Pertama kali saya terpandang ungkapan itu semasa saya menunggu lampu hijau di persimpangan hadapan UKM. Ungkapan itu jauh membekas dalam fikiran saya..baru saya sedar bahawa sesuatu yang banyak bermula dari usaha sedikit demi sedikit.
Usaha berdikit yang diselang-seli dengan pengorbanan masa, wang ringgit dan tenaga serta kesakitan dan dukacita kecewa...mewarnakan hasil akhir yang diharapkan.
Untuk itu, menjadi seorang yang hebat dalam apa jua, adalah perubahan sedikit demi sedikit. Perubahan yang memotivasikan seseorang untuk terus berbuat baik, disamping konsisten mengharapkan agar apa yang dilakukan merupakan apa yang diredhai di sisi Allah SWT.
Demikian juga yang ingin saya kongsikan dengan ilmu pengajian bahasa Arab utk memahami Alquran. Tidak mungkin kita akan menjadi fasih memahami apa yang diungkapkan hanya belajar beberapa hari, bulan atau jangkamasa tertentu. Ianya adalah usaha berdikit..namun diteruskan walau pelbagai halangan dan cabaran melanda.
Bahasa Arab bukan bahasa pertuturan kita. Namun, ia menghubungkan jiwa kita dengan agama kita. Itulah juga yang merupakan syarat kita memahami hidayah Allah utk menterjemahkan dalam apa yang kita lakukan.
Suka atau tidak... andai kita meneruskan kehidupan sekadar membaca alquran tanpa difaham..kita sebenarnya memilih untuk meneruskan KEBODOHAN dan KELALAIAN dalam memahami agama kita sendiri!!
No comments:
Post a Comment