Saya sebelum ini sukar membezakan hadir mendengar ilmu, sibuk dengan majlis-majlis ilmu, sibuk memahamkan ilmu dan untuk mengamalkan apa yang telah didengar dari ilmu itu.
Menyedari diri yang memerlukan reminder dari masa ke semasa, saya cuba isikan masa dengan majlis ilmu untuk dihadiri, sama ada secara langsung atau melalui kuliah online atau melalui diskusi dan perbincangan. Pantang mendengar kuliah atau tajuk seminar yang menarik.
Namun di suatu tahap, saya bagai tersentak apabila saya dinasihatkan untuk 'berehat' seketika. Yang tersayang memberi isyarat untuk tidak menyibukkan dengan majlis-majlis ilmu dahulu. Saya agak terpinga juga, mencari-cari apa yang tersirat sebenarnya.
Lama juga saya berfikir..yang akhirnya saya menemui jawapan; bahawa majlis ilmu yang dihadiri itu tidak bermakna jika apa yang dinasihatkan untuk diamalkan hanya tertinggal dalam catitan. Majlis ilmu yang dihadiri, keutamaannya ialah beramal dengan apa yang didengar. Bukan sibuk mendengar segala BAGAI…tapi hati terus kosong dan tiada niat untuk berubah.
No comments:
Post a Comment