatu untuk dihargai...

Dalam kehidupan berkeluarga mahupun yang masih bujang berkelana, pada ekspresi amalan dan terjemahan yang dilakukan biasanya kita sandarkan ihsan pada insan yang kita sayang. Jangan lupa untuk menyandarkannya pula secara mutlak pada Allah yang memiliki nama-nama indah iaitu Asy Syakur (The Appreciative) dan Asy Syakir (The Recognizer and Rewarder of good)

Memahami dan menterjemahkan Allah Asy Syakur dan Asy Syakir iaitu Allah Maha Menghargai setiap amalan kita walau pada 'timbangan' manusia (yang kita harapkan penghargaannya) begitu remeh dan boleh diabaikan, begitu indah penghayatannya..

Allah Maha Menghargai apa sahaja kebaikan yang kita lakukan walau sebesar debu, Dia lah juga yang Maha Mengiktiraf setiap usaha kita walau tidak dipandang di sisi manusia... Jangan sesekali diharap penghargaan sesama manusia, selain ia membawa kepada syirik kecil ia juga seringnya membawa kepada bergandanya rasa duka dan kecewa...

2 comments:

Anonymous said...

Salaam Kak Ma,
How true...Janganlah sibuk mencari pengiktirafan makhluk..tetapi kejarlah pengiktirafan Allah disana nanti..kerana...
dunia adalah tempat mengumpul amal,bukan menerima ganjaran..
Akhirat adalah tempat menerima ganjaran,tiada lagi amalan...Wallahua'lam

Ummuadam

tinta said...

Wasslam wbh Ummuadam..
jazakillahu khayran atas perkongsian... dari satu fasa ke satu fasa lain yang diizinkan Allah untuk kita lalui.. demikianlah cabaran dan ujian.