Semasa kecil, kita diberitahu Quran itu wahyu Allah SWT. Jika baca dapat pahala.
Sebagai muslim, kita kena tahu baca Quran. Lalu kita belajar Quran dari kecil. Belajar mengeja dan menulis. Sepatah demi sepatah dalam muqaddam hinggalah akhirnya sebahagian surah kita hafal dan bacakan dalam solat.
Kemudian, kita diberitahu juga Quran itu panduan hidup manusia. Berdegar rhetoriknya dalam ucapan perasmian atau apa sahaja yang berkaitan dengan Quran. Kita cuma angguk. Ya, kita baca Quran dan dalam hati kita akui ia adalah kitab agung, wahyu dari Allah SWT. Kita baca dan kita percaya. Lalu kita ANGGAP, kita juga mendapat panduan dari Quran.
Kita baca semula. Kita anggap kita bahagia sebab kita 'dekat' dengan Quran. Ada masa kita hias bilik atau rumah kita dengan ayat-ayat Quran. Atau kita baca surah-surah tertentu yang dianggap mustajab untuk beri manfaat tertentu. Kita terus anggap kita ok dan 'dekat' dengan Quran.
Kita terus baca macam kakak tua. Jika kita rasa nak faham kita hanya buka quran terjemahan. Kadang terjemahan kita faham. Kadang-kadang kita tak faham. Tapi kita ok. Kita rasa sekurang-kurangnya kita baca Quran.
Dan bila kita dah hampir memasuki usia tua, kita sedar kita perlu banyak amalan. Dan kita jumpa pula...owh, rupanya ramai lagi dalam usia kita yang tak tahu baca Quran. Dan kita terus rasa kita OK. sebab kita baca Quran.
Lalu kita tanya diri kita...takpe ke kita terus baca Quran tanpa memahami sebenarnya apa yang kita baca?
Kita terus rasa takpe..kita rasa hanya manusia yang 'terpilih' sahaja perlu belajar bahasa Arab. Kita rasa, kita bukanlah orangnya.
Cukuplah kita buat apa yang kita mampu..sebab jauh di sudut hati kita sebenarnya sudah ada agenda lain lebih utama dan kita rasa tak dapat nak utamakan Quran dan Bahasa Arab dalam hidup kita walau dalam hati kita percaya dan beriman padanya.
Bila ada sahabat atau rakan meninggal dunia...mulanya kita sedih tapi lepas itu kita ok semula. Kemudian, tiada lagi sedih sebab kita rasa kita perlu teruskan semuanya. Dunia untuk kita banyak lagi. Kita masih sibuk dan perlu waktu untuk menikmati apa yang kita ada di dunia. Untuk apa kita risau..kita kan baca Quran.Walau setahun sekali atau dua tiga bulan sekali atau saya baca semasa kenduri tahlil dan arwah. Kita terus rasa tak apa tak apa walau kita terus tak faham apa yang kita baca.
Tapi...jika kita pergi bank. Untuk ambil wang simpanan. Sanggupkah kita mengisi borang dalam bahasa yang tidak kita faham.
Atau jika kita beli rumah, kita tandatangan Sales and Purchase Agreement dalam bahasa Jepun??
Atau bila kita hadir kelas untuk menjadi seorang doktor, kita belajar dalam bahasa Tamil (ini adalah contoh bagi mereka yang tak tahu Tamil seperti saya). Adakah syarahan, buku dan nota bermakna untuk saya serta membimbing saya menjadi seorang doktor?
Kita rasa kita tahu tentang Quran...tapi kitalah sebenarnya yang paling tidak tahu, kerana kita tidak tahu apa yang kita masih tidak tahu..namun menganggap diri tahu.
Hingga bila agaknya kita akan tahu bahawa banyak isi dan bentuk perkataan/ayat dalam Quran membawa mesej yang merupakan mukjizat dari Allah SWT. Adakah kita masih tunggu satu keajaiban seorang guru untuk ceritakan semuanya satu persatu ?
Kita sedar kita bukan ahli dalam Bahasa Arab. Tanpa Bahasa Arab, kita sebenarnya tak dapat mencapai pengertian dan kefahaman dengan jelas ayat-ayat quran yang kita baca. Terjemahan ke dalam bahasa..meyebabkan banyak makna dan intonasi bentuk-bentuk ucapan dalam Quran TERPOTONG dan TERHENTI maknanya.
Kita sebenarnya tidak ada pilihan untuk memilih jalan terus meninggalkan pengajian Bahasa Arab untuk memahami AlQuran.
No comments:
Post a Comment