Saya mengambil masa yang agak lama untuk bangkit memilih jalan sebagai da'i. Tugas yang selama ini saya pendamkan dalam diam. Saya tahu ianya ntara yang perlu saya lakukan, namun saya letakkan perkara lain sebagai prioriti utk saya kejar dan dapatkan sebagai sesuatu yang dihajatkan.
Betapa saya membuat banyak kesilapan. Selalu tidak yakin utk bercakap untuk menyeru kepada Allah swt. Menyeru orang lain kepada akidah yang benar. Saban hari saya berhadapan dengan populasi yang sarat dengan diskusi ilmiah...namun semuanya hambar tanpa dimensi untuk mengingati kewujudan Tuhan dalam kehidupan.
Tanpa saya sedari, selama berpuluh tahun ini saya mendokong agenda sekular yang menjadi tonggak kefahaman atheism. Bergelumang dengan deduksi ilmu, perbincangan, hafalan dan carahidup yang sama sekali terkongkong dalam aliran yang memisahkan batas solat dan ritual ibadah dari dimensi keilmuan dan kehidupan.
Hari ini, saya dikejutkan dengan peraturan yang saya anggap memadamkan sementara langkah-langkah awal saya untuk menjadi da'i. Saya terpempan. Terpegun sementara. Dan jiwa saya dirundung kedukaan tiba-tiba.
Batas yang saya harapkan menjadi medan untuk memulihkan keletihan saya bergelut dengan atheism kini tidak lagi dibenarkan untuk saya menghadirinya sesuka hati. Saya terikat dengan peraturan yang menobatkan saya adalah pakar dalam bidang bukan da'i. Kenyataan yang sangat mendukacitakan.
Allah maha mengetahui apa yang saya lakukan demi memenuhi amanah dan tugas saya. Ada waktu di luar keterbatasan formal ini saya lakukan tugas-tugas yang perlu saya siapkan. Saya yakin, saya tidak menyusahkan sesiapa. Namun, sesungguhnya kerja-kerja da'wah ini bukan tugas seperti yang penuh keindahan bagai melalui permaidani indah dan disambut megah. Sayalah yang perlu terus berdisiplin untuk tidak 'mengusik sesuatu yang menghalang jalan da'wah ini. Perlu bersedia dengan ujian yang sering datang dari pelbagai sudut.
Demi manfaat ILMU, kita Bertemu dan Bertamu...
Tuesday, April 10, 2018
Tuesday, April 3, 2018
Mengapa saya hantar anak saya bersekolah di SMITA (Sek Men Islam Tahfiz Al Amin di bawah Al Nida')...
Seorang ibu mendekati saya..kami berborak biasa. Akhirnya beliau bertanya, "Why you sent your daughter here?"
Satu soalan yang saya anggap tidak perlu saya hebahkan. Saya ada sebab tersendiri mengapa saya memilih SMITA. Anak-anak saya, semuanya bersekolah di SMITA [(SMITA(L) di Teluk Intan dan SMITA (P) di Subang], di bawah keloalaan Pertubuhan Kebajikan Al Nida'.
Berikut merupakan persepsi saya yang ketika itu saya simpan di dalam hati;
Al Nida' memberikan pendekatan kontemporari tanpa melupakan nilai tradisi sebagai masyarakat melayu yang ada agama. Pendekatan sederhana serta berketrampilan untuk mendidik anak-anak sebagai muslim yang beramal. Ada usrah, ada pembangunan sahsiah, kreativiti serta membantu anak-anak yakin pada kemampuan diri sendiri. Paling saya suka..bila anak-anak SMITA gembira tersenyum sesama sendiri..
Dari masa ke semasa, saya ada isu tertentu yang saya juga tidak bersetuju dengan sebahagian kecil tindakan sekolah atau guru tertentu. Namun, kebanyakkannya saya diamkan sebab saya tahu mereka yang lebih dekat dengan anak-anak saya. Saya percaya, mereka ada sebab tertentu untuk melaksanakan sedemikian. Seperti juga yang saya lakukan terhadap anak-anak pelajar saya di sini.
Saya bukan ahli Al Nida' yang diberi diskaun khas atau mempunyai keahlian yang istimewa utnuk mendapat potongan khas. Saya hanyalah insan biasa seperti ibubapa muslim lain yang bercita-cita untuk membentuk anak-anak mengikut acuan quran dan sunnah. Saya tidak pernah meletakkan harapan terlalu tinggi seperti mereka yang menghantar anak-anak ke sekolah kluster, MRSM atau sekolah-sekolah elite yang berpencapaian tinggi. Biarlah tinggi macamanapun. Namun, saya mengimpikan anak-anak yang melalui zaman remaja yang dikelilingi sahabat dan guru-guru yang mendidik. Tahu berkomunikasi dan tahu nilai sebenar sebagai seorang pelajar. Yang penting, mereka mempunyai nilai-nilai agama dan menyandarkan harapan pada Tuhan Rabbul Jalil atas apa jua yang mereka lalui.
Kepada ibu yang bertanyakan soalan kepada saya tadi...saya bertanya beliau kembali." I refuse to give any explanation, but would like to listen, why you too did send your daughter here". Saya tiba-tiba menjadi melayu elite yang bercakap bahasa Inggeris. Lalu dia juga tidak menjawab...Dari gestur dan bahasa tubuh, saya tahu ada perkara yang hendak diperkatakan. Lalu kemudiannya ada soal jawab yang saya tidak selesa untuk meneruskannya. Betul..saya tidak suka menunjukkan saya ini siapa, namun bila diuji bertalu-talu, terlepas juga bahasa "mombastic" yang biasanya saya perdengarkan di pentas rostrum sebagai ahli akademik. Betapa saya berharap ianya tidak terjadi...

Subscribe to:
Posts (Atom)