Keseluruhan agama ini merupakan konsep yang dimasukkan sebagai ibadah. Hadith sahih telah menyatakan Jibril telah datang kepada rasulullah SAW dalam rupabentuk seorang badwi; bertanyakan pada baginda tentang islam. Baginda menjawab: “Islam adalah pengesahan bahawa tiada ilah melainkan Allah dan Muhammad ialah pesuruh Allah, menunaikan solat, mengeluarkan zakat, berpuasa di bulan ramadhan dan menunaikan haji di baitullah pada mereka yang berkemampuan. Jibril bertanya lagi,”Apakah pula iman?. Baginda menjawab,” Iman ialah yakin percaya kepada Allah,malaikatnya, kitab-kitabNya, rasul-rasulNya dan hari kebangkitan, yakin dan percaya kepada apa yang telah ditetapkanNya, baik dan buruk.” Jibril bertanya lagi, “ apakah itu ihsan?. Baginda menjawab: “ Ia adalah kamu menyembah Allah seolah-olah kamu melihatNya, wallaupun kamu tidak dapat melihatNya, dia melihat kamu”. Di akhir hadith tersebut, nabi Muhamad menyampaikan kepada sahabat: “Itulah Jibril, yang datang untuk mengajarkan kamu tentang agama kamu”
Kesemua ini adalah merupakan bahagian dalam addeen.
Perkatan addeen membawa makna submission (obedience) yang ianya bererti menyembah dan patuh kepada Allah, serta merendah kepadaNya. Ini adalah merupakan agama Allah.
Asal perkataan ibadah pula membawa makna submission and humility (merendah diri , = humbleness). Di dalam bahasa Arab, jalan itu diperjelaskan dengan perkataan tariq mua’bbad iaitu satu laluan yang mudah dan selesa untuk manusia melaluinya.
Tetapi ibadah untuk menyembah Allah yang telah kita diserukan untuk melakukannya merupakan kombinasi kerendahan hati dan cinta. Ia menggabungkan kerendahan hati dan cinta yang paling unggul terhadapNya.
(Petikan dari Buku oleh Ibn Taimiyah)
No comments:
Post a Comment