Saya dahulu berasa agak asing dengan pelajaran Bahasa Arab; ianya sekadar saya pelajari untuk lulus periksa dan juga memudahkan saya mempelajari bacaan alquran. Fokus pembelajaran saya ketika itu sangat terhad sehingga saya tidak menyedari kepentingannya.
Dalam konteks pembelajaran, saya sekadar mempelajari asas nahu bahasa tersebut.Sedikit perbualan biasa dan juga sedikit kata perbendaharaannya. Tidak begitu terperinci serta tidak memfokuskan kepada matlamat untuk menguasai bahasa tersebut....sepertimana saya menguasai bahasa Inggeris.
Apabila saya diajak hadir semula untuk mempelajari bahasa tersebut pada usia seperti ini; agak liat juga saya pada awalnya. Pada perasaan dan persepsi saya...cukuplah setakat apa yang pernah saya pelajari selama ini.
Saya nyata tersilap...langkah yang saya anggap sekadar ikut-ikut sahaja sebenarnya membuka pandangan terhadap hijab kepentingan memahami pentingnya mempelajari bahasa tersebut. Adalah sangat penting untuk kita memperkukuhkan pegetahuan dan kefahaman bahasa arab, ini kerana :
1. Ia membolehkan kita menghayati bacaan di dalam solat lalu membolehkan kita khusyu' menghayati solat.
2. Penguasaan terhadap bahasa arab memudahkan kita memahami alquran...nyata bahasa alquran terlalu indah susunannya; amat rugi sesiapa yang tidak mampu menghayati keindahannya.
3. Membolehkan kita membaca buku agama berbahasa arab secara langsung tanpa bergantung kepada bahan terjemahan yang mungkin tersasar dari isinya yang sebenar...
4. Membantu mengekang penyelewengan pengajaran agama Islam kerana mahir berbahasa Arab membolehkan kita meluaskan pengetahuan dalam konteks berkenaan (menyisihkan fakta sebenar dengan fakta yang diada-adakan) serta mematahkan hujah mereka yang mencipta ilham menerusi tafsiran yang dangkal...
Jika ada peluang belajar bahasa Arab...rebutlah peluang itu sebaik-baiknya.
No comments:
Post a Comment