Tahun 2010 hampir berlalu....saya sebenarnya terlupa tentang azam yang pernah saya sematkan untuk dicapai...seringnya saya sekadar menjawab dalam keadaan yang tidak bersedia kerana bagi saya pada waktu itu, menetapkan sesuatu azam atau pencapaian tidak perlu menunggu tahun baru.
Entah kenapa, baru-baru ini saya terfikir mengapa zikir selepas solat mahupun zikir ma'thurat yang kita bacakan menetapkan jumlah bacaan tertentu bagi lafaz zikir yang tertentu. Kesibukan saya menghadapi rutin kehidupan, kadang-kadang menyebabkan saya mengambil mudah etika berzikir sehingga saya tidak menetapkan syarat bersungguh-sungguh untuk menghabiskan zikir tertentu. Ia biasanya berakhir dalam keadaan jiwa saya yang sudah beralih tumpuannya pada KPI dalam tugasan...lalu zikir yang saya bacakan jarang dapat dihabiskan.
Pernah dulu saya berazam untuk beristighfar secara konsisten 70 kali sehari sepertimana yg diamalkan Rasulullah, namun tabiat buruk saya yang tidak istiqamah untuk tekun mengira menyebabkan azam berkenaan terus hampa untuk dijadikan kenyataan. Selepas kembali mengamalkan semula doa' mathurat itu...alhamdulillah; Allah izin untuk saya memuhasabah kesilapan-kesilapan yang tidak wajar diteruskan pada hari-hari yang mendatang ini.
Melakukan kebaikan, konsisten serta berpegang atas amalan yang benar sebenarnya bukanlah suatu perkara yang susah namun; kuatnya tarikan dalam kealpaan menghadapi kerenah seseorang, isu dan masalah serta konflik demi konflik sesama insan dalam meleraikan kekusutan sering menjadikan diri terutama saya terlupa untuk mengingati bahawa dalam apa jua keadaan, kita mesti mengutamakan Allah ( cinta, patuh , taat dan penuh kerendahan hati beribadah padaNya) wajib diwujudkan dalam suasana kehidupan kita. Moga Allah memberikan kita kekuatan dan kecekalan untuk menghadapinya.
Hadith Rasulullah SAW yang bermaksud,
Dekatkan dirimu kepada-Ku (Allah) dengan mendekatkan dirimu kepada kaum lemah dan berbuatlah ihsan kepada mereka. Sesungguhnya kamu memperoleh rezeki dan pertolongan karena dukungan dan bantuan kaum lemah di kalangan kamu. (HR. Muslim).
....jemputlah ke klinik Biostatistik yang saya adakan khas secara percuma setiap Rabu 9 pagi hingga 4 petang. Saya juga mengalu-alukan sebarang permintaan mengadakan ceramah kesihatan dalam bidang penyakit berjangkit, kesihatan pekerjaan dan juga kesihatan awam.
No comments:
Post a Comment