Posting kali ini sebenarnya agak sukar untuk saya menjelaskan semuanya. Elok jika saya tidak menyatakan secara langsung, namun cukuplah di sini untuk saya juga mengambil teladan.
Memang sukar untuk memaafkan untuk kesilapan berulang-ulang, dari insan yang sama. Apatah lagi apabila kesilapannya merupakan bentuk sesuatu yang tidak sukar untuk diperbaiki, namun atas nama keegoan syaitan agaknya..ia terus menyerlah. Sehingga terus terusan menepis nilai kehormatan saya sebagai insan.
Syaitan akan terus memarakkan api dendam dan permusuhan. Syaitan juga mencari peluang meremuk redamkan persahabatn, kebaikan mahupun nilai-nilai yang merupakan penghargaan terbaik untuk seorang insan.
Saya sudah memaafkannya. Jauh lebih lama dari panggilan yang tidak saya duga itu menjengah kesunyian papan kekunci yang rancak saya gunakan buat menulis berkongsi ilmu.
Detik memaafkannya secara total itu adalah antara detik paling hebat apabila saya lurutkan semuanya, kerana saya hanya berniat untuk kembali ke sisi Allah sebelum perjalanan mengembara beribadah menunaikan haji serta melupakan segala kesilapan demi kesilapan yang pernah saya lakukan.
Lantas, saya tidak mahu mengulangi kesilapan saya terhadap'nya'. Saya tidak mahu lagi andai ada kata-katanya yang bakal datang untuk menyalakan semula dendam dan kemarahan yang telah lama saya padam.
Namun, kala ini saya hanya mampu memilih komunikasi sehala. Jangan berkecil hati andai laluan secara langsung melalui panggilan telefon dan komunikasi
internet itu tidak berjawab; atau bicara yang saya balas dengan diam atau senyuman....
Saya tidak memerlukannya dalam persahabatan di dunia ini, saya juga tidak memerlukannya dalam kehidupan saya yang sementara ini. Namun, pintu-pintu kebaikan untuk saya kongsikan kebaikan dengannya terus saya buka. Moga Allah mengampunkannya dan mengampunkan saya.
No comments:
Post a Comment