Satu dari fakta yang sangat menyentuh hati dan fikiran saya ialah apabila mendengar pesanan Mufti Ismail Menk iaitu Mufti Zimbabwe yang kini berada di Malaysia dalam salah sebuah kuliah beliau yang diizinkan Allah sempat saya hadiri.
Manurut beliau, sesuatu yang sangat menyedihkan ialah majoriti umat Islam hari ini di seluruh dunia...kebanyakannya tidak tahu apa yang terkandung di dalam Al Quran. Kebanyakan membaca tanpa tahu apa yang dibaca...sebahagiannya menganggap Al Quran tidak lebih sebagai kitab suci yang dimuliakan namun tidak pernah diketahui isipanduannya serta tidak diamalkan dalam praktis kehidupan.
Beliau mengambil contoh satu kisah beliau yang berbual dengan seorang professional iaitu seorang akauntan. Lebih kurang perbualannya... seumur hayat, berapa banyak buku yang perlu beliau (akauntan) baca dan fahamkan sebelum diiktiraf sebagai akauntan professional...mungkin puluhan buku, yang dibaca "in and out" (kulit ke kulit) untuk maslahat kehidupan di dunia.
Namun menurut Syeikh ismail, akauntan itu bagaimanapun mengakui tidak memahami alquran "in and out" sepertimana beliau mempelajari ilmu akauntan beliau walaupun beliau adalah adalah seorang muslim...
Syeikh Ismail meminta hadirin bermuhasabah, mengapa kitab suci dari Allah yang satu itu yang menjamin kebahagiaan abadi di akhirat itu tidak dibaca bersungguh-sungguh sepertimana kita menatap/ menghayai puluhan/ ratusan/ ribuan bacaan yang menjamin perkembangan karier atau professional seseorang yang sementara di dunia...
Saya secara jujur merasa amat 'terpukul'.... itulah juga sebenarnya realiti diri saya. Banyak dari kandungan Al Quran yang masih belum saya ketahui dan hayati, meskipun sudah beberapa kali habis membacanya sebelum ini. Namun jelas bacaan alquran saya tidak sepertimana saya mentelaah buku-buku akademik atau terbitan journal untuk tujuan ilmiah atau perkembangan professional... dan saya mengesat genangan air mata yang bergelenang dalam menyedari kekhilafan sendiri selama ini....
No comments:
Post a Comment