Rindu pada kehadiran wanita-wanita agung itu dalam mendepani pelbagai ujian dalam realiti hari ini benar-benar menyusup di hati...pada mereka contoh dan sebaik-baik teladan.
Indahnya jika saya dapat berbicara dengan Ummul Mukminin Khadijah binti Khuwaylid r.a; demikian juga andai saya berpeluang menunaikan solat serta mendengar tazkirah bersama Ummul Mukminin Aishah binti Abu Bakr ra; juga pada peluang untuk saya berziarah dan berkongsi kehidupan dengan Ummul Mukminin Sawdah Zuma’ah r.a; Ummul Mukminin Hafsah binti ‘Umar r.a; Ummul Mukminin Zainab binti Khuzaymah, Ummul Mukminin Umm Salamah Hind binti Umayyah r.a; Ummul Mukminin Zaynab binti Jahsh ra; Ummul Mukminin Juwayriyah binti Al Harith r.a ; Ummul Mukminin Safiyyah binti Huuyyayy, Ummul Mukminin Habibah Ramlah binti Aby Abu Sufyan dan Ummul Mukminin Maymunah binti Al Harith ra.
Emosi saya cukup terganggu tatkala membaca komen dan pandangan seorang tokoh agama popular yang menjurus ‘tajam’ terhadap apa yang disebutnya sebagai fitnah (ujian) yang menjadi trend kontemporari di kalangan mereka yang berniqab. Jarang saya mengambil peduli dengan serius komen-komen yang dilontarkan sebelum ini kerana saya berpendapat ianya adalah antara platform untuk mendidik masyarakat.
Namun kali ini, saya berpendapat bahawa pandangan sedemikian adalah sangat tidak adil kepada mereka yang berniqab. Walaupun ianya bukan suatu kesimpulan umum terhadap mereka yang berniqab, namun gaya teguran sedemikian cukup untuk membuatkan saya ‘melenting’ dan kecewa sedih.
Tidak dinafikan bahawa kedudukan seorang wanita, baik dirinya kelihatan kemas dilitupi hijab menutup aurat atau sebaliknya dengan keaiban (aurat) yang dinampakkan...pasti menarik minat sesiapa jua untuk memandang. Indahnya karakter fizikal, suara, gaya dan apa jua entiti yang dimiliki seorang wanita menyebabkan setiap mereka tidak dapat lari dari mencuri perhatian setiap kali keluar dari rumah. Itulah bagi saya merupakan sebahagian hiasan yang dijanjikan syaitan untuk menjurus manusia terpedaya membuat dosa.
“Berkata dia (iblis), Ya Tuhanku, kerana Engkau telah memutuskan aku sesat, akan kuhias untuk mereka segala yang di dunia ini, dan pasti akan kusesatkan mereka secara keseluruhannya” maksud ayat 39 surah Al Hijr.
Allah lorongkan jalan untuk saya mengenali niqab semasa kembara saya dalam ibadah haji baru-baru ini. Betapa kefahaman luaran yang selama ini tidak saya peduli, tersingkap dalam laluan yang cukup agung dan sangat bermakna untuk saya abadikan dalam kehidupan ini.
Sesungguhnya niqab adalah satu kelebihan yang dianugerahkan Allah SWT untuk muslimah yang beriman. Ia bukan rhetorik untuk mencuri perhatian, bukan juga simbol untuk mendarjatkan seseorang wanita itu dalam kelompoknya atau juga dipandang sebagai fesyen kontemporari atau ‘up-to-date’ yang merimaskan pandangan dan perasaan.
Tidak dinafikan, dalam campur baur kelompok manusia yang pelbagai resam dan latarbelakang; serta wujudnya bisikan khannas dan syaitan-syaitan berupa jin dan manusia... tidak ada satupun yang kita lakukan terlepas dari rasa-rasa hati yang tidak selesa atau tidak bersetuju. Hatta yang kita lakukan tanpa melibatkan orang lain seperti pemakaian niqab ini; pasti mengundang pelbagai persepsi dan tanggapan. Apatah lagi, wujudnya sebahagian yang memakai niqab; tidak memahami apa sebenarnya yang dipakaikan pada dirinya itu. Lalu fokus untuk menunjuk-nunjuk kecantikan diri dengan bisikan syaitan...memberikan outcome sebahagian yang berniqab tidak terlepas dari apa yang di’describe’kan oleh agamawan tersebut.
Namun, mencemus mereka yang berniqab secara khusus tanpa memberikan tafsiran serta taksiran dalam konteks memelihara wanita pada tempatnya, bagi saya sangat tersasar dalam memartabatkan ilmu dan kebaikan-kebaikan yang sepatutnya kita kongsikan.
Bukankah setiap kita perlu menundukkan pandangan?? Perlu menjauhi ucapan atau bicara yang tidak ada kena mengena dengan kita?? Perlu bijak memilih gaya bahasa dan fokus teknikal apabila berbicara berlainan jantina??
Lalu, mengapa di’hina’ mereka yang memilih pakaian yang disyaratkan kepada Ummul Mukminin itu dalam konteks ‘kesimpulan’ terhadap golongan yang dikatakan ‘menggoda lelaki’... saya sangat tidak faham akan situasi ini!
Aduhai Ummul Mukminin, sesungguhnya hatiku sayu memikirkan saratnya isu seperti ini. Satu realiti... yang menyebabkan aku terus tersedu..
No comments:
Post a Comment