Demi manfaat ILMU, kita Bertemu dan Bertamu...

Wednesday, September 24, 2014

Luasnya dimensi komunikasi ..

Sungguh, batas berkomunikasi kini bukan seperti 5 atau 10 tahun yang lalu. Aplikasi yang pelbagai rupa serta 'availability' diri secara online dalam hampir setiap masa akibat malas atau terlupa untuk 'log off'… mengundang pelbagai info datang menderu.

Sebahagian kecilnya relevan, namun sebahagian lain menyebabkan fokus kita keliru dan bercelaru.

Anak-anak dan juga individu pada hari ini yang dekatnya hati dan minda mereka pada platform seperti ini, kian berevolusi dalam gaya bahasa dan modus berbahasa yang nyata berbeza dengan mereka yang tidak dikuasai atau hidup tanpa platform sedemikian sebelum ini.

Untuk generasi yang hidupnya dilingkungi oleh telefon bistari dan diselimuti ruang virtual dan nyata ini, saya saksikan pola berbahasa mereka dengan gaya yang begitu santai, tidak mengenal orientasi masa,  kelam dalam mendefinisikan ruang kehidupan yang memerlukan privacy, seperti berebut mendokumenkan hampir setiap rutin untuk diketahui umum, tidak memahami mana yang utama dan patut didahulukan serta biasanya 'tiba' mendadak dan mendesak penyelesaian mutlak…there and then.

Ada pula yang bermain dengan bahasa, berdalih serta menterjemahkan jiwa yang fragile, tampak memerlukan bimbingan untuk mencapai fasa kematangan. Namun dalam masa yang sama, bijak mencari ruang secara manipulatif untuk mencapai apa yang dihajatkan.

Kekangan ini sebenarnya menjadi cabaran dan resistan besar dalam dunia pendidikan. Kita semakin melawan arus, demikian dalam membimbing jiwa dan minda dalam menghayati kehidupan secara normal….. apatah lagi jika dimensi itu dijuruskan menurut batas kehidupan menurut neraca quran dan sunnah.

Saya telah  meninggalkan komunikasi untuk menang atau meletakkan diri dalam keadaan yang defensive. Berhujah untuk menyatakan I always right…sebenarnya, memenatkan malahan membuatkan saya sering tertekan.

Dalam banyak keadaan sebenarnya pula, diam itu adalah pilihan komunikasi yang lebih baik.

2 comments:

Unknown said...

Benar, terima kasih atas perkongsian pendapat yang begitu menarik untuk dibaca dan difikirkan sekaligus sebagai peringatan buat diri sendiri..dan anak anak didik yang perlukan bimbingan.

Unknown said...

Benar, terima kasih atas pandangan dan buah fikiran yang bernas dan baik untuk kita fikir-fikirkan.. Panduan buat diri sendiri dan anak-anak didik yang perlukan bimbingan, terutama mereka yang asyik dan hanyut dalm era digital dan siber.