Saya sebelum ini tidak pernah memahami spenuhnya Asmaul Husna... senarai panjang nama-nama Allah yang indah, yang mana sebenarnya merupakan sebahagian dari asas-asas keimanan kepada Allah SWT. Meskipun saya biasa membaca mahupun sesekali sekala mendengar tazkirah tentangnya, saya menyedari kekurangan pada diri dan hati, bahawa saya sebenarnya tidak faham dan tidak menterjemahkan kefahaman ilmu mengenai nama-nama Allah yang indah itu dalam kehidupan sepenuhnya.
Alhamdulillah, saya diizinkan Allah menghadiri sesi pembelajaran mengenai konteks bagaimana kita perlu mengisi kehidupan ini dengan memahami makna dan menterjemahkannya dalam kehidupan yang sementara ini. Saya yang sebelum ini bagai yakin sudah mengetahui nama-nama Allah itu melalui lagu nasyid yang dialunkan...hafalan yang saya anggap memadai menjadikan saya muslim yang 'benar' rupa-rupanya jauh begitu meleset sekali.
Pada hakikatnya nasyid asma'ul husna yang memuatkan 99 nama-nama Allah yang indah itu sebahagiannya diperolehi dari hadith yang gharib serta lemah sifatnya. Perkongsian ilmu dengan sarjana ilmuwan menjelaskan bahawa terdapat nama-nama yang dimuatkan dalam nyanyian nasyid itu bukan nama Allah yang indah...contohnya Al Muzil, Ar Rashid dan beberapa lagi (saya isikan insyaAllah kemudian)...
Kupasan pengisian dalam seminar yang saya hadiri itu memuatkan nama-nama Allah yang indah yang pada hakikatnya kita hidup dengan nama-nama itu setiap hari... di dalam solat, dalam doa..dalam muamalat sesama insan mahupun alam sekitar...serta apa sahaja yang kita lakukan dalam kehidupan.
Saya sesungguhnya berasa begitu takjub apabila menyedari bahawa lebih dari 20 nama-nama asmaul husna itu kita lafaz dan sebutkan secara rutin dalam setiap solat yang kita hadiri...tinggal lagi memahami makna sebenar perkataan berkenaan, menjadikan solat yang kita hadiri itu insyaAllah lebih BERMAKNA, lebih FOKUS dan terarah matlamatnya untuk mengabdikan (beribadah) secara total kepada Allah SWT. Dalam menterjemahkan maknanya...insyaAllah menjadikan bacaan solat yang lebih 'mengisi' maknanya di dalam hati, ingatan yang dekat dengan Allah SWT serta rukuk dan sujud yang lebih panjang.... subhanaAllah..
Jika lebih 20 nama asmaul husna itu kita sebut dan lafazkan dalam setiap solat...bayangkan betapa mudahnya jika kita terus berusaha memahami nama-nama Allah yang lain serta menghidupkannya dalam apa jua aktiviti yang kita lakukan.
Semalam.. saya mendengar lagu-lagu klasik yang menjadi 'kegilaan' saya semasa usia remaja...indah sekali melodi dan liriknya, menyantun hati yang sentimental dan memiliki aura yang ditanggap sangat indah. Sayangnya, ia tiada hubungan dan ikatan dengan zikrullah, iman dan taqwa serta balasan syurga dan neraka.
Kefahaman saya melalui seminar yang saya hadiri ini terus mengingatkan saya pada nama-nama Allah iaitu Al Khallaq (Maha Pencipta), Al Musawwir (Maha Menyempurnakan Rekabentuk (THe Designer)) dan Al Bari' (Maha Memulakan segalanya (The originator))... bahawa lagu-lagu yang 'indah' didengar itu dicipta oleh makhluk yang telah diciptakanNya dalam bentuk yang begitu sempurna dengan kemampuan akal dan ilham seterusnya manusia itu menghasilkan sebahagian melodi yang begitu 'indah' sedemikian. Alhamdulillah... segala puji hanya bagi dan untuk Allah SWT sahaja...
No comments:
Post a Comment