Demi manfaat ILMU, kita Bertemu dan Bertamu...

Tuesday, January 19, 2010

Tentang mengumpat...

"Ini bukan mengumpat tau...ini I cakap yang betul....."; satu dialog yang biasa kita dengar apabila ada perbualan yang menceritakan tentang keaifan seseorang.

Ataupun...dah memang betul 'style' dia macam tu...bla...bla... ; dan ada lagi sambungan luahan perasaan, ditambah pula perisa dan sos tambahan.

Apapun, dalam catatan kali ini saya ingin berkongsi tentang fakta yang selama ini memang saya abaikan. Satu majlis tazkirah yang sempat saya hadiri baru-baru ini Allah izin menyebabkan saya terkesan dengan pelbagai komplikasi akibat mengumpat.

Dalam banyak situasi, saya mengambil alasan untuk meredakan tekanan perasaan apabila menghamburkan ketidakpuasan hati atau geram/ marah/ kecewa atas tindak tanduk seseorang; apatah lagi apabila ianya memberikan kesan kepada organisasi atau menyusahkan individu lain. Ia nya kadang-kadang menjadi seperti makanan ruji (staple food) dalam rutin sehari-hari apabila berhadapan dengan kerenah individu lain yang tidak disangka-sangka apatah lagi tindakan itu menjejaskan fungsi atau peranan yang disampaikan.

Sebenarnya...mengumpat tidak mengubah keadaan tekanan/ kemarahan/ kegeraman yang kita alami...pada pengalaman saya ia sebenarnya menyebabkan idea kemarahan atau tekanan itu digandakan malah diperkuatkan melalui kata-kata atau ucapan yang kita tuturkan. Biasanya...perbualan mengumpat ini berulang-ulang nadanya, kadang-kadang menuturkan subjek/ perkara yang sama. Ia juga tidak memberikan apa-apa penyelesaian, masalah sebenar masih berada di tempatnya....

Mengumpat memarakkan lagi api kebencian, melebarkan perhubungan serta membuka perasaan memusuhi antara satu sama lain. Satu kontradiksi terhadap amalan persaudaraan dan persahabatan yang dianjurkan dalam cara hidup sebagai muslim.

Mengumpat merakuskan lagi kesombongan...apabila si pengumpat (berdasarkan pengalaman saya sendiri) biasanya merasakan dirinya lebih baik berbanding dengan insan yang diumpat; dan apabila si pengumpat memandang rendah pada insan yang diumpatnya...

Mengumpat menyebabkan sebahagian pahala kita terhapus kerana perlu membayar hutang dosa terhadap orang yang kita umpat...jika amalan itu dibiarkan menyebabkan seseorang itu muflis ketika di akhirat.

Sama-sama kita mohon kekuatan dari Allah membantu diri kita menjauhkan diri dan mengekang keinginan untuk mengumpat...bantulah kami ya Allah.

Thursday, January 14, 2010

Mengukur susahnya sesuatu soalan....

Soalan peperiksaan merupakan satu dari alat/ instrumen yang digunakan untuk mengukur prestasi sama ada seseorang pelajar itu sudah menguasai (competent) sesuatu subjek; ianya memberi gambaran kepada pembahagian prestasi pelajar kepada cemerlang, sederhana dan gagal (bergantung pula pada gred yang telah ditetapkan oleh Jawatankuasa Peperiksaan).

Jika ramai pelajar yang gagal sesuatu subjek, banyak pendapat/ maklumbalas yang boleh disenaraikan mengapakah ianya terjadi. Satu daripadanya ialah besar kemungkinan soalan yang dikemukan itu susah. Atau juga ditentukan pula oleh faktor-faktor lain seperti sikap pelajar yang malas belajar, pelajar gagal memahami subjek disebabkan tenaga pengajar yang kurang kompeten, nota kuliah yang gagal menjawab objektif pembelajaran, waktu pembelajaran yang terlalu padat dan singkat sehingga tidak mengizinkan pelajar mengulangkaji secukupnya, waktu pembelajaran yang tidak sesuai (contohnya terlalu awal didedahkan kepada pelajar), atau subjek tersebut diajar dalam lingkungan prasarana yang tidak kondusif. Faktor-faktor lain boleh juga turut dimasukkan, bergantung kepada cerapan, pembacaan dan juga maklumbalas pelajar dan pensyarah.

Satu soalan di sini, bagaimana kita boleh membuat keputusan yang benar (sahih) dan tepat semasa membuat deduksi sebab mengapa pelajar-pelajar gagal subjek tersebut? Jika ianya susah, bagaimana susahnya soalan peperiksaan itu diukur? Adakalanya seseorang pelajar mengatakan soalan peperiksaan itu susah tetapi beliau merupakan antara yang mendapat markah cemerlang!!

Satu pengukuran yang biasa digunakan ialah analisa item iaitu setiap item (orientasi fakta/ konteks/ kandungan) subjek yang diajar dianalisa menggunakan indeks kesusahan. Ia biasa digunakan untuk soalan pelbagai pilihan (multiple choice questions; MCQs). Indeks berkenaan sebenarnya memberikan peratusan pelajar yang berjaya menjawab soalan berkenaan dengan tepat (=bilangan pelajar yang memberikan jawapan betul dibahagikan dengan jumlah pelajar yang sepatutnya menjawab soalan berkenaan). Indeks melebihi 30% adalah indeks yang boleh diterima; namun nilaian yang kurang menunjukkan sesuatu perlu dilakukan bagi melihat kemungkinan sebenar mengapa ramai pelajar gagal menjawab soalan tersebut.

Selepas indeks tersebut diperolehi (analisa ujian MCQ menggunakan format sedia ada biasanya memasukkan indeks tersebut sebagai pilihan (option) yang boleh dipilih menurut automasi berkomputer); kita boleh mengenalpasti soalan mana, jumlah soalan dan juga aspek yang merupakan sub-topik yang 'menyusahkan' pelajar. Ini seterusnya membolehkan kita membuat 'probe' relevant berdasarkan sub topik berkenaan, pensyarah yang mengajar serta langkah-langkah yang relevan untuk mengatasi masalah tersebut.

Fokus ke atas indeks ini adalah dari segi teknikal semata-mata; berbanding dengan soal selidik rambang yang bersifat kualitatif yang diedarkan kepada pelajar. Sesuatu data yang dikumpul perlu di analisa untuk dibuatkan deduksi akhir bagi penentuan keterukan sesuatu masalah. Nilaian deskriptif dalam bentuk yang abstrak sangat subjektif; ianya diterimapakai dalam persepsi yang sangat berbeza antara satu individu dengan individu yang lain. Isu validiti juga sangat penting kerana dalam konteks mengukur keterukan masalah; fokus sumber data perlu diberikan perhatian agar kesahihan data itu cukup kuat untuk membawa kepada perubahan dalam membuat keputusan...apatah lagi dalam menentukan sesuatu polisi.

Maklumat dari pelajar berguna tetapi adakah hanya semata-mata input dari pelajar bahawa ujian yang diberikan itu susah maka seluruh kandungan subjek tersebut perlu dirombak dan dicipta/ dijenamakan semula. Saya sandarkan iktikad saya kepada kebenaran di sisi Allah agar saya dapat bersabar dengan individu yang tidak memahami keperluan sesuatu data itu untuk diukur dengan betul dan tepat.

Data tidak boleh diagak-agak pengukurannya kerana ia membawa kepada penghujahan yang tidak berkesudahan.Menghasilkan perbincangan yang tidak berobjektif, tidak menghormati masa orang lain serta menyusahkan orang lain dengan kejahilan dan kesombongan yang sepatutnya boleh dielakkan....

Sunday, January 10, 2010

Bahasa Arab...

Saya dahulu berasa agak asing dengan pelajaran Bahasa Arab; ianya sekadar saya pelajari untuk lulus periksa dan juga memudahkan saya mempelajari bacaan alquran. Fokus pembelajaran saya ketika itu sangat terhad sehingga saya tidak menyedari kepentingannya.

Dalam konteks pembelajaran, saya sekadar mempelajari asas nahu bahasa tersebut.Sedikit perbualan biasa dan juga sedikit kata perbendaharaannya. Tidak begitu terperinci serta tidak memfokuskan kepada matlamat untuk menguasai bahasa tersebut....sepertimana saya menguasai bahasa Inggeris.

Apabila saya diajak hadir semula untuk mempelajari bahasa tersebut pada usia seperti ini; agak liat juga saya pada awalnya. Pada perasaan dan persepsi saya...cukuplah setakat apa yang pernah saya pelajari selama ini.

Saya nyata tersilap...langkah yang saya anggap sekadar ikut-ikut sahaja sebenarnya membuka pandangan terhadap hijab kepentingan memahami pentingnya mempelajari bahasa tersebut. Adalah sangat penting untuk kita memperkukuhkan pegetahuan dan kefahaman bahasa arab, ini kerana :

1. Ia membolehkan kita menghayati bacaan di dalam solat lalu membolehkan kita khusyu' menghayati solat.

2. Penguasaan terhadap bahasa arab memudahkan kita memahami alquran...nyata bahasa alquran terlalu indah susunannya; amat rugi sesiapa yang tidak mampu menghayati keindahannya.

3. Membolehkan kita membaca buku agama berbahasa arab secara langsung tanpa bergantung kepada bahan terjemahan yang mungkin tersasar dari isinya yang sebenar...

4. Membantu mengekang penyelewengan pengajaran agama Islam kerana mahir berbahasa Arab membolehkan kita meluaskan pengetahuan dalam konteks berkenaan (menyisihkan fakta sebenar dengan fakta yang diada-adakan) serta mematahkan hujah mereka yang mencipta ilham menerusi tafsiran yang dangkal...

Jika ada peluang belajar bahasa Arab...rebutlah peluang itu sebaik-baiknya.

Thursday, January 7, 2010

Nilai stem 30 sen..

Inilah sebahagian dari kepentingan penterjemahan data; membuat unjuran pada populasi yang lebih besar seterusnya dibuatkan wajaran dari segi kebaikan dan juga ketidak adilan.

Saya menerima surat peringatan dari LHDN beberapa minggu lepas...mengingatkan bahawa sistem manual tidak lagi digunakan; pengguna boleh terus menggunakan sistem online (yang telahpun saya gunakan sejak dua tahun lalu).

Ketika itu tidak terfikir pula betapa tingginya kos stem ke atas surat-surat yang dihantar kepada semua pengguna. Kos sebanyak lebih RM sejuta untuk menampung surat tak perlu ini boleh membeli 38,480 kampit beras 10kg....

Ini merupakan sebahagian dari petikan dalam The Star hari ini:

What a waste of our money, IRB

I HAVE been a taxpayer for the last 25 years. About three years ago, I started using the e-Filing system to pay tax. All went well and I knew from then that the Inland Revenue Board (IRB) would not be sending tax forms to us.

This year, the IRB sent out forms to the three million taxpayers informing them that no forms will be sent to them. If each letter costs 30 sen, the IRB would have spent an estimated RM900,000 just on postage. Take in the costs of paper, envelope and manpower, it would easily be about RM1mil.

This is a waste of taxpayers’ money. It would have been cheaper to advertise or inform taxpayers through the employers or national television. This could have saved quite a bit of the cost incurred in this process. Only Pos Malaysia, a government-linked company, would have benefited from this exercise. Can the powers-that-be in IRB explain this decision?

WASTE NOT,
Kuala Lumpur.

Wednesday, January 6, 2010

Menunaikan Umrah dengan RM 1600....?

Saya tidak berniat untuk mengiklankan apa-apa...cuma ingin berkongsi sedikit kekecewaan saya apabila terpandang risalah iklan tersebut di salah sebuah masjid baru-baru ini.
Iklan tersebut sebenarnya mencari 'kaki' untuk menemukan seramai yang mungkin pelanggan yang ingin menunai umrah VIP dengan bayaran kos sehingga RN6000 seorang. Umpan RM 1600 itu adalah sebagai upah mendapatkan bakal-bakal individu yang akan mengerjakan umrah.
Konsep seakan-akan MLM ini banyak dipraktikkan dalam amalan perniagaan hari ini. Ia menjadi pentas untuk kebanyakan individu yang tidak ada modal untuk mencipta kekayaan dan keuntungan. Buruan mencari pendapatan sampingan secara mudah menjadi cara hidup yang lumrah. Hak mencipta kekayaan adalah hak individu tetapi jangan sampai ia disandarkan pada keuntungan yang tercipta atas angin...sehingga memberi kemudharatan kepada masyarakat.
Berapa banyak contoh kemudharatan MLM ini...apabila dipaksa sahabat2 yang pernah kita kenal membeli produk2 yang tidak kita perlukan; pada harga yang terlalu mahal dan diluar jangkaan serta mereka ini kemudiannya mengumpankan pula kita dengan gula2 materialistik supaya bersekongkol menjadi ahli pengedar untuk membanyakkan point kepada mereka.
Lebih baik jika konsep itu menurut skala koperasi...yang memperniagakan barang-barang perlu serta kemudiannya mengagihkan keuntungan yang diperolehi kepada ahli yang melabur. Yang penting, kita berbelanja pada perkara yang perlu, pada harga yang manasabah serta tidak menipu sesiapa.