Saya selama bertahun-tahun sering menyangkakan kesukaran untuk mendapatkan makanan halal jika kita berada di negara luar seperti China. Namun, dengan pakej silaturrahim oleh Sister Mariah Mah ini, saya tidak mengambil endah tentang persiapan mencari makanan halal kerana semuanya telah diuruskan.
Sebaik tiba di Kunming, kami telah dibawa ke lorong perniagaan yang dikendalikan oleh majoriti muslim...kuih muih, roti, daging halal, biskut dan segala-galanya...rupa-rupanya ia bukan masalah besar di Tanah Besar China ini. Kami turut diperkenalkan dengan pelbagai restoren Muslim...yang kesemuanya boleh saya kelaskan sebagai 4 ke 5 bintang. Naik risau pula sebab bimbang berat badan naik mendadak disebabkan hidang yang begitu mewah sekali dihidangkan kepada kami.
Demi manfaat ILMU, kita Bertemu dan Bertamu...
Friday, December 31, 2010
Azam Tahun Baru...
Tahun 2010 hampir berlalu....saya sebenarnya terlupa tentang azam yang pernah saya sematkan untuk dicapai...seringnya saya sekadar menjawab dalam keadaan yang tidak bersedia kerana bagi saya pada waktu itu, menetapkan sesuatu azam atau pencapaian tidak perlu menunggu tahun baru.
Entah kenapa, baru-baru ini saya terfikir mengapa zikir selepas solat mahupun zikir ma'thurat yang kita bacakan menetapkan jumlah bacaan tertentu bagi lafaz zikir yang tertentu. Kesibukan saya menghadapi rutin kehidupan, kadang-kadang menyebabkan saya mengambil mudah etika berzikir sehingga saya tidak menetapkan syarat bersungguh-sungguh untuk menghabiskan zikir tertentu. Ia biasanya berakhir dalam keadaan jiwa saya yang sudah beralih tumpuannya pada KPI dalam tugasan...lalu zikir yang saya bacakan jarang dapat dihabiskan.
Pernah dulu saya berazam untuk beristighfar secara konsisten 70 kali sehari sepertimana yg diamalkan Rasulullah, namun tabiat buruk saya yang tidak istiqamah untuk tekun mengira menyebabkan azam berkenaan terus hampa untuk dijadikan kenyataan. Selepas kembali mengamalkan semula doa' mathurat itu...alhamdulillah; Allah izin untuk saya memuhasabah kesilapan-kesilapan yang tidak wajar diteruskan pada hari-hari yang mendatang ini.
Melakukan kebaikan, konsisten serta berpegang atas amalan yang benar sebenarnya bukanlah suatu perkara yang susah namun; kuatnya tarikan dalam kealpaan menghadapi kerenah seseorang, isu dan masalah serta konflik demi konflik sesama insan dalam meleraikan kekusutan sering menjadikan diri terutama saya terlupa untuk mengingati bahawa dalam apa jua keadaan, kita mesti mengutamakan Allah ( cinta, patuh , taat dan penuh kerendahan hati beribadah padaNya) wajib diwujudkan dalam suasana kehidupan kita. Moga Allah memberikan kita kekuatan dan kecekalan untuk menghadapinya.
Hadith Rasulullah SAW yang bermaksud,
Dekatkan dirimu kepada-Ku (Allah) dengan mendekatkan dirimu kepada kaum lemah dan berbuatlah ihsan kepada mereka. Sesungguhnya kamu memperoleh rezeki dan pertolongan karena dukungan dan bantuan kaum lemah di kalangan kamu. (HR. Muslim).
....jemputlah ke klinik Biostatistik yang saya adakan khas secara percuma setiap Rabu 9 pagi hingga 4 petang. Saya juga mengalu-alukan sebarang permintaan mengadakan ceramah kesihatan dalam bidang penyakit berjangkit, kesihatan pekerjaan dan juga kesihatan awam.

Wednesday, December 29, 2010
Tazkirah - Ibadah…an all embracing concept
Keseluruhan agama ini merupakan konsep yang dimasukkan sebagai ibadah. Hadith sahih telah menyatakan Jibril telah datang kepada rasulullah SAW dalam rupabentuk seorang badwi; bertanyakan pada baginda tentang islam. Baginda menjawab: “Islam adalah pengesahan bahawa tiada ilah melainkan Allah dan Muhammad ialah pesuruh Allah, menunaikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan ramadhan dan menunaikan haji di baitullah pada mereka yang berkemampuan. Jibril bertanya lagi,”Apakah pula iman?. Baginda menjawab,” Iman ialah yakin percaya kepada Allah,malaikatnya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya dan hari kebangkitan, yakin dan percaya kepada apa yang telah ditetapkanNya, baik dan buruk.” Jibril bertanya lagi, “ apakah itu ihsan?. Baginda menjawab: “ Ia adalah kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihatNya, wallaupun kamu tidak dapat melihatNya, dia melihat kamu”. Di akhir hadith tersebut, nabi Muhamad menyampaikan kepada sahabat: “Itulah Jibril, yang datang untuk mengajarkan kamu tentang agama kamu”
Kesemua ini adalah merupakan bahagian dalam addeen.
Perkatan addeen membawa makna submission (obedience) yang ianya bererti menyembah dan patuh kepada Allah, serta merendah kepadaNya. Ini adalah merupakan agama Allah.
Asal perkataan ibadah pula membawa makna submission and humility (merendah diri , = humbleness). Di dalam bahasa Arab, jalan itu diperjelaskan dengan perkataan tariq mua’bbad iaitu satu laluan yang mudah dan selesa untuk manusia melaluinya.
Tetapi ibadah untuk menyembah Allah yang telah kita diserukan untuk melakukannya merupakan kombinasi kerendahan hati dan cinta. Ia menggabungkan kerendahan hati dan cinta yang paling unggul terhadapNya.
(Petikan dari Buku oleh Ibn Taimiyah)

Pertemuan, penghargaan dan kebahagiaan...
Pernah saya terbaca satu nukilan yang agak menarik...mengenai publisiti dan populariti insan-insan yang memenangi hadiah tersohor atau ulung atau begitu berprestij. Namun, betapa unggulnya mereka dengan pencapaian masing-masing...sejauh manakah kita mampu mengingati atau menyanjung mereka dalam skop yg bernama kehidupan yang sementara ini? Sampai masa...ianya hilang dan tidak sedikitpun memberi impak dalam rutin seharian.
Berbeza pula dalam keadaan di mana kita mengingati seseorang atas kebaikan yang pernah dikongsikannya bersama-sama...pada satu masa dan dalam dimensi kehidupan yang telah berlalu. Ingatannya begitu berbekas...menyentuh sanubari dan memberi kebahagian pada hati dan emosi.
Sesungguhnya rasa harga diri merupakan keyakinan terhadap diri sendiri apabila dihargai. Kita ini dihargai apabila mempunyai kawan-kawan yang sudi berkawan dengan diri kita. Rakan yang sedia berkongsi kebaikan dan memberikan apa yang termampu dalam mengisi keperluan kita di kala menghadapi masalah dan kesulitan. Kajian psikologi juga mengesahkan bahawa mereka yang gagal membentuk struktur jaringan sosial (social networking) dalam kehidupan biasanya membesar/ matang dalam keadaan yang 'menggerunkan' [mengasingkan diri, paranoid, mementingkan diri sendiri dan sebahagiannya terjerumus dalam lingkungan anti sosial sehingga terlibat dengan pelbagai jenayah).
Ingatan Allah untuk kita berbuat baik kepada dua ibubapa, saudara kerabat, anak-anak yatim dan orang miskin, jiran yang dekat dan jiran yang jauh, teman sejawat, mereka yang kesusahan serta sesiapa yang bekerja dalam strata yang lebih rendah dari kedudukan kita (maksud ayat 36 surah AnNisa') sebenarnya merupakan inti dalam kehidupan iaitu berkongsi kebaikan dengan sesiapa sahaja yang kita temui...dan diutamakan mereka yang dekat dengan kita.
Kebaikan itu begitu luas dimensinya...hatta sekadar berkongsi senyum atau dengan bertanya khabar. Baru-baru ini, tidak tergambar betapa gembiranya saya apabila bertemu semula dengan seorang sahabat junior yang sudah lebih 20 tahun tidak berjumpa. Saya mengambil masa untuk berfikir apabila nama saya dipanggil seseorang. Meski ingatan saya masih dalam dimensi usia remaja...cuba mem'figure' kan wajahnya berbanding dengan yang saya tatap pada masa saya menemuinya; namun pertemuan itu begitu saya hargai...terima kasih Zizi. Sedikit demi sedikit, ingatan tentang senyum yang pernah kami kongsikan akhirnya tergambar semula dalam ingatan.
Baru-baru ini juga...apabila seseorang yang tidak saya kenali tiba-tiba tersenyum memandang saya dan terus bersalam, katanya.....'akak ni yg duduk kat Rahmat 1 kan?, saya jiran akak di jln rahmat'...saya membalas dengan senyuman sambil masih terpinga-pinga...namun beliau menyambung semula, 'saya yang duduk kat jln rahmat, rumah kayu separuh....selalu nampak akak bawak kereta'. Saya pandang anak-anaknya...agak familiar sebab saya sering juga melambai-lambai atau tersenyum ke arah mereka apabila terserempak dengan kanak-kanak itu yang sering bermain di sekitar laluan yang saya lalui. Maha Suci Allah yang mengizinkan pertemuan ini, satu keadaan yang cukup 'simple' namun saya menghargainya kerana diingati walaupun hanya sekadar menumpang laluan atau juga dengan senyuman semasa menumpang laluan di kediaman mereka....

Monday, December 27, 2010
Yunnan Day 3 - Indahnya Geoforest di Yunnan
Kami telah dibawa mengunjungi kawasan yg diwartakan oleh UNESCO sebagai salah satu dari warisan dunia iaitu Geoforest Park di Yunnan. Perjalanan dari Kunming memakan masa hampir 3 jam dengan menaiki bas...keindahan kawasan itu begitu mengkagumkan. Maha Suci Allah dengan segala kebesaranNya.
Dari segi sejarah, geoforest itu dikatakan berusia jutaan tahun...saya tak dapat membayangkannya...
Sebahagian dalam perjalanan merentasi kawasan Geoforest
Thursday, December 23, 2010
Yunnan Day 2....Kisah Gadis bernama Snow White
Kesungguhan muslim di Yunnan mengusahakan sistem pembelajaran secara persendirian untuk memastikan kesinambungan kefahaman Islam dalam generasi yg mereka wariskan, begitu menyentuh perasaan. Kebanyakan mereka adalah petani miskin....dalam sistem mereka pula, pendidikan Islam bukanlah merupakan keutamaan. Apa yang ada pada mereka hanyalah keazaman...keyakinan serta kesungguhan yang begitu kuat.
Kami diperkenalkan dengan para pelajar di Madrasah berkenaan, sistem serta diberikan taklimat perjalanan madrasah tersebut.
Seorang gadis yang berasal dari daerah Xinjiang (daerah yang sering mendapat perhatian berita dunia)..menghadirkan diri ke madrasah secara volunteer dihantar keluarganya.Mempunyai 7 saudara lelaki...ditempatnya tiada kemudahan mempelajarai alquran dan Islam Beliau tidak mahir berbahasa mandarin...sedang mempelajari bahasa arab. Utk belajar, seorang sahabat membantu menterjemahkannya dalam bahasa yg difahami suku kaum Uygur.Ketabahannya bermusafir 7 hari 7 malam dari Xinjiang ke Yuxi di Yunnan mencuri perhatian saya. SubhanAllah...besarnya pengorbanan gadis bernama Snow White ini untuk mencari ilmu mengenai Islam.
Mudah-mudahan kita di Malaysia memanfaatkan segenap ruang untuk memantapkan diri dengan kefahaman Islam yang sebenar. Fokus kita biarlah pada kekuatan...bukan untuk mencari kesilapan dan merobohkan persaudaraan.

Friday, December 17, 2010
Yunnan Day 2...ke Madrasah di pedalaman
Itinerary di sebelah petang Aidil Adha itu, kami diberi peluang berziarah ke sebuah madrasah yang didiami oleh pelajar perempuan dari seluruh negara China. Mereka itu datang secara sukarela...semata-mata untuk mempelajari dengan lebih mendalam aspek keagamaan dan Bahasa Arab.
Madrasah berkenaan dibina hasil usaha rakyat setempat serta derma dari orang ramai.
Sambutan orang kampung dan pelajar madrasah tersebut sangat mesra serta menyentuh perasaan saya. Meskipun mereka tidak mampu berbahasa Inggeris...sekadar berbahsa isyarat dengan saya, namun melalui gesture dan mimik muka, saya dapat merasakan begitu mesra dan dekatnya mereka di hati ini.
Thursday, December 16, 2010
Lagi di Yunnan Day 2
Masyarakat di situ masih kuat mengamalkan semangat gotong royong serta bekerjasama antara satu sama lain. Kelihatannya mereka begitu kuat bekerja serta melaksanakan tugas dengan bersungguh-sungguh.
Selepas menunaikan solat, aktiviti korban dilaksanakan di pinggir kampung berdekatan dengan kawasan lapang. Agak meriah suasana; yang sebahagian besarnya dilaksanakan oleh para remaja.
Kembara Ukhuwah Yunnan - Day 2
Hari kedua kamu di Yunnan merupakan hari raya Aidil Adha. Itulah merupakan pengalaman saya berhari raya aidiladha di luar Malaysia. Kami dibawa ke perkampungan Yuxi; di sambut dengan mesranya oleh penduduk setempat. Sejenak saya perhatikan, saya seperti berada di Malaysia; meskipun tidak dapat memahami Bahasa tempatan, namun penduduk di situ begitu peramah sekali.
Imam membacakan khutbah
Keadaan jemaah yang memenuhi masjid
Selepas menunaikan solat Aidil Adha, masyarakat di sana disajikan dengan sajian tempatan untuk sama-sama menjamu selera. Kami sebelum itu yang sudah dihidangkan sarapan, turut sama menjamah juadah yang dihidangkan.

Subscribe to:
Posts (Atom)