Penghayatan al quran bermakna ianya perlu diisi dan diamalkan dalam kehidupan. Menurut hadith yang bermaksud, kitab itulah yang dengannya mengangkat kemuliaan sesuatu bangsa, dan dengan mengabaikan dan menjatuhkan kedudukannya...maka terjerumuslah bangsa/ sesuatu masyarakat itu.
Satu demi satu permasalahan bangsa dan juga isu-isu sosial yang terus melemaskan fikiran dan perasaan dimainkan isunya di dalam laporan akhbar. Pentas akhbar dan media massa tidak jemu melaporkan pelbagai konotasi yang penuh gossip serta mencuri perhatian...mendedahkan dan terus mendokumenkan keaifan-keaifan individu yang dikatakan beragama Islam itu.
Bolehkah seseorang yang tidak pernah belajar tentang ilmu memasak dan mengamalkan praktis memasak dalam kehidupan dipanggil tukang masak atau chef.. demikian juga mereka yang tidak pernah belajar tentang agama dipanggil ustaz atau agamawan. Termasuklah juga tenokrat seperti doktor, jurutera dan juga pakar-pakar kewangan, bahasa dan sebagainya. Kewujudan mereka dalam mengamalkan apa yang telah mereka pelajari adalah berdasarkan ilmu dan buku yang pernah mereka tela'ah dan habiskan pembacaan dan liputan ilmunya.
Fokus menjadi muslim juga sedemikian, yang disyaratkan dengan pengetahuan menyeluruh sebagai seorang muslim. Being a muslim means the individual willing to submit to Allah... abide to His rules and regulations; practice according to and following the teachings based on quran and sunnah.
Muslimkah seseorang jika dirinya tidak tahu makna Islam dan Muslim yang sebenar? Muslimkah seseorang apabila tidak tahu dan tidak faham apa yang dibacanya di dalam Al Quran dan sunnah?
Namun hambatan-hambatan dari mendekati bacaan dan mengamalkan alquran terus wujud...sehingga majoriti manusia hari ini lebih cenderung mengikuti apa yang diperkatakan 'orang' kepadanya berbanding apa yang disebutkan didalam kalam Allah atau juga apa yang disebut oleh nabi Muhammad SAW.
Saya masih dan terus kecewa...apabila bida'ah tahlil terus menjadi-jadi. Di ambang ramadhan yang bakal menjelang tidak berapa lama lagi, kenduri kendara terus dilakukan untuk menyambut puasa dan mengenang kematian-kematian insan yang dikasihi. Fokus perbicaraan saya yang mempertahankan bahawa ibadah itu TIADA petunjuk di dalam alquran dan sunnah nabi...diberikan tanggapan tawar dan hambar. Al quran terus dibaca, namun kefahaman tentangnya tidak ada dalam bicara harian mahupun iktibar harian yang dihayati....
Saya tidak tahu... mengapa kita harus memilih sesuatu yang tidak ada dalil dan dalam masa yang sama merasa OK apabila mengamalkan sesuatu yang tidak ada dalam quran dan sunnah??
No comments:
Post a Comment