Antara yang menarik perhatian saya tatkala menelaa'ah bahan-bahan yang dikongsi oleh PM Dr Mohd.Asri di blog beliau ialah potongan hadith Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Sesiapa yang akhirat itu tujuan utamanya, maka Allah jadikan kekayaan dalam jiwanya. Allah mudahkan segala urusannya dan dunia akan datang padanya dengan hina (iaitu dalam keadaan diri itu mulia). Sesiapa yang menjadikan dunia itu tujuan utamanya, maka Allah akan letakkan kefakirannya antara kedua-dua matanya, Allah cerai-beraikan usahanya, dan dunia pula tidak akan datang melainkan apa yang ditakdirkan untuknya (iaitu dalam keadaan hina)" (Riwayat Tarmidizi, dinilaikan hasan oleh Albani)
Umum mengetahui, dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan...amanah yang diletakkan merupakan segala-galanya. Itulah syarat amalan diterima sebagai amalan yang diiktiraf di sisi Allah. Menyempurnakan amanah, membezakan kita dengan mereka yang khianat, menyempurnakan amanah satu misi mulia yang ditanggap sebagai 'essence' dalam kehidupan seseorang. Itulah juga yang memberikan proksi sama ada hasil usaha yang dibawa pulang sebagai nafkah seisi keluarga merupakan hasil yang diberkati Alllah SWT seterusnya membolehkan permohonan doa saban waktu yang kita mohon pada Allah SWT untuk dimakbulkan (bahawa doa tidak akan dimakbulkan jika hasil usaha dan rezeki yang diperolehi tidak halal/ diperolehi dengan cara penipuan)..
Sesungguhnya pula, fokus menyempurnakan amanah..tidak susah. Secara fitrah, bebannya hanya pada keadaan di mana fokus melaksanakan tugas tidak terjurus pada amanah yang telah diberikan... iaitu keutamaan kerja bersandar pada sesuatu yang bukan amanah untuk dilakukan tetapi tugas yang bukan amanah diutamakan demi sebab lain yang lebih diketahuinya.
Kewujudan sistem ranking dan kepelbagaian model pengiktirafan dan 'piala' yang disebut cemerlang...meletakkan pula amanah pada tugas, kian tersasar matlamatnya dari penyempurnaan amanah itu kepada 'beban' untuk memmenangi ranking tertinggi seterusnya mengutamakan kemenangan di mata insan sebagai indeks kecemerlanagan yang disifatkan menyeluruh. Uniknya pula, ciri umum penarafan itu membuka potensi kepada pengabaian terhadap keperluan pembangunan dan penambahbaikan hati dan diri insan sebagai individu.
Ramai pula tertekan dengan pengumpulan data-data yang tidak diperlukan dalam menyempurnakan amanah tugas, diasak pula dengan kata-kata perangsang untuk lebih hebat dari mereka di luar kumpulan serta dijanjikan dengan persepsi cemerlang yang tiada asasnya di bumi nyata serta terasing pula dari realiti yang mendamaikan hati dan perasaan.
Sistem penarafan pula begitu pelbagai...wujudnya dalam skop dan perspektif dan dimensi yang berbeza...namun di'henyak'kan pada fokus insan yang sama untuk didapatkan jawapannya..Fokus insan pendidik untuk mendidik dan berkongsi ilmu, dihambat ke medan yang mempopularkan penarafan (ranking) dan pengiktirafan sebagai matlamat yang 'lebih agung' dari mendidik hati dan minda menjadi insan yang kenal kepada Tuhan, hari pembalasan dan menterjemahkan aqidah keimanan yang benar..
Berbalik kepada hadith di atas... sesungguhnya penyempurnaan amanah berdasarkan matlamat akhirat membuka jalan kepada ketenangan jiwa insan, keikhlasan hati untuk melaksanakan tanggungjawab, yang mana kejituan menyempurnakan amanah, secara ikhlas membawa kepada penarafan dan pengiktirafan yang lebih jujur sifatnya...
No comments:
Post a Comment