Secara logik, sememangnya persiapan saya ke China baru-baru ini agak tergesa-gesa persiapannya. Rutin harian nyatanya tidak mampu saya saingi untuk mengisi sebahagian persiapan yang perlu dilakukan. Menunggu visa di saat akhir serta persiapan mental menghadapi cuaca yang nyata lebih sejuk dari Malaysia. Kami membuat persediaan sekadar adanya...tidak juga saya membuat sebarang homework iaitu ke mana sebenarnya kembara kami ini akan singgah ketika di China. Saya sekadar berdoa...moga semuanya Allah mudahkan.
Kembara ini yang bermula di Johor Bahru iaitu teratak bonda saya di Majidee...kemudian berkejar menaiki koc ke Lapangan Terbang Changi..sehari sebelum sambutan Aidil Adha. Jauh berbeza wajah Singapura selepas tidak saya jejakinya lebih 20 tahun. Remaja saya dahulu sering juga menjengah ke Woodlands buat membeli kain ela untuk dijadikan pakaian seragam...namun semuanya berakhir apabila matawang Ringgit tidak lagi ditambat pada kadar yang sama dengan Dollar Singapura. Uniknya lebuhraya di Singapura...ia nyata tidak berserabut dengan Papan Iklan (Bill board)...hijau dengan pohon-pohon serta tanda jalan di sepanjang perjalanan.
Penerbangan menaiki Silk Air sehingga ke Kunming mengambil masa 4 jam. Saya sebenarnya letih dan tidak cukup tidur seharian dan semalaman sebelum kembara bermula. Stress dengan beberapa isu yang tidak dapat dielakkan ketika masih di pejabat juga turut menghantui fikiran. Namun...perjalanan itu sedikit sebanyak meredakan tekanan...saya dan keluarga begitu teruja. Saya secara peribadi ternanti-nanti saat di mana saya dapat berdamping menunaikan solat bersama Muslim di China...yang selama ini saya hanya berkesempatan menyaksikannya di televisyen atau media internet.
Letih juga sebenarnya dalam perjalanan.
Secara umum, saya memuji perkhidmatan Silk Air. Walaupun penerbangan itu milik bukan muslim namun mereka menyediakan makanan serta mengutamakan penyediaan makanan/ minuman untuk kami yang muslim. Mudah-mudahan Allah lorongkan hati mereka itu untuk memahami Islam.
Ketika di tiba di Kunming pada kira-kira jam 3 petang, cuaca agak redup dan renyai sedikit. Kami diperkenalkan pada Sister Mariah (Pemilik dan Penyelaras Lawatan Muslim ke Kunming ini) serta staff beliau iaitu Sister Khadijah. Saya sekeluarga sempat juga berkenalan dengan rombongan keluarga besar dari Singapura yang turut menyertai kami dalam penerbangan Silk Air sebelum itu.
Dingin cuaca di Kunming seperti di Bukit Fraser namun jauh lebih rendah apabila angin bertiup atau hujan lebat. Ia juga lebih sejuk pada waktu awal Subuh dan lewat malam. Sebelum berangkat ke perkampungan di Yuxi, kami dibawa bersiar-siar ke kawasan majoriti perniagaan muslim di Bandaraya Kunming serta menunaikan solat di sebuah surau berdekatan sekolah muslim di situ.
Sebahagian gerai Muslim di Kunming
Ruang surau kami menunaikan solat jama' ta'khir dan qasr sebelum bertolak menuju Yuxi
Surau yang dilihat dari ruang solat Muslimat
Sekolah untuk warga Muslim di Kunming
1 comment:
Assalaamu'alaikum
Saya amat berminat nak melawat tempat2 umat Islam di China. Setakat ini saya cuma pernah pergi beijing sahaja. Bandar2 besar ni, adalah umat Islam disana sini tapi tak seperti tempat yg anda lawati ini. saya harap anda dpt berikan maklumat lbh detail serta lampirkan no contact teman di kunming/xi'an.
Kemungkinan saya dan rakan2 semuanya dari jabatan bhs arab uia akan berkunjung ke Kunming/xi'an pd bln oct nanti, insha ALLAH. Saya pernah bertemu dgn orang islam kunming/xi'an dan xinjiang sewaktu di beijing dahulu dan mereka fasih berbahasa arab. Kami nak tinjau pembelajaran bahasa arab disana.
Kami juga ingin backpacking dari kunming ke vietnam. Htp bg tipsnya.
Minggu lps kami backpacking ke chiangmai dgn airasia. Dari situ ke Tachilek, myanmar dan ke sempadan laos dgn bas.
جزاك الله خيرا
Post a Comment