Antara yang menarik perhatian saya tatkala menelaa'ah bahan-bahan yang dikongsi oleh PM Dr Mohd.Asri di blog beliau ialah potongan hadith Rasulullah SAW yang bermaksud:
"Sesiapa yang akhirat itu tujuan utamanya, maka Allah jadikan kekayaan dalam jiwanya. Allah mudahkan segala urusannya dan dunia akan datang padanya dengan hina (iaitu dalam keadaan diri itu mulia). Sesiapa yang menjadikan dunia itu tujuan utamanya, maka Allah akan letakkan kefakirannya antara kedua-dua matanya, Allah cerai-beraikan usahanya, dan dunia pula tidak akan datang melainkan apa yang ditakdirkan untuknya (iaitu dalam keadaan hina)" (Riwayat Tarmidizi, dinilaikan hasan oleh Albani)
Umum mengetahui, dalam melaksanakan tugas yang dipertanggungjawabkan...amanah yang diletakkan merupakan segala-galanya. Itulah syarat amalan diterima sebagai amalan yang diiktiraf di sisi Allah. Menyempurnakan amanah, membezakan kita dengan mereka yang khianat, menyempurnakan amanah satu misi mulia yang ditanggap sebagai 'essence' dalam kehidupan seseorang. Itulah juga yang memberikan proksi sama ada hasil usaha yang dibawa pulang sebagai nafkah seisi keluarga merupakan hasil yang diberkati Alllah SWT seterusnya membolehkan permohonan doa saban waktu yang kita mohon pada Allah SWT untuk dimakbulkan (bahawa doa tidak akan dimakbulkan jika hasil usaha dan rezeki yang diperolehi tidak halal/ diperolehi dengan cara penipuan)..
Sesungguhnya pula, fokus menyempurnakan amanah..tidak susah. Secara fitrah, bebannya hanya pada keadaan di mana fokus melaksanakan tugas tidak terjurus pada amanah yang telah diberikan... iaitu keutamaan kerja bersandar pada sesuatu yang bukan amanah untuk dilakukan tetapi tugas yang bukan amanah diutamakan demi sebab lain yang lebih diketahuinya.
Kewujudan sistem ranking dan kepelbagaian model pengiktirafan dan 'piala' yang disebut cemerlang...meletakkan pula amanah pada tugas, kian tersasar matlamatnya dari penyempurnaan amanah itu kepada 'beban' untuk memmenangi ranking tertinggi seterusnya mengutamakan kemenangan di mata insan sebagai indeks kecemerlanagan yang disifatkan menyeluruh. Uniknya pula, ciri umum penarafan itu membuka potensi kepada pengabaian terhadap keperluan pembangunan dan penambahbaikan hati dan diri insan sebagai individu.
Ramai pula tertekan dengan pengumpulan data-data yang tidak diperlukan dalam menyempurnakan amanah tugas, diasak pula dengan kata-kata perangsang untuk lebih hebat dari mereka di luar kumpulan serta dijanjikan dengan persepsi cemerlang yang tiada asasnya di bumi nyata serta terasing pula dari realiti yang mendamaikan hati dan perasaan.
Sistem penarafan pula begitu pelbagai...wujudnya dalam skop dan perspektif dan dimensi yang berbeza...namun di'henyak'kan pada fokus insan yang sama untuk didapatkan jawapannya..Fokus insan pendidik untuk mendidik dan berkongsi ilmu, dihambat ke medan yang mempopularkan penarafan (ranking) dan pengiktirafan sebagai matlamat yang 'lebih agung' dari mendidik hati dan minda menjadi insan yang kenal kepada Tuhan, hari pembalasan dan menterjemahkan aqidah keimanan yang benar..
Berbalik kepada hadith di atas... sesungguhnya penyempurnaan amanah berdasarkan matlamat akhirat membuka jalan kepada ketenangan jiwa insan, keikhlasan hati untuk melaksanakan tanggungjawab, yang mana kejituan menyempurnakan amanah, secara ikhlas membawa kepada penarafan dan pengiktirafan yang lebih jujur sifatnya...
Demi manfaat ILMU, kita Bertemu dan Bertamu...
Wednesday, February 29, 2012
Saturday, February 25, 2012
Buatmu yang bernama anakanda...
Salam anakanda,
tinta Ummi singgah seketika buat doa dan berbicara buatmu. Singgah menatap situasi dan juga menatang kehadiran di dalam dakapan kasih Ummi.
Sebetulnya Ummi terkedu dalam meneladani pengisian yang Ummi cari dalam apa yang dikatakan motivasi diri..Kelam dalam keliru pada penanda aras yang ditafsihkan...atau juga segunung harapan yang diyakinkan menjadi kenyataan.. Tidak pula Ummi berniat untuk menukilkan kelemahan sesiapa...Lantaran apa yang Ummi pandang pada hati dan diri ini, iaitu hanyalah sebuah diri yang mengharap dan terus berdoa untuk kekal di atas jalan hidayah, berusaha memperbaiki kesilapan untuk menjadi muslim yang lebih baik serta hati yang lebih dekat dengan Allah SWT.
Anakanda,
kita ini adalah makhluk sebagai hamba yang diciptakan Allah SWT untuk beribadah hanya kepadaNya. Betapa taklif yang kita ditugaskan ini merupakan fungsi sebagai insan yang perlu kita laksanakan. Lalu, di dalam hati...apa yang Ummi harap dan doa ialah..agar ilmu yang dikongsi atau dipelajari...dimanfaatkan isinya untuk menjadi sebagai insan yang kenal Tuhannya.
Kejayaan yang kita harapkan pada pandangan Ummi wajarnya bukan kejayaan yang disasarkan dalam jarak 'sejengkal'...tetapi juga jangka panjang di mana berakhirnya kita satu ketika nanti (iaitu di akhirat nanti)
Namun bohong juga jika Ummi nafikan kecemerlangan itu tidak patut diserlahkan. Sesungguhnya anakanda, sebagai muslim yang 'izzah (mulia) dengan akidah dan jenama kita sebagai muslim..yakin dan kefahaman kita kepada nama Allah Al'Aziz, Al Qawiy, Al Matin...kita tidak akan membiarkan diri kita lemah terkulai dalam keliru ilmu yang tidak memberi sebarang erti. Kecemerlangan 'sejengkal' itu bonus...namun sasarkanlah matlamat kehidupan ini untuk melaraskan matlamat ilmu demi mengenal Allah SWT, beribadah hanya padaNya serta memanfaatkan setiap kurniaanNya demi manfaat dan kebaikan sesama insan dan juga alam sekelian..
Anakanda,
berdoalah sungguh-sungguh pada Allah SWT...serulah nama-nama yang indah dengan penuh kerendahan dan harap. Carilah waktu-waktu mustajab untukmu lapangkan doa... sesungguhnya setiap doa kita dijanjikan Allah tiga perkara; sama ada dikabulkan, atau dihindarkan kita dari bahaya petaka atau ditabungkan (disimpan) ganjarannya pada hari akhirat.
Tidak ada motivasi yang lebih benar dan konsisten sifatnya selain dari sandaran mengekalkan kebaikan ikhlas semata-mata mengharapkan keredhaanNya. Quran, Allah turunkan sebagai bekal dan panduan; isilah makna dan terjemahannya dalam kehidupan. Jangan sesekali dipiciskan semata-mata demi mengejar habuan atau yang diproksikan atas nama keberkatan. Rahmat dan berkat itu kurniaan Allah Al Wahhab Ar Rahim. Sesungguhnya quran itu kita baca demi kebaikan dalam kehidupan; membacanya mendapat pahala...menghayati dan menterjemah isinya mendorong kita pada laluan kehidupan yang diberkati dan dirahmati Allah SWT. Mengikut sunnah Nabi kita SAW pula merupakan ikutan wajib yang tidak boleh diperlakukan sesuka hati tanpa panduan yang sahih...
Ummi juga masih belajar...masih mencari...dan Ummi doa moga Allah bukakan ruang dalam kehidupanmu untuk dianugerahkan motivasi benar yang membawa dirimu dan juga sesiapa yang memanfaatkan kebaikan olehmu pada jalan yang benar untuk ke syurga yang abadi..
Kita mohon pada Allah Al Mujib Al Waliy Al Wahhab...moga kita dikurniakan laluan menempuh jalan yang benar mengikut wahyu Allah dan panduan sunnah Rasulullah SAW...

Tuesday, February 21, 2012
Dan airmata itu bergenang....
Satu dari fakta yang sangat menyentuh hati dan fikiran saya ialah apabila mendengar pesanan Mufti Ismail Menk iaitu Mufti Zimbabwe yang kini berada di Malaysia dalam salah sebuah kuliah beliau yang diizinkan Allah sempat saya hadiri.
Manurut beliau, sesuatu yang sangat menyedihkan ialah majoriti umat Islam hari ini di seluruh dunia...kebanyakannya tidak tahu apa yang terkandung di dalam Al Quran. Kebanyakan membaca tanpa tahu apa yang dibaca...sebahagiannya menganggap Al Quran tidak lebih sebagai kitab suci yang dimuliakan namun tidak pernah diketahui isipanduannya serta tidak diamalkan dalam praktis kehidupan.
Beliau mengambil contoh satu kisah beliau yang berbual dengan seorang professional iaitu seorang akauntan. Lebih kurang perbualannya... seumur hayat, berapa banyak buku yang perlu beliau (akauntan) baca dan fahamkan sebelum diiktiraf sebagai akauntan professional...mungkin puluhan buku, yang dibaca "in and out" (kulit ke kulit) untuk maslahat kehidupan di dunia.
Namun menurut Syeikh ismail, akauntan itu bagaimanapun mengakui tidak memahami alquran "in and out" sepertimana beliau mempelajari ilmu akauntan beliau walaupun beliau adalah adalah seorang muslim...
Syeikh Ismail meminta hadirin bermuhasabah, mengapa kitab suci dari Allah yang satu itu yang menjamin kebahagiaan abadi di akhirat itu tidak dibaca bersungguh-sungguh sepertimana kita menatap/ menghayai puluhan/ ratusan/ ribuan bacaan yang menjamin perkembangan karier atau professional seseorang yang sementara di dunia...
Saya secara jujur merasa amat 'terpukul'.... itulah juga sebenarnya realiti diri saya. Banyak dari kandungan Al Quran yang masih belum saya ketahui dan hayati, meskipun sudah beberapa kali habis membacanya sebelum ini. Namun jelas bacaan alquran saya tidak sepertimana saya mentelaah buku-buku akademik atau terbitan journal untuk tujuan ilmiah atau perkembangan professional... dan saya mengesat genangan air mata yang bergelenang dalam menyedari kekhilafan sendiri selama ini....

Monday, February 20, 2012
Antara hambatan memilih jalan sebagai muslim yang dekat hatinya dengan Allah SWT......
Saya kongsikan tazkirah oleh Syeikh Ismail Menk dalam program tazkirah mengenai Misconception in Islam malam semalam iaitu mengenai fokus kita dalam kehidupan dunia ini ialah untuk memenuhi tuntutan Tuhan Maha Pencipta yang telah menciptakan diri kita.
Jika setiap alatan yang dicipta manusia, fungsinya terikat dengan terma dan tunjukcara tertentu, sehingga kesilapan mengamalkan prosedur yang diisyorkan bakal merosakan alat tersebut...maka kita yang diciptakan Allah SWT, menjadi taklif untuk kita ikut dan taat semua instruction dari Allah SWT. Gagal memilih untuk hidup dengan instruction dari Allah SWT, membawa kepada kebingungan dan kekeliruan serta akhirnya menempah kehancuran minda, emosi dan akhirnya kehidupan di dunia dan akhirat.
Apakah yang kita tahu sebenarnya tentang deen yang telah kita janji pada Allah... iaitu sesuatu yang kita sebut diri kita sebagai muslim iaitu menyerahkan diri (submit to ) sistem peraturan Allah SWT? Instruction dari Allah jelas dinyatakan dalam Al Quran, diterjemah dan diperjelaskan pula melalui sunnah Rasulullah SAW. Kedua-duanya merupakan sumber yang compulsory untuk setiap insan mengetahui, menghayati dan menterjemahkannya dalam kehidupan. Bagaimana keadaan kita jika kita tidak tahu isi sebenar Al Quran...tidak faham tentang sunnah; lalu dengan pengisian apa yang hendak kita isikan hidup kita sebagai muslim?
Saya juga sebenarnya take for granted selama puluhan tahun mengenai isu besar ini... berasa diri seolah-olah faham benar atau tahu benar tentang Al Quran dan sunnah, namun pengisian sebenar tidak ke mana. Sejak kecil sehingga saya bergraduat...quran itu saya baca, sunnah itu saya dengar; namun konteks kefahaman tentang Al Quran itu tidak saya tahu perinciannya; sunnah juga kelihatannya saya tidak titikberatkan...lalu berlaku campuraduk dalam amal yang saya lakukan iaitu produk antara apa yang tidak jelas tentang sunnah dan melaksanakan tanpa ilmu akan bida'ah (sesuatu yang tidak pernah diajar oleh rasulullah SAW).
Hambatan utama menjadi muslim yang benar adalah insight (sedar akan diri) kepada menghayati ilmu dari wahyu Allah SWT dan sunnah rasulullah SAW. Mudah-mudahan kita bukan dari golongan insan yang tidak tahu... tetapi dalam masa yang sama, tidak merasa perlu kepada ilmu.
Hambatan-hambatan lain pula ialah memandang rendah terhadap ilmu yang membicarakan tentang Al Quran dan sunnah, memandang program Islam secara umum sebagai tidak layak untuk dihadiri, dan mudah-mudahan kita dijauhkan sifat merasa diri lebih baik dari sesuatu golongan sehingga membawa hati dan diri kita tidak perlu kepada ilmu yang memberikan laluan untuk kita menjadi muslim yang lebih baik dan lebih dekat hatinya kepada Allah SWT.
Sesungguhnya melalui ilmu yang benar sahaja membawa kita kepada pengetahuan dan keyakinan sebagai muslim mukmin, kenal Allah SWT melalui nama-namanya yang indah, menterjemah Islam melalui keyakinan pada sumber sahih sunnah. Ilmu yang benar insyaAllah memfokuskan penambahbaikan pada hati dan diri sendiri..sentiasa mencari jalan untuk segera pada kebaikan...dengan ilmu juga insyaAllah kita dipelihara Allah dari berbicara perkara-perkara atau perselisihan yang tidak perlu..

Tuesday, February 7, 2012
Indahnya pengertian ASMA UL HUSNA...
Saya sebelum ini tidak pernah memahami spenuhnya Asmaul Husna... senarai panjang nama-nama Allah yang indah, yang mana sebenarnya merupakan sebahagian dari asas-asas keimanan kepada Allah SWT. Meskipun saya biasa membaca mahupun sesekali sekala mendengar tazkirah tentangnya, saya menyedari kekurangan pada diri dan hati, bahawa saya sebenarnya tidak faham dan tidak menterjemahkan kefahaman ilmu mengenai nama-nama Allah yang indah itu dalam kehidupan sepenuhnya.
Alhamdulillah, saya diizinkan Allah menghadiri sesi pembelajaran mengenai konteks bagaimana kita perlu mengisi kehidupan ini dengan memahami makna dan menterjemahkannya dalam kehidupan yang sementara ini. Saya yang sebelum ini bagai yakin sudah mengetahui nama-nama Allah itu melalui lagu nasyid yang dialunkan...hafalan yang saya anggap memadai menjadikan saya muslim yang 'benar' rupa-rupanya jauh begitu meleset sekali.
Pada hakikatnya nasyid asma'ul husna yang memuatkan 99 nama-nama Allah yang indah itu sebahagiannya diperolehi dari hadith yang gharib serta lemah sifatnya. Perkongsian ilmu dengan sarjana ilmuwan menjelaskan bahawa terdapat nama-nama yang dimuatkan dalam nyanyian nasyid itu bukan nama Allah yang indah...contohnya Al Muzil, Ar Rashid dan beberapa lagi (saya isikan insyaAllah kemudian)...
Kupasan pengisian dalam seminar yang saya hadiri itu memuatkan nama-nama Allah yang indah yang pada hakikatnya kita hidup dengan nama-nama itu setiap hari... di dalam solat, dalam doa..dalam muamalat sesama insan mahupun alam sekitar...serta apa sahaja yang kita lakukan dalam kehidupan.
Saya sesungguhnya berasa begitu takjub apabila menyedari bahawa lebih dari 20 nama-nama asmaul husna itu kita lafaz dan sebutkan secara rutin dalam setiap solat yang kita hadiri...tinggal lagi memahami makna sebenar perkataan berkenaan, menjadikan solat yang kita hadiri itu insyaAllah lebih BERMAKNA, lebih FOKUS dan terarah matlamatnya untuk mengabdikan (beribadah) secara total kepada Allah SWT. Dalam menterjemahkan maknanya...insyaAllah menjadikan bacaan solat yang lebih 'mengisi' maknanya di dalam hati, ingatan yang dekat dengan Allah SWT serta rukuk dan sujud yang lebih panjang.... subhanaAllah..
Jika lebih 20 nama asmaul husna itu kita sebut dan lafazkan dalam setiap solat...bayangkan betapa mudahnya jika kita terus berusaha memahami nama-nama Allah yang lain serta menghidupkannya dalam apa jua aktiviti yang kita lakukan.
Semalam.. saya mendengar lagu-lagu klasik yang menjadi 'kegilaan' saya semasa usia remaja...indah sekali melodi dan liriknya, menyantun hati yang sentimental dan memiliki aura yang ditanggap sangat indah. Sayangnya, ia tiada hubungan dan ikatan dengan zikrullah, iman dan taqwa serta balasan syurga dan neraka.
Kefahaman saya melalui seminar yang saya hadiri ini terus mengingatkan saya pada nama-nama Allah iaitu Al Khallaq (Maha Pencipta), Al Musawwir (Maha Menyempurnakan Rekabentuk (THe Designer)) dan Al Bari' (Maha Memulakan segalanya (The originator))... bahawa lagu-lagu yang 'indah' didengar itu dicipta oleh makhluk yang telah diciptakanNya dalam bentuk yang begitu sempurna dengan kemampuan akal dan ilham seterusnya manusia itu menghasilkan sebahagian melodi yang begitu 'indah' sedemikian. Alhamdulillah... segala puji hanya bagi dan untuk Allah SWT sahaja...

Subscribe to:
Posts (Atom)