Demi manfaat ILMU, kita Bertemu dan Bertamu...

Thursday, June 27, 2013

Surah Ta Ha...

Surah ini merupakan surah ke 20, merupakan surah Makiyyah serta mengandungi 135 ayat. Mengikut turutan waktu (kronologi), surah ini merupakan surah ke 45 yang diturunkan.

Kluster 8 ayat pertama yang dimulakan dengan huruf Ta dan Ha; yang disebut huruf muqatta'ah atau huruf yang terpotong-potong sebagai seruan/perhation/ mengambil fokus, ayat berikutnya memberi penekanan bahawa ia diturunkan BUKAN untuk kehidupan seseorang menjadi susah. Ia turut menjelaskan tentang ayat-ayat alquran yang merupakan peringatan dari Allah, yang memiliki sekelian alam, sempurna dengan sifat-sifat dan keagunganNya serta memiliki Asmaul Husna.

Kluster ayat berikutnya iaitu 9 hingga 98, memperincikan kisah Nabi Musa a.s dan saudaranya Nabi Harun a.s dalam perjuangan da’wah mereka kepada fir’aun serta menghadapi kesesatan kaumnya yang diketuai oleh Samiri.

Kluster tersebut dirangkumkan dalam ayat berikut iaitu 99 dan 100 yang memperjelaskan bahawa kisah alquran sebagai teladan yang perlu difokuskan secara serius. Mereka yang berpaling dari peringatan Allah bakal memikul dosa yang sangat membeban dan menghinakan.

Kluster ayat 101 hingga 112 pula mengisahkan tentang peristiwa dan kisah-kisah pada hari yang ditiupkan sangkakala serta perhitungan yang sangat panjang. Keadaan mereka yang berdosa dan juga yang beramal soleh dikisahkan dengan jelas.

Kluster 113-114 pula menjelaskan tentang sifat alquran yang mengulang-ulangkan kisah secara berulang kali agar mereka yang membacanya bertaqwa dan isi-isi tersebut benar-benar berkesan serta memberi pengajaran.

Kluster ayat 115- 123 pula merupakan kisah Nabi Adam a.s serta Hawa a.s; bagaimana kesilapan memakan buah yang ditegah Allah sehingga dikeluarkan dari syurga. Penjelasan Allah untuk bahawa manusia menjadi musuh sesama mereka; dan suruhan Allah untuk kita MENGIKUT tanpa berbantah hidayah yang diturunkan melalui rasulullah SAW.Mereka yang mengikut jalan hidayah tidak akan sesat serta tidak akan ‘tersiksa’ menderita.

Kluster ayat 124-135 merupakan penjelasan Allah ke atas mereka yang berpaling dari peringatan (alquran) - menghadapi hidup yang sengsara, dibangkitkan dalam keadaan buta serta dilupakan Allah pada hari kebangkitan. Mereka telah dibentangkan dengan pelbagai ayat dan tanda kebenaran; tetapi memilih untuk kufur serta tidak mahu beriman.
Pelbagai iktibar dari generasi terdahulu juga dibentangkan.

Juga nasihat untuk jangan sesekali kagum dan memandang dengan penuh MINAT ke atas kelebihan harta dan status yang dikurniakanNya kepada golongan yang tertentu kerana ia merupakan hiasan kehidupan sebagai ujian. Juga sentiasa menyuruh ahli keluarga menunaikan solat dan bersabar melakukannya. Mereka yang kufur terus diperjelaskan betapa mereka akan mengemukakan pelbagai alasan untuk terus tidak beriman; sedangkan apabila azab diturunkan, mereka mula mempersoalkan kenapa rasul tidak diturunkan kepada mereka.

Iktibar dari surah ini:

Al Quran merupakan rahmat kehidupan; mereka yang berpaling daripadanya menjalani kehidupan yang sengsara.

Allah memiliki kekuasaan, keagungan dan nama-nama yang indah (untuk dihayati maknanya dalam kehidupan)

Kesombongan Firaun dan kesesatan Samiri; didokumenkan penuh perincian ( jumlah ayat majoriti dalam surah ini) untuk setiap diri menjauhi sifat-sifat dan amalan sedemikian.

Kisah tentang keadaan manusia pada hari kebangkitan. Antaranya, mereka yang berpaling dari peringatan Allah, dibangkitkan dalam keadaan BUTA.

Penjelasan kisah Nabi Adam dan Hawa a.s; serta fitrah manusia yang saling bermusuhan; serta iblis yang merupakan MUSUH manusia. Iblis dan syaitan tidak jemu berusaha menghambat manusia ke neraka.

Allah melarang kita menghabiskan masa dan minat pada ketakjuban bunga-bunga duniawi (keindahan-keindahan tersebut biasa dipaparkan melalui TV, iklan-iklan, majalah, pembukuan, media massa).

Beristiqamah menyuruh anggota keluarga - anak-anak, serta ahli keluarga mendirikan solat serta bersabar melakukan ibadah tersebut.

..moga doa saya sentiasa untuk 'mereka'...

Antara perkara yang mengecewakan saya ialah apabila menanda jawapan soalan peperiksaan yang mana bentuk soalannya langsung tidak berbeza dengan nota-nota kuliah yang pernah saya kongsikan.

Betapa sebahagian besar jawapan yang ditulis saya kategorikan sebagai MERAPU, tertulis dari minda yang sekadar meneka-neka sesuatu fakta yang pernah diajar serta dibincangkan.

Lebih mengecewakan apabila sebahagian soalan juga saya nyatakan 'hint'nya di dalam kelas; bagaimana format serta cara menjawabnya.

Saya cuba membayangkan keadaan anak-anak pelajar tersebut. Apa sebenarnya di dalam minda mereka. Andai nota beberapa patah perkataan itu gagal dibaca serta difaham; bagaimana pula fungsi ilmu yang sepatutnya membawa hati dan jiwanya untuk mengenal dan taat kepada Tuhan Maha Pencipta.Bagaimana pula tanggapan mereka terhadap AlQuran...saya mengambilnya sebagai iktibar untuk diri saya sendiri.

Mungkin yang utama di sini bukanlah kesan ilmu itu seperti yang saya atau juga para guru di sini harapkan; namun bagaimana mencetuskan motivasi pada hati dan diri individu yang saya hadapi untuk membaca dengan penuh MINAT serta mempunyai persepsi bahwa betapa sebenarnya pembacaan mereka adalah pahala di sisi Allah SWT; itulah juga yang dapat membawanya kepada lingkungan kebenaran serta jauh dari sifat-sifat yang disukai syaitan.

Moga saya tidak jemu berusaha dan juga berdoa untuk 'mereka'...Allahul musta'an..

Sunday, June 23, 2013

Dan penghuni neraka menyeru penghuni syurga, "Tuangkan kepada kami sedikit air atau dari apa yang dikurniakan Allah kepada kamu." (Al A'raf 7:50)


Afaada [أفاض]: Sesuatu yang mula mengalir dengan mudah.

e.g. air mula mengalir dari suatu tempat.

FaaDat Aainah bermakna air mata yang mengalir dari mata.

AfaaDa Innah cara untuk membuat aliran air dari suatu tempat.

Sebagai contoh, seseorang yang terus mengisi cawan dengan air sehingga ia mula jatuh dari itu. Jadi ia sebenarnya bermaksud melimpah.

Dalam Al-Quran: (al A'raf 7:50)

ونادى أصحاب النار أصحاب الجنة أن أفيضوا علينا من الماء أو مما رزقكم الله

'Dan penghuni neraka menyeru penghuni syurga, "Tuangkan (aFeeDoo) kepada kami sedikit air atau dari apa yang dikurniakan Allah kepada kamu.'

Jadi kita lihat dalam ayat ini beberapa perkara hanya melalui satu perkataan - aFeeDoo:

Orang-orang neraka meminta penghuni di syurga untuk menuangkan air turun ke atas mereka, dalam terjemahan bahasa Inggeris ia berkata 'Tuang sedikit air pada kita', tetapi dalam bahasa Arab ia bermakna lebih daripada itu.

Penghuni Syurga mencurah dalam minuman untuk diri mereka sendiri, dan minuman mereka melimpah dari cawan mereka, penguuni neraka begitu terdesak, mereka merayu penduduk syurga hanya membuang satu setitik air turun ke mereka. Mereka tidak meminta mereka untuk sengaja membuang ia - mereka hanya berkata 'tuangkan sedikit air di dalam cawan anda, dan air yang melimpah keluar daripada cawan anda boleh jatuh ke kami.


قالوا إن الله حرمهما على الكافرين

Mereka (penduduk syurga) akan berkata, "Sesungguhnya Allah telah mengharamkannya (air dari syurga) kepada orang-orang kafir."

Terjemahan dari http://qurangems.com/2012/11/20/and-the-companions-of-the-fire-will-call-to-the-companions-of-paradise-pour-afeedoo-upon-us-some-water-or-from-whatever-allah-has-provided-you-al-araf-750-2/

Al Quran yang perlu dibaca dan dihayati....

Penghayatan al quran bermakna ianya perlu diisi dan diamalkan dalam kehidupan. Menurut hadith yang bermaksud, kitab itulah yang dengannya mengangkat kemuliaan sesuatu bangsa, dan dengan mengabaikan dan menjatuhkan kedudukannya...maka terjerumuslah bangsa/ sesuatu masyarakat itu.

Satu demi satu permasalahan bangsa dan juga isu-isu sosial yang terus melemaskan fikiran dan perasaan dimainkan isunya di dalam laporan akhbar. Pentas akhbar dan media massa tidak jemu melaporkan pelbagai konotasi yang penuh gossip serta mencuri perhatian...mendedahkan dan terus mendokumenkan keaifan-keaifan individu yang dikatakan beragama Islam itu.

Bolehkah seseorang yang tidak pernah belajar tentang ilmu memasak dan mengamalkan praktis memasak dalam kehidupan dipanggil tukang masak atau chef.. demikian juga mereka yang tidak pernah belajar tentang agama dipanggil ustaz atau agamawan. Termasuklah juga tenokrat seperti doktor, jurutera dan juga pakar-pakar kewangan, bahasa dan sebagainya. Kewujudan mereka dalam mengamalkan apa yang telah mereka pelajari adalah berdasarkan ilmu dan buku yang pernah mereka tela'ah dan habiskan pembacaan dan liputan ilmunya.

Fokus menjadi muslim juga sedemikian, yang disyaratkan dengan pengetahuan menyeluruh sebagai seorang muslim. Being a muslim means the individual willing to submit to Allah... abide to His rules and regulations; practice according to and following the teachings based on quran and sunnah.

Muslimkah seseorang jika dirinya tidak tahu makna Islam dan Muslim yang sebenar? Muslimkah seseorang apabila tidak tahu dan tidak faham apa yang dibacanya di dalam Al Quran dan sunnah?

Namun hambatan-hambatan dari mendekati bacaan dan mengamalkan alquran terus wujud...sehingga majoriti manusia hari ini lebih cenderung mengikuti apa yang diperkatakan 'orang' kepadanya berbanding apa yang disebutkan didalam kalam Allah atau juga apa yang disebut oleh nabi Muhammad SAW.

Saya masih dan terus kecewa...apabila bida'ah tahlil terus menjadi-jadi. Di ambang ramadhan yang bakal menjelang tidak berapa lama lagi, kenduri kendara terus dilakukan untuk menyambut puasa dan mengenang kematian-kematian insan yang dikasihi. Fokus perbicaraan saya yang mempertahankan bahawa ibadah itu TIADA petunjuk di dalam alquran dan sunnah nabi...diberikan tanggapan tawar dan hambar. Al quran terus dibaca, namun kefahaman tentangnya tidak ada dalam bicara harian mahupun iktibar harian yang dihayati....

Saya tidak tahu... mengapa kita harus memilih sesuatu yang tidak ada dalil dan dalam masa yang sama merasa OK apabila mengamalkan sesuatu yang tidak ada dalam quran dan sunnah??