Demi manfaat ILMU, kita Bertemu dan Bertamu...

Wednesday, May 25, 2011

KAYA yang hina......

Saya menerima email memohon saya menuliskan pandangan mengenai segelintir pengamal perubatan dengan tidak segan dan malunya menggunakan 'title' mereka untuk mengaut sebanyak mungkin downliners dalam satu sistem MLM yang memasarkan produk-produk kesihatan. Sejujurnya...tidak sedikit undangan dan jemputan yang saya terima untuk turut terlibat dalam hairaki yang 'konon'nya menjanjikan pulangan berganda serta dijanjikan dengan kereta mewah, rumah mewah dan keuntungan yang membebaskan kita dari bebanan hutang yang ditanggung...apatah lagi apabila sebahagian mereka mengetahui bahawa kepakaran saya dalam bidang biostatistik yang pastinya dapat menyumbang melalui pengetahuan teknikal data-data statistik yang menjadi testimoni paling kuat untuk mengiklankan barangan yang dijual.

Namun.... saya dari segi prinsip dan keyakinan, tidak mampu untuk melibatkan diri dengan aktiviti berkenaan. Saya secara jujur merasa MALU untuk meraih kekayaan dengan cara demikian. Saya teliti cara perjalanan MLM yang memeras downliners dengan momokan 'wishful thinking' yang meraban (mengharap menjadi kaya dengan jalan singkat tanpa satusen pun modal) tanpa segan menipu dan menjadikan pelbagai fakta yang bukan-bukan (ini saya sandarkan dengan bukti saintifik sedia ada serta perjalanan penyakit yang telah terbukti dari segi sains perubatan). Yang paling menyakitkan apabila mendapat tahu harga sebenar produk yang dipasarkan itu jauh lebih murah jika dibeli secara runcit berbanding dibeli menerusi sistem downliners.... adapula di kalanagan mereka yang memberi alasan kesihatan untuk 'memaksa' rakan-rakan yang pernah menjadi sahabat mereka membeli produk yang tidak diperlukan (ini merupakan pengalaman yang saya sendiri pernah alami)...

Saya TIDAK MENYOKONG malah MEMBERI SYOR supaya insan sedemikian dihindari.

Satu dari dalil dari Rasulullah SAW akan sudah dekatnya hari kiamat ialah apabila amanah dijadikan platform untuk mencipta untung...bagi saya, sikap segelintir yang ber'title' Dr. terjun sebagai hamba pemasaran kepada syarikat berkenaan...... (dengan pelbagai testimoni indahnya menjadi kaya dengan menunjukkan hebatnya mereka dengan isteri/suami yang rupawan di sisi kereta mewah)....tidak lain niatnya hanyalah materialistik semata-mata...tidak ada ikhlas malah menjadikan untung sebagai sandaran untuk menjadi mereka. Dari segi undang-undang perubatan, mereka ini boleh dilaporkan akan salah laku mereka ke Majlis Perubatan Malaysia (Malaysian Medical Council) untuk tindakan menggantung lesen perubatan mereka....Wallahua'lam...

2 comments:

Unknown said...

sayangnya ramai org mengalami masalah untuk membezakan antara MLM dan juga skim cepat kaya. "kaya cepat", "tak perlu usaha", "head hunting" adalah contoh2 keyword skim cepat kaya. tak ada jalan mudah untuk kaya. walau pun dalam MLM. Kalau ada yg berjanji bahawa perniagaan yg diperkenalkan akan memberikan keuntungan berlipat kali ganda, pendapatan lumayan dalam jangka masa yg singkat..tak ragu lagi.. ia adalah skim cepat kaya..jgn terpedaya..

berkaitan dgn produk kesihatan yg indah khabar dari rupa.bukan hanya produk MLM. Malah banyak lagi produk yg terdapat dipasaran yg memberikan bermacam testimoni palsu.yg teramat indah pada pendengaran kita.tapi bukan tak ada produk yg benar2 memberi kesan baik pada kesihatan.dan disokong oleh bermacam kajian klinikal. cuma benda yg baik biasanya lebih sukar ditemui.

wassalam

tinta said...

Salam Rai, terima kasih atas perkongsian.