Pernah saya terbaca satu nukilan yang agak menarik...mengenai publisiti dan populariti insan-insan yang memenangi hadiah tersohor atau ulung atau begitu berprestij. Namun, betapa unggulnya mereka dengan pencapaian masing-masing...sejauh manakah kita mampu mengingati atau menyanjung mereka dalam skop yg bernama kehidupan yang sementara ini? Sampai masa...ianya hilang dan tidak sedikitpun memberi impak dalam rutin seharian.
Berbeza pula dalam keadaan di mana kita mengingati seseorang atas kebaikan yang pernah dikongsikannya bersama-sama...pada satu masa dan dalam dimensi kehidupan yang telah berlalu. Ingatannya begitu berbekas...menyentuh sanubari dan memberi kebahagian pada hati dan emosi.
Sesungguhnya rasa harga diri merupakan keyakinan terhadap diri sendiri apabila dihargai. Kita ini dihargai apabila mempunyai kawan-kawan yang sudi berkawan dengan diri kita. Rakan yang sedia berkongsi kebaikan dan memberikan apa yang termampu dalam mengisi keperluan kita di kala menghadapi masalah dan kesulitan. Kajian psikologi juga mengesahkan bahawa mereka yang gagal membentuk struktur jaringan sosial (social networking) dalam kehidupan biasanya membesar/ matang dalam keadaan yang 'menggerunkan' [mengasingkan diri, paranoid, mementingkan diri sendiri dan sebahagiannya terjerumus dalam lingkungan anti sosial sehingga terlibat dengan pelbagai jenayah).
Ingatan Allah untuk kita berbuat baik kepada dua ibubapa, saudara kerabat, anak-anak yatim dan orang miskin, jiran yang dekat dan jiran yang jauh, teman sejawat, mereka yang kesusahan serta sesiapa yang bekerja dalam strata yang lebih rendah dari kedudukan kita (maksud ayat 36 surah AnNisa') sebenarnya merupakan inti dalam kehidupan iaitu berkongsi kebaikan dengan sesiapa sahaja yang kita temui...dan diutamakan mereka yang dekat dengan kita.
Kebaikan itu begitu luas dimensinya...hatta sekadar berkongsi senyum atau dengan bertanya khabar. Baru-baru ini, tidak tergambar betapa gembiranya saya apabila bertemu semula dengan seorang sahabat junior yang sudah lebih 20 tahun tidak berjumpa. Saya mengambil masa untuk berfikir apabila nama saya dipanggil seseorang. Meski ingatan saya masih dalam dimensi usia remaja...cuba mem'figure' kan wajahnya berbanding dengan yang saya tatap pada masa saya menemuinya; namun pertemuan itu begitu saya hargai...terima kasih Zizi. Sedikit demi sedikit, ingatan tentang senyum yang pernah kami kongsikan akhirnya tergambar semula dalam ingatan.
Baru-baru ini juga...apabila seseorang yang tidak saya kenali tiba-tiba tersenyum memandang saya dan terus bersalam, katanya.....'akak ni yg duduk kat Rahmat 1 kan?, saya jiran akak di jln rahmat'...saya membalas dengan senyuman sambil masih terpinga-pinga...namun beliau menyambung semula, 'saya yang duduk kat jln rahmat, rumah kayu separuh....selalu nampak akak bawak kereta'. Saya pandang anak-anaknya...agak familiar sebab saya sering juga melambai-lambai atau tersenyum ke arah mereka apabila terserempak dengan kanak-kanak itu yang sering bermain di sekitar laluan yang saya lalui. Maha Suci Allah yang mengizinkan pertemuan ini, satu keadaan yang cukup 'simple' namun saya menghargainya kerana diingati walaupun hanya sekadar menumpang laluan atau juga dengan senyuman semasa menumpang laluan di kediaman mereka....
No comments:
Post a Comment